"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, September 19, 2010

Misteri Nusantara DiMalam Raya Pertama

Ha..macam yang mama janjikan pada post lepas ek.. pada malam raya pertama di kg parit baru pontian, kami semua dok kat beranda depan rumah sebab menghantar kakak ipar mama yang nak balik ke sebelah suami dia di KL. Masa tu lebih kurang pukul 8 lebih ke pukul 9 kot kakak ipar mama tu gerak ke KL

Sebaik kereta hilang dari pandangan, abah pun mula membakar sebijik mercun bola. Bergegar jugak la kuatnya kan.