"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, February 28, 2010

Tina Dah Sihat..

Penyakit malas singgah lagi sebenarnya tapi 'lawan' jugak.. dan mama nak cerita tentang kesihatan Tina. Lepas makan ubat dari Dr.Catherine aritu, batuk Tina bertambah ringan dan akhirnya hilang. Tinggal ubat alahan no.2 je yang masih kena ambil waktu malam.

So far Tina nampak ok jek seperti biasa. Cuma keadaan cuaca yang sangat panas sangat memberi kesan padanya. Tina minum susu dan air 2 kali ganda lebih dari hari biasa. Diaper malam dia je pun sejak-sejak cuaca panas nih dah jadi 2 keping penuh-penuh belaka setiap kali salin.

Macam-macam mama buat untuk bagi Tina selesa untuk tidur. Dia memang gelisah kerana panas. Nak tak nak kadangkala mama terpaksa tanggalkan seluar dia.. tidur dengan diaper dan baju lubang-lubang je. But bila dia dah tidur, mama rasa kaki dia dah sejuk mama akan pakaikan semula seluar. Dan dah beberapa malam Tina bangun kejut mama suruh bukakan baju dia. ..

Aduhai..cepatlah berlalu cuaca panas... tak tahan rasanya dengan cuaca macam ni...

Wednesday, February 24, 2010

Parcel Dari SCA..

Dari pagi hari isnin (semalam) mama tunggu Skynet punya courier sampai. Rupanya tengahari pukul 12.30 baru sampai. Mama & Tina excited tunggu hadiah star letter dari SCA. Aritu dah bagitau kan..mama dapat another 3 star letter for SCA punya parenting circle. So.. as usual dah tentu ada reward menanti.


Ini parcelnya.. besar jugak kotak ni





Kali ini mama sengaja tunggu abah balik coz nak suruh abah yang bukak kotak ni dengan Tina. See.. Tina pun excited








Drypantz L8 x 5
Drypers Wee Wee L12 x 2
1 set of Glitter Book ( consist of 4 board books)
1 Funny fish story book
1 Set of Toys

Lepas lah nampaknya bekalan diaper Tina untuk sebulan. Drypantz biasanya mama bawak waktu keluar je.. convenient sket nak pakaikan Tina, tak yah nak baring. Tapi sekarang ni Tina dah pandai tau.. selalu lepas mandi pagi dia taknak pakai open diaper..nak pakai drypantz sebab ada gambar rabbit kat situ.

Buku cerita funny fish tu adalah board book yang cantik sangat. Ada macam-macam jenis gambar ikan. Ada sepasang mata yang cute dalam buku tu.. so semua ikan yang kita tengok dalam buku tu 'bermata'.. hehehe..Tina suka sangat.

Another one ialah glitter book. Ini pun Tina suka sebab semua gambar dalam buku tu glitter-glitter belaka. Setiap satu buku dengan tajuk berbeza iaitu ABC, 123, words & colour.

Again.. it was so rewarding. Terima kasih kerana menghasilkan 'Parenting Circle' yang sangat berfaedah. Ianya seperti medium perantaraan dan perkongsian pengalaman serta info berguna dari ibu bapa 3 negara - Malaysia, Thailand & Singapura..

Thank You SCA

BABY CRYING CONTEST


Contest adalah anjuran kak pah

Tarikh tutup :28 Feb 2010

Rasanya semua syarat-syarat telah dipenuhi ye kak pah, hehehe...agaknya la..



*************
Gambar contest pertaruhan mama ialah..


Nama Anak : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Tarikh Gambar Diambil : 17/09/2008 - ( sewaktu berumur 11 bulan)



"Hehehe...cute tak rupa saya nangis? Saya nak turun dari baby chair ni sebenarnya tapi mama saya tak bagi. Saya nak panjat, mama marah sebab mama nak suap saya makan. Jadi.. untuk suruh mama turunkan saya.. saya nangis kuat-kuat.. "


Gambar Terkini Saya..


