"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, October 16, 2008

Tina Tak Sihat

Dalam post lepas,Tina kena selsema.


13/10/2008 - Masa mama balik dari ofis sampailah malam tu Tina masih ok lagi. Selsema dah kurang. Hingus dah tak meleleh lagi. Dia pun dah riang macam biasa. Tapi lebih kurang dalam pukul 2 pagi, Tina batuk-batuk kecil. Makin lama makin kuat dan tepat 2.15 pagi Tina muntah berlambak-lambak atas tilam. Lepas tu dia baring semula atas muntah. Nasib baik mama dah terjaga awal lagi.. cepat-cepat angkat Tina dan lap mukanya yang penuh dengan muntah. Mama n nenek salinkan baju Tina, sapukan minyak kat perut, belakang, betis dan kaki. Tukarkan stokin dan Tina tidur semula.
4.00 pagi Tina bangun menyusu. Pukul 5.45 pagi Tina mula batuk-batuk lagi. Dan tepat pukul 6 pagi Tina muntah lagi. Semua susu yang dia minum sebelumnya keluar semula. Lepas lap dan salin baju Tina mama cepat-cepat telefon abah kat JB. Kami ambil cuti untuk bawa Tina ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Chum di Taman Ungku Tun Aminah JB.
14/10/2008 - Abah sampai pukul 8 pagi. Bila Tina bangun tido je kami siap-siap dan bertolak ke klinik. Nasib baik tak ramai orang. Doktor kata Tina tak demam cuma batuk-batuk. Paru-parunya sihat cuma anak tekaknya sedikit merah dan bengkak. Doktor beri ubat untuk menguatkan paru-paru + menambahkan selera makan kerana Tina agak ringan untuk umurnya. Satu lagi doktor beri ubat batuk + legakan kahak..
15/10/2008 - Mama dah kerja, nenek yang bagi ubat kat Tina. Bila balik mama tengok Tina ceria dan riang. Nenek kata Tina makan banyak jugak dari biasanya. Sampai malam... Tina ok..macam biasa. Tidur pun tak meragam

3 comments:

Sarah's Daddy and Mommy said...

Pity her, vommitted few times. I am sure you have a tough night ya.
Anyway, Sarah also have slight redness in her throat recently, now also under medication.
I did not know have such medicine to strengthen the lung.

Sha@Mama TinaAzra said...

Ya..tough night for me. Hope Sarah and Tina will recover soon ya. May be you can ask your paed. Me too first time hear about this medicine.Doc said Tina have a healthy lung but due to this ' fever season' many kids get sick and cough very hard. He worry that anything will affect Tina's lung. But he told us not too worry. Tina is a healthy baby. Its just only her weight is not very good compared to her age and height

Me too only heard that pregnant mum taking medicine to strengthen baby's lung..

Sarah's Daddy and Mommy said...

Ok, i think the paed is right. He is presribing the lung medicine just for "incase" event.

Yeap the weather is bad. Sudden hot and cold, so we all must take k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...