"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, July 23, 2014

Pertama Kali 'Menjala'

Lepas hantar sweetheart gi sekolah agama, dalam kereta henfon menyanyi2.. lagu sms. Bila tengok, cik abang kekasih hati yang sms.. katanya.. 

" buat roti jala nak petang ni. makan dengan kari campur2.."

hah.. sudah. Bila pulak mama pandai menjala-jala bagai nih. Makan tau la..huhu. Tapi jawab..

"Boleh.. tapi tak ada acu nya.."

Abah jawab..

"Nanti abang beli kan masa balik"

Uwaaa... rajin beno dia ni.. Mama pun jawab..

" Ok lah.. tapi kene tolong tau.."

Nak tau dia reply apa??

" uwarrrghhhh.. tetiba rasa ngantuk.. "

cisss.. huhu..

Makanya balik je mama pun menggugel la resepi roti jala. Tak susah pun la. Melambak-lambak ada kat tenet. Macam-macam versi. Mama pilih yang senang je. Tengok sana..tengok sini.. tulis je resepi campur-campur..

Petang tadi pas asar.. masuk dapur bersilat. Punya neves ngalah orang nak bancuh simen kihkihkih. Makanya buat kari kambing dulu.. poning palo den bau kambing huhuh..


Maka kerja-kerja menjala pun dilakukan..
Guna kuali biasa aka kuali longkom. Tu je yang ada kat umah. 

Tadaaa... ni hasil dia


Rupa tak macam jala sangat la. Tapi ok what for 1st timer.. kalau rupa lempeng kang lagi haru hahaha...

So, kami berbuka tadi dengan roti jala cicah kari kambing..


Abah kata sedap :)
Habis licin dia makan. Mama cuma amik 2 keping je. Tak larat masuk dah..
Bahagia hati kene puji gitu.. wallah

So next time boleh la buat lagi. Resepi bancuhan tu sedap :)

Allah lupa lah amik siapa punya resepi tadi ni..takpe.. mama share je lah..siyes lupa blog mana mama pegi tadi..

Roti Jala

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/4 cawan susu segar - yang ni mama tak letak..
pewarna kuning
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara:
Bancuh je semuanya kemudian tapis & ready untuk dijala

** sedap makan dengan kari

Hihi..mama sudah.. korang?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...