"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, February 23, 2010

Dari Halaman Belakang..

Kata orang, berbudi kepada tanah lambat laun dapat hasilnya.. itulah yang selalu mama ucapkan pada diri. Tak rugi bercucuk tanam. Kalau tanam bunga.. rumah & halaman cantik berwarna-warni tapi kalau tanam sayuran.. hasilnya boleh dinikmati sekeluarga. Tak la bangga diri tapi mama ada juga campak-campak benih sayur dihalaman belakang. Kadang-kadang hidup.. kadang-kadang tak pun..


Sawi dalam mangkuk pink ni dengan bangganya mama katakan adalah hasil tuaian dari halaman belakang rumah. Tak banyak tapi cukuplah untuk sekali sayur kami 3 beranak. Yang penting.. bajanya organik dan tak guna racun. Bila cik ulat tak menyerang.. cantiklah daunnya. Tapi bila rezeki ulat.. hmm..makanlah ulat..nanti mama tanam lagi..


Contohnya yang ini, 2 pokok sawi - yang satu memang rezeki ulat. Daunnya berlubang-lubang kena makan. Yang satu lagi baru nak naik.. sempat jugak mama selitkan pokok saderi kat sana. Pindahkan saderi ni dari halaman depan, dah 3 kali dah tuai daunnya buat sup ayam


Dan yang ini pokok-pokok sawi yang dah mama tuai daunnya. Sayang nak cabut.. ambik daun sajalah. Kat sini pun ada pokok kucai yang baru naik, pokok bawang (bawang merah & bawang putih) yang daunnya dah puas dimakan kat dalam sup ayam..

Hmm..tak rugikan tanam-menanam nih. Mama ada banyak lagi koleksi sayuran dan herba yang sedang diusahakan tanam. Bukan apa.. tanah keras waktu musim panas, tapi itu bukan alasan. Yang penting hari ni.. seikat sawi dapat dikutip.. seringgit dua duit sayur dapat dijimat..betulkan! .. Tepuk dada tanya selera..

4 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

aduhai..cantiknye sayur sawi sha..segar bugar btol..mesti puas hati dpt makan hasil tanaman sndiri kan..bunga2 yg sha tanam pon sume menjadik jek..mmg ade bakat becucuk tanam..=D

Sha@Mama TinaAzra said...

Ala Lily..dah terlanjur ada tanah, tak gunakan rugi. Sha suka tanam2 nih wpun kdg2 bukan sendiri yg mkn.. puas hati dapat menanam tuh..

Zaidah said...

klu tanam sendiri lagi puas hati kan...at least kita tahu tentang kebersihan tanaman kita yang bebas daripada sebarang chemical...

Sarah's Daddy and Mommy said...

The sawi look extremely fresh and nice!
I am sure it taste good and the most impt, it is planted by you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...