2 Tahun 4 Bulan

Tuesday, February 23, 2010

Dari Halaman Belakang..

Kata orang, berbudi kepada tanah lambat laun dapat hasilnya.. itulah yang selalu mama ucapkan pada diri. Tak rugi bercucuk tanam. Kalau tanam bunga.. rumah & halaman cantik berwarna-warni tapi kalau tanam sayuran.. hasilnya boleh dinikmati sekeluarga. Tak la bangga diri tapi mama ada juga campak-campak benih sayur dihalaman belakang. Kadang-kadang hidup.. kadang-kadang tak pun..


Sawi dalam mangkuk pink ni dengan bangganya mama katakan adalah hasil tuaian dari halaman belakang rumah. Tak banyak tapi cukuplah untuk sekali sayur kami 3 beranak. Yang penting.. bajanya organik dan tak guna racun. Bila cik ulat tak menyerang.. cantiklah daunnya. Tapi bila rezeki ulat.. hmm..makanlah ulat..nanti mama tanam lagi..


Contohnya yang ini, 2 pokok sawi - yang satu memang rezeki ulat. Daunnya berlubang-lubang kena makan. Yang satu lagi baru nak naik.. sempat jugak mama selitkan pokok saderi kat sana. Pindahkan saderi ni dari halaman depan, dah 3 kali dah tuai daunnya buat sup ayam


Dan yang ini pokok-pokok sawi yang dah mama tuai daunnya. Sayang nak cabut.. ambik daun sajalah. Kat sini pun ada pokok kucai yang baru naik, pokok bawang (bawang merah & bawang putih) yang daunnya dah puas dimakan kat dalam sup ayam..

Hmm..tak rugikan tanam-menanam nih. Mama ada banyak lagi koleksi sayuran dan herba yang sedang diusahakan tanam. Bukan apa.. tanah keras waktu musim panas, tapi itu bukan alasan. Yang penting hari ni.. seikat sawi dapat dikutip.. seringgit dua duit sayur dapat dijimat..betulkan! .. Tepuk dada tanya selera..

Sunday, February 21, 2010

NurelL’s Craft First Giveaway!

NurelL’s Craft is organizing their first giveaway ever!!!

The giveaway items include;

  • 1/2 meter of blue-heart Grossgrain ribbon
  • 1/2 meter of pink-heart Satin ribbon
  • a dozen of oval cream buttons
  • a pack of sweet buttons
  • 5 pairs of colourful glitter hairclips
  • 1 crocheted flower Brooch
  • 1 wooden butterfly HP Straps (Psst..100% Handmade from Jogja-we are prime distributor for Sabah region)
  • 1 small butterfly wooden pin (Psst..100% Handmade from Jogja-we are prime distributor for Sabah region)
  • Felted cupcake
Giveaway will end on 25 March 2010
Interested? Click on the giveaway banner..

Wonderful Day!

Mama nak update tentang hari yang penting buat hubby tersayangku itu! Ya!!! It was his birthday.. fall on 3rd Feb 2010. Few days after rumah nak kena pecah masuk tu. Masa tu mama memang ingat birthday abah tapi mama just masih terlalu berserabut untuk celebrate..

Yet, pada hari birthday tu... Ibu mertuaku yang tersayang telefon pagi-pagi lagi dah. Kata nak belikan kek untuk abah..hehehe..kecik tapak tangan..halaman rumah mama tadahkan. So MIL kata tak yah beli kek dah. Nanti dia & FIl datang rumah kakak ipar (yg mama dok waktu siang ..lepas rumah nak kena pecah aritu) untuk celebrate..

Petang, after abah balik sekolah, MIL & FIL pun sampai dengan cheese cake kegemaran abah..chocolate cake untuk mama ( info: mama tak makan cheese cake okeh) so kami celebrate la sesama. Makan-makan.. sampai maghrib.

