Mama rasa dah post pasal koi pond abah yang sedang dinaiktaraf sambil nak diatapkan.. siap tu lom tau siap la kan.. ini projek tahun-tahun punya. Kat bawah ni adalah gambar-gambar yang sempat mama snapkan untuk post kali ini. Cuma..orang tukang buatnya je yang tak de.. Haha..yang buat tu adalah my FIL, my dad dan abah sendiri.. kreatif dan inovatif diorang nih..Layan jek la eh..
Ini gambar lubang untuk tiang atap kolam. Ada 6 lubang semuanya. Oleh kerana tanah laman ni tanah liat..bila ujan je air pun bertakung la. Dan bunyi katak sangat merdu waktu malam...
Ini gambar tangki sementara tempat semua ikan ditempatkan. Sian tau..sempit dalam nih tapi mesin dipasang secara timer. Kot tak arwah semuanya!
Dan ini gambar close up bahagian tengah kolam yang perlu disimen semula setelah dijahanamkan oleh ikan keli. Yang macam tudung saji tu pasu pokok teratai mama...
Gambar bahagian air terjun yang lom jadi kat batu bom sana tu...

R
upa overall koi pond abah. Bila dah naik lagi satu batu blok, mama rasa koi pond ni besar pulak. Macam kolam mandi pun ada rasanya..hehehe.. koi pond ke Tina pond? Tina dengan bangganya duduk berendam dalam koi ponh nih tau...dasat anak daraku! Tak sempat snap gambar je aritu!
1 comment:
hi mama sha,
jgn terkejut lepas ni Tina gi join ikan Koi tu dlm pond pulak once dah siap.. haha.. pening nnt ;) just kidding ya
Post a Comment