"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, April 22, 2010

Susu Apa Lepas Ni?

Dapat e-mail pasal susu tadi buat mama terfikir, hmmm... lepas ni Tina nak minum susu apa ye? Sebab Tina sekarang minum Lactogen 2 untuk 6 bulan hingga 3 tahun. Tapi Lactogen 3 pun hingga 3 tahun je.. so camner?

Tina sangat cerewet dengan susu formula. Dari lepas breastfeed dulu dia cuma boleh terima susu Enfapro A+ sehinggalah dia berumur setahun 2 bulan kalau tak silap. Lepas tu kami ingat nak teruskan dengan Enfagrow A+ tapi Tina takleh terima Enfagrow. Dia sembelit teruk.

Dan pencarian susu terhenti bila kami cuba Lactogen 2 kat dia. Abah kata rasa Lactogen 2 sama dengan rasa Enfapro A+

Banyak brand kami cuba sebelum Lactogen. Sebutlah apa je jenama susu..semua kami dah cuba. Dumex, Wyeth, Dutchlady, Dugro, Nugro, Nan, Sustagen, Gain, Mamil, semua jenama Abbot, semua jenis susu soya.. dan macam2 lagi lah..

Jadi lepas ni nak minum susu apa Tina ni? Continue dengan Lactogen 3 sampai bila-bila ...boleh ke? sesuai ke? Tapi kalau nak tukar..susu apa yang rasanya sama dengan Lactogen? Haih... sape2 ada cadangan diluar kotak..sila masukkan dalam kotak ek..tq





5 comments:

Diamilikku said...

cuba try nespray..mana tau bersesuaian ngan tina....

Lelord said...

Naja dulu enfagrow A+ pun sakit nak o'ook. Skang ni minum Neslac Gold so far so good

Unknown said...

alahai..tak der cadangan lah pulak...aleesya minum enfagrow A+...memang dari kecik minum susu enfa ni...kalau cuba susu soya??/

Zaidah said...

alamak nak cadangkan ape yerk..klu nabil n nabilah dulu zai bagi dutch lady...ok aje..firas nie plak dia memang zai bagi sepenuhnyer susu ibu...

mamaarifakeemaisy said...

taktau gk nk bg cadangan sbb kita pun confius bab2 pilih susu ni, ingt pun nak tukar gak ni..sblm ni anak minum susu NAN, pastu Frisolac, pastu masuk setahun tkr Dutch Lady..tp dia kerap muntah n kurang sket menyusu, rasanya kena tukar lg..dilema tul bab pilih susu ni kan..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...