"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Friday, January 1, 2010

Puting Aya .. Oh .. Puting Aya


Inilah dia puting Tina yang mak mama letak binatang dalam dia...

Balik dari KL aritu mama dengan abah sepakat nak start wean off Tina dari putingnya. Not too harsh, sebab Tina guna 2 puting sekaligus. So, untuk tak kejam sangat mama cuma wean off satu je dulu. Tina masih ok walaupun dia selalu mintak... " satu lagi" dan pada hari ketiga dia tak mintak dah puting yang lagi satu.

Dan pada 28/12/09, pagi itu mak mama tanya pada mama, ada tak bawak puting spare? Mama memang bawak dalam handbag. Mak mama mintak puting lama Tina yang koyak sikit dalam handbag dan masukkan seekor binatang terbang-terbang yang macam kumbang. Keluarkan sikit kepala binatang tu.

Then mak mama tunjuk pada Tina. Tina takut dan tak nak sentuh puting tu. Mama cakap dengan dia, "puting Tina ulat dah makan. Mama takut lah." Dan dia pun macam radio rosak sibuk sebut " puting aya..ulat.. makan" ulang-ulang kali.

Setengah hari dia tak mintak puting. Tak nangis pun so kami pakat nak teruskan usaha wean off puting ni. Tiba masa nak day nap, dia mintak puting. Mama dukung dia bawak kat puting tu...dia terus paling muka..takut..

Amik masa gak la nak tido. Biasanya day nap dia akan tertido dalam masa 15minit, paling lama setengah jam tapi hari ini hampir 2 jam tak tido-todo. Mama pulak yang tido. Akhirnya Tina lena pukul 4 lebih petang tu.

Malam tu, mama dah siap sedia untuk kemungkinan dia nangis malam mintak puting. Tapi ok je dia tido. Cuma susah sikit nak lelap. Dia pujuk diri sendiri dengan menyanyi, main jari, mengira, tepuk tangan, peluk mama... macam-macam lah. Last sekali dia mintak susu dan suruh mama gosok belakang dia. Sedar-sedar dia dah lelap...

Dan masuk hari ini dah 4 hari tanpa puting. Day nap macam biasa tapi tido malam dia merengek sikit. Asyik nak susu je. Kadang-kadang dalam tido dia nangis (biasanya kalau mcm tu mama sumbat puting) tapi kali ni sumbat botol air masak suam. Dia akan minum sikit dan tido lagi. Satu malam sampai 4 ke 5 kali. Tapi mama & abah terpaksa la tahan.

Doktor Tina dah suruh mama wean off puting dia on our last visit puasa lepas. Doktor kata puting adalah medium baby dapat kuman paling popular. Better wean off.

Mama akan update lagi bila Tina betul-betul dah wean off dari puting. Doakan mama & Tina berjaya ye!

3 comments:

MeRy said...

Gd luck !

Lily@MamaZaraZareef said...

Gud luck Tina n mama!!pasni kena buat kat Zara pulakla. die pon kalau takde puting tk bole tidur..huhu..

Sha@Mama TinaAzra said...

Mery - thanks...

Mama Zara - Hmm.. rasanya lily patut cuba jugak. Wean off puting ni semakin besar dia..semakin susah la prosesnya. Even skarang ni dah susah sket tapi dia masih tak berapa faham..senang nak kelentong dia hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...