"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    8 years ago

Tuesday, June 29, 2010

Tina Selsema & Batuk Lagi

Ahad lepas mama & abah bawak Tina ke klinik dr.chum sebab dia selsema & batuk yang agak teruk. Tapi bila check dr.chum kata Tina tak demam cuma suhu badan dia naik sedikit sahaja. So dia tak kasi ubat demam. Cuma kasi ubat selsema, batuk & kahak sahaja. Ingatkan dapat antibiotik..tapi tak dapat rupanya..sure la lambat nih sembuhnya..

Malam tu Tina batuk tak berhenti.. adala setengah jam agaknya.. sampai mama sapukan nipis-nipis kapur kat leher dia.. barulah dia boleh tidur beberapa jam selepas tu. Kesian sangat. Mungkin tekak dia gatal dan lendir banyak menganggu tidur dia.. tapi alhamdulillah selepas tengah malam Tina tidur lena ..tak batuk pun..

Malam ni tadi.. mama siap bawak besen kecik letak tepi tilam. Takut Tina batuk sampai muntah. Memang nak tidur malam ni sangat seksa.. bila terlelap je Tina akan batuk. Dia muntah sekali. Mama tadah dengan besen so nampaklah.. lendir berbuih, kahak dan hingus hijau dia keluar sekali dengan muntah. Sangat seksa tengok dia batuk.. kesian..

Kejap tadi ni muntah lagi. Tapi kali ni sikit aje. Ada lendir buih2 je.. dan sekarang Tina tidur semula. Tak tahulah kalau dia akan muntah lagi.. mama & abah sangat risau. Mesti alahan dia tengah teruk sekarang ni. kalau tak dia takkan muntah sampai macam ni. Tapi ubat alahan mama baru bagi 2 ke 3 hari je..

Siang tadi hingus dia dah tak cair dah..mama ada kesat hingus sekali aje..pastu takde kuar dah. Kalau tak reda jugak nampaknya terpaksalah bawa dia ke puteri lagi.. mungkin dia lebih serasi dengan ubat dari puteri.. tapi cubalah yang ini dulu..

5 comments:

mummy_ayu said...

salam kena..cute nye qistina..sian tak sihat..semoga cepat sembuh yer..

Unknown said...

semoga tina cepat sembuh yer..sabarlah jaga budak2 demam ni kan..

MeRy said...

Poor Tina......Hope she wil get well soon.

Diamilikku said...

agaknya kuar tu sebab ubat doc bagi kot..ada jenis2 ubat jugak sha..ada ubat kuar ikut najis..ada ubat kuar ikut muntah..selalu su request kat doic ubat kuar ikut najis..sebab kesian kalau tgk anak duk muntah2

@>--ummi zahra--<@ said...

smoga tina cpt sembuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...