Mama memang tak belikan apa-apa untuk abah birthday kali ini. Just warm hug & kisses jek yang mama mampu nak bagi. More kisses from Tina...




hehehe..kek abah ada doraemon tau..MIL kata dah takde choice..ni lah satu-satunya cheese cake yang tinggal. Tak pe lah abah...doraemon tu kasi kat Tina jek..




My handsome& lovely hubby potong cake. Sempat gak mama suapkan abah cheese cake as usual..


Semoga abah sentiasa happy dan bahagia dengan Tina & Mama. I'll do anything...everything untuk pastikan kita sentiasa bahagia. Tina & Mama bangga sangat dengan abah. Willing to do anything untuk Tina & mama... semoga tuhan sentiasa merahmati & memberkati hidup kita..Amin..

Wednesday, February 17, 2010

Akhirnya.. Ke Puteri Specialist..

2 hari lepas Tina batuk-batuk dan selsema semula. Kali ini pun seperti yang selalunya. Tapi yang paling mama tak tahan nak tengok ialah.. Tina batuk dan muntah 5 kali satu malam. Dia sangat mengantuk tapi batuk sangat menganggu tidurnya. Mama dengan abah serta mak mama yang ada kat rumah sangat risau dan tak boleh lelapkan mata. Dan dan tu jugak mama nekad nak bawa Tina gi check kat Dr. Catherine Tham di Puteri Specialist.. walau apa terjadi.. mama dah tak sanggup tengok Tina batuk merah2 muka dan muntah berlambak-lambak lagi. Mama kesian sangat... seksanya dia..

Pukul 2 petang kami dahpun sampai di Puteri Specialist. Ambik masa kat registration sebab orang ramai. Siap register kami naik ke tingkat 2, bilik 11 dan tunggu. Masa tu yang menunggu sangat lah ramai. Bayangkan kami dapat nombor 19 sedangkan waktu tu baru pesakit no.3 masuk untuk check. Pergh... berkulat jugak lah menunggu. Tapi di sebabkan Tina, kami gagahkan jugak tunggu.

Akhirnya selepas lebih 1 setengah jam, kami dapat giliran masuk jumpa doktor catherine. Bila dr. check2... dia kata paru2 Tina sihat. Dan Dia check pulak telinga dan hidung, then dia cakap dengan kami yang dia suspect Tina batuk bukan berpunca dari paru2nya tapi batuk itu disebabkan oleh alahan hidung. Alahan hidung adalah simptom awalan kepada resdung. Kata dr. catherine, bila Tina selsema >>>> hingusnya susah nak keluar jadi bila dia baring hingus akan mengalir ke belakang bahagian hidung dan menjadikan hidungnya rengsa serta tekak menjadi gatal. Katanya lagi hingus Tina sudahpun kuning kehijauan, dan itu menjadikannya lebih susah untuk mengalir keluar...

Semua tanda yang dicakapkan pada mama & abah :
** Tina tidur berdengkur
** Tina suka tidur menonggeng
** Tina susah lena dan tidak tidur nyenyak
** Tina biasanya batuk selepas tengah malam

Semua tanda-tanda ini memang betul ada pada Tina setiap kali batuk.

Tapi Dr. Catherine beritahu, yang semua ini belum pasti benar. Dia cuma mengagak dari apa yang dilihat melalui pemeriksaan kali ini. Dan Tina diberi ubat lengkap batuk, selsema, antibiotik dan ubat alahan untuk 2 minggu. Kami kena bawa Tina lagi kesana selepas ubat habis untuk diperiksa selanjutnya...

Mama & abah harap Tina tak apa-apa. Dan harap ubat tu boleh mengurangkan alahan Tina. So lepas ni mama kena lebih berhati-hati dengan item yang mama pilih untuk Tina makan...

