"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, February 17, 2010

Akhirnya.. Ke Puteri Specialist..

2 hari lepas Tina batuk-batuk dan selsema semula. Kali ini pun seperti yang selalunya. Tapi yang paling mama tak tahan nak tengok ialah.. Tina batuk dan muntah 5 kali satu malam. Dia sangat mengantuk tapi batuk sangat menganggu tidurnya. Mama dengan abah serta mak mama yang ada kat rumah sangat risau dan tak boleh lelapkan mata. Dan dan tu jugak mama nekad nak bawa Tina gi check kat Dr. Catherine Tham di Puteri Specialist.. walau apa terjadi.. mama dah tak sanggup tengok Tina batuk merah2 muka dan muntah berlambak-lambak lagi. Mama kesian sangat... seksanya dia..

Pukul 2 petang kami dahpun sampai di Puteri Specialist. Ambik masa kat registration sebab orang ramai. Siap register kami naik ke tingkat 2, bilik 11 dan tunggu. Masa tu yang menunggu sangat lah ramai. Bayangkan kami dapat nombor 19 sedangkan waktu tu baru pesakit no.3 masuk untuk check. Pergh... berkulat jugak lah menunggu. Tapi di sebabkan Tina, kami gagahkan jugak tunggu.

Akhirnya selepas lebih 1 setengah jam, kami dapat giliran masuk jumpa doktor catherine. Bila dr. check2... dia kata paru2 Tina sihat. Dan Dia check pulak telinga dan hidung, then dia cakap dengan kami yang dia suspect Tina batuk bukan berpunca dari paru2nya tapi batuk itu disebabkan oleh alahan hidung. Alahan hidung adalah simptom awalan kepada resdung. Kata dr. catherine, bila Tina selsema >>>> hingusnya susah nak keluar jadi bila dia baring hingus akan mengalir ke belakang bahagian hidung dan menjadikan hidungnya rengsa serta tekak menjadi gatal. Katanya lagi hingus Tina sudahpun kuning kehijauan, dan itu menjadikannya lebih susah untuk mengalir keluar...

Semua tanda yang dicakapkan pada mama & abah :
** Tina tidur berdengkur
** Tina suka tidur menonggeng
** Tina susah lena dan tidak tidur nyenyak
** Tina biasanya batuk selepas tengah malam

Semua tanda-tanda ini memang betul ada pada Tina setiap kali batuk.

Tapi Dr. Catherine beritahu, yang semua ini belum pasti benar. Dia cuma mengagak dari apa yang dilihat melalui pemeriksaan kali ini. Dan Tina diberi ubat lengkap batuk, selsema, antibiotik dan ubat alahan untuk 2 minggu. Kami kena bawa Tina lagi kesana selepas ubat habis untuk diperiksa selanjutnya...

Mama & abah harap Tina tak apa-apa. Dan harap ubat tu boleh mengurangkan alahan Tina. So lepas ni mama kena lebih berhati-hati dengan item yang mama pilih untuk Tina makan...

4 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

siannya tina..satu malam muntah smpai 5 kali..mesti lembik badan..

harap tina cpt smbuh..zara pon ade symptom2 batuk selsema demam nih..dhla susah bebenar nk telan ubat..harap die pon cpt baik...

Sha@Mama TinaAzra said...

Lily...tapi sekurang-kurangnya sha rasa lega sebab paru2 tina tak apa2..just alahan..harap2 begitulah

Zara pun masih ada tanda2 batuk selsema ke? Kesiannya.. cepat sembuh Zara & Tina ye..mama2 ni risau sangat :(

Zaidah said...

zai doakan semoga semoga tina n zara cepat sembuh...sebab skrg nie musim panas...ramai baby n kanak2 kena demam n batuk....

Anonymous said...

kesiannya Tina. Harap dia cepat sembuh. :( Alhamdulillah bukan paru2 yg terkena jangkitan. Kalau paru2 lg susah nak ubat huhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...