"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Friday, July 16, 2010

Mama Kembali Sihat

Lama rasanya mama 'bercuti' dari dunia internet termasuklah blog & FB. Kan mama balik berehat & berpantang kat rumah mak mama. Dan sekarang mama rasa kesihatan mama dah kembali pulih walaupun bukannya 100% lagi tapi mama dah rasa sihat..rindu dengan blog yang dah lama mama tinggalkan ni.

Ok lah.. kronologi keguguran kandungan mama tu lebih kurang macam ni..

Seminggu lepas mama scan kat skudai ni, yg dokte kata tak nampak baby tu mama scan pulak kat kota tinggi. Dan kali ini dokte memang mengesahkan yang kandungan mama sudah dikategorikan gugur. Cuma belum keluar lagi je. So mama & abah tanya jugak pada dokte, adakah perlu dilakukan d&c? Tapi dokte suh bagi tempoh masa seminggu.

Balik je dari scan kat klinik tu mama berterusanlah keluar cecair kecoklatan dan perut pun mula sakit-sakit. Tapi mama masih boleh bertahan. Boleh meneruskan aktiviti harian.

5 hari selepas tu iaitu pada 6/7/2010 mama dah start bleeding dari pagi. Makin petang bleeding semakin banyak hingga mama terpaksa gunakan maternity pad. Itupun selepas 10 keping pad biasa basah lencun dengan ketulan-ketulan darah.

Menjelang tengah malam, mama tidurkan Tina macam biasa. Lebih kurang pukul 12 lebih Tina dah pun terlelap dah abah pun dah lena. Mama sorang je yang tak boleh tidur sebab mama seperti merasakan contraction macam nak bersalin. Pusing kanan salah, pusing kiri salah, berjalan salah, baring salah.. semua yang dibuat sakit.

Dalam lebih kurang jam 1.15 pagi 7/7/2010 mama dah merasa sakit yang amat sangat. Hinggalah pada jam 1.30 pagi, kemuncak sakit yang teramat. Mama rasa seperti nak bangun minum. Dalam pada memapah nak bangun tu la mama terasa seperti "debush" sesuatu yang agak besar telah terkeluar. Serta merta jadi lemah lutut. Mama capai tangan abah yang sedang lena tidur. Abah terkejut dan duduk. Tanya kenapa.. mama cakap.. mama nak pergi toilet..tolong mama..

Abah pimpin mama berjalan ke toilet. Rasa sakit yang amat sangat tadi sudah berkurangan tetapi sangat terasa darah mengalir keluar seperti air paip. Masuk je pintu toilet, terasa sesuatu bedebuk jatuh atas lantai. Dengan air mata yang masih mengalir beriya-iya, mama tengok ianya adalah seperti sebuku daging sebesar penumbuk Tina. Mama panggil abah suruh tengok. Abah hulur tangan dengan tisu suruh mama angkat 'benda' tu letak atas tisu.

Masa angkat tu sempat mama belek kejap.. terasa dihati.."Ya Allah..anak aku ke ni?" Alangkah sedihnya. Dah besar dia rupanya.. dah 11 minggu kan..hampir cukup 3 bulan

Lepas mama bagi 'benda' tu pada abah, mama tengok lantai dah penuh darah. Mama cepat-cepat bersihkan diri dan keluar toilet. Abah ambil alih bersihkan toilet..

Bila semua dah selesai, mama tanya dengan abah..
Mama : "tengok tak apa tadi tu?"
Abah : " tengok. Itu ke 'dia'?"
Mama cuma angguk dan peluk abah kuat-kuat. Sempat cakap kat abah.. " sayangnya..dah besardah 'dia'". Mama nangis puas-puas sampai bengkak mata..
Abah kata takpelah.. bukan rezeki kita. Nanti tuhan ganti dengan yang lain..

Rupanya sakit keguguran dan sakit bersalin tak ada bezanya. Siang tu abah terpaksa jugak sekolah sebab ada pelawat nak datang sekolah dia. Mama kat rumah dengan Tina je. Setiap kali mama bergerak, mama terasa darah keluar seperti air paip..

So mama call mak mama..mintak dorang amik mama balik umah.. Masa mak & abah mama sampai mak kata muka mama sangat pucat. Dan masa tu memang mama dah pun pakai longsleeve & stokin sebab rasa sejuk. Lepas abah balik dari sekolah je, mama pun gerak balik umah mak mama. Abah tak dapat hantar kami sebab dia sekolah..

Dan esoknya mama terus pergi ke klinik yang minggu lepas tu..scan smula dan Alhamdulillah dokte kata rahim mama dah bersih. Segalanya dah keluar sendiri. Maka tak perlulah buat d&c..

'Adik Tina' tu abah bersihkan, balut kain putih dan tanam..

Dan hari ini mama dah rasa sihat dari sebelumnya. Mama dah berurut dah. So badan pun dah rasa 'tune' balik. Jamu dan pati ikan haruan masih mama makan. Mama nak cepat baik.. nak cepat sihat semula..

Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan mama.. berat juga dugaan ini tapi memang bukan rezeki kami...

Kini mama kena pastikan diri betul-betul sihat luaran & dalaman. Mama teringin nak mengandung semula.. Insya'Allah.. doakan rezeki datang lagi ye!

12 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Alhamdulillah, Sha dah sihat..same rupenye sakit gugur n sakit bersalin yek..pasni kena extra carefulla klu ditakdirkan mengandung lagi yek..

nway, nk tanyelah Sha..b4 dokter sahkan sha gugur tu, ade ker tanda2 kuar..cth kuar darah ker,or sakit perut ke..ke sha rase sihat tp tetibe jek dokter bgtau baby dh takde..

Unknown said...

alhamdulillah....

lepas dah datang nanti...insyallah bolek peknen lagi..tapi sebaik2nya biarlah 6 bulan rehat dulu rahim tu...

Diamilikku said...

hurmm...sayu je baca...takpe sha..allah lebih sayangkan dia..bersabar lah yer..insya allah ada rezeki lagi lepas ni...berdoa je banyak2

Dilla Ady said...

ngeri lak rase bace...syukur sume da selamat..akak jgn sedih sgt..takpe pasni ade rezki lagi insya allh..

kak, tulisan akak kt entri nih sgt susah nk dibace..kalernye..dilla kena shift baru nmpk..huhu..

mungkin warna putih lebih seswai..

@>--ummi zahra--<@ said...

alhamdulillah..semua dah selamat..sha pun dah makin sihat..kuat kan semangat k..ade rezeki lain tu nanti..

Anonymous said...

Ya Allah sedihnya saya baca entry Sha ni. Especially part Sha menangis tgk "dia" keluar. :(

Takpe Sha, ada rezeki lain nanti. Cepat2 sihatkan diri ya. We miss you :)

Sha@Mama TinaAzra said...

Lily@mama Zara - huhuhu..gugur kali ini memang sakit la Lily. Mungkin sebab da besar kandungannya. Takpe..insya'allah rezeki lain tuhan akan bagi

before dokte confirm da gugur tu ada kuo cecair kaler2 krim coklat sket..sket sha sara ok jek tapi dokte sahkan baby tu gugur sbb da takde dlm sarung dia lagi.sepatutnya kan leh nampak even baru 5 mggu..

Sha@Mama TinaAzra said...

Ibu Damia - Insya'allah ayu..sha harap dapat rehatkan rahim ni sblm mengandung semula..

Sha@Mama TinaAzra said...

Sue - sue yg baca pun sayu apalagi sha yg menghadapi.. sangat sayu..tapi takpe ada la hikmah disebaliknya tu..

Sha@Mama TinaAzra said...

diella- insya'allah diella..

Sha@Mama TinaAzra said...

Ummi Zahra - Thanks ummi zahra.. ni proses memulihkan mental & fizikal luar dan dalam sekaligus.. terima segala dugaan tuhan. hanya DIA tahu yang terbaik

Sha@Mama TinaAzra said...

Mrsdjones - thanks siti.. memang sangat sedih. itu tak dinafikan. Terima kasih kerana doakan sha kembali sihat.. insya'allah segalanya ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...