Tuesday, February 16, 2010

"MOBS & Gift That Angel Send : Showers of Love Contest"



"MOBS & Gift That Angel Send : Showers of Love Contest"
is brought to you by MOBS & Gift That Angel Send
with the contest period until 20th February 2010

******************************

Here is my contest picture..



Mum's Name : Nor'Aisah Binti Abdan
Baby's Name : Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
Baby's Age : 2 Years 4 Month ( 28 Month)
Baby's Gender : Girl
Mum's Email : mama_echah@yahoo.com.my

" Tina just love to be in her bath tub even until now. She would love it even more if we add soap, bubbles and her cutie duckie to have bath together. And it would be very hard to get her out from that tub each time.. coz she love water very much...hmmm... that our little cutie! "

Wednesday, February 10, 2010

3 More Star Letter

Mama terima naskhah Drypers Parenting Circle beberapa hari lalu. Dengan kadar cepat bukak dan tengok...wahahaha...alhamdulillah...dapat 3 lagi star letter. Dan tadi tengahari org SCA dah call confirmkan saiz diaper Tina buat kesekian kalinya. Dia macam dah kenal sgt kat mama...salah satu nama yang selalu dapat star letter... Fuh!! syoknya.. Ni yang buat mama nak senyum je ni.

Tina..Drypers & Drypantz free lagi!!

Tuesday, February 9, 2010

Warm Up Entry..

Bersama permata hati mama yang kian hari kian nakal..manja dan menghiburkan. Dah semakin jelas percakapannya. Tengoklah aksinya yang mencuit hati!

pandainya buat aksi manja...



Mama sayang Tina tau!



Kalau dapat keluar je..panjanglah langkah dia. Kita ajak main kat porch..dia dah sampai kat koi pond yg dalam construction..




Alahai anak dara comel... geram mama tengok aksi dia tau...

Sunday, February 7, 2010

Feeds from the scene!!

What a clean cut!! and that piece still missing. (taken as a gift, perhaps)



It won't even bent if using bear hand...poor grill's...





Came in and out from the same route..!


A single piece...

another piece


The sliding door lock is still in kept.. and won't be publish... A bit ET and Unacceptable for logical thinking...

Friday, February 5, 2010

Doakan Mama & Keluarga...

Kawan-kawan sekelian, bukan mama taknak wat post baru ye..tapi keadaan mama sekarang ni tengah tak begitu stabil. Maklumlah tak tido dirumah..tumpang rumah kakak..tak de streamyx or broadband so mama tak boleh online.

Nak tinggal kat rumah daytime..mama masih takut. But so far, mama rasa dah ok sikit... doakanlah sedikit masa lagi kekuatan semangat mama akan kembali ye.. mama rindu sangat nak kembali ke dunia blogger seperti biasa.. doakan mama dan keluarga...

Tuesday, February 2, 2010

Trauma : Malam Pertama : Lelap jam 5.30 pagi

Semalam adalah malam pertama kami 3 beranak tidur dirumah selepas kejadian tersebut. Seperti yang mama jangka, mama tak boleh melelapkan mata. Jadi mama online sambil membuat kerja-kerja rumah seperti melipat pakaian dan mengemas. Tina dan abah mama biarkan tidur nyenyak..

Jam 5.30 pagi barulah mama terlelap memandangkan tak sampai setengah jam lagi abah akan bangun utuk mandi dan pergi sekolah. Seksa mama rasa tapi.. hmmm...

Abah ke sekolah 6.40 pagi, dan 7.15 pagi kakak ipar mama iaitu mummy azie datang jemput mama dan Tina. Kami berdua akan berada dirumah mummy azie sehinggalah abah balik sekolah..sampai dirumah mummy azie, mama tidurmerehatkan fikiran dan badan seketika. Tina tak perlu dirisaukan sangat sebab ada mummy azie & kimi.. thanks mummy azie

Dan ketika post ini mama tulis, jam menunjukan 2.47 pagi.. dan mama masih berjaga..Allah kasihanilah kami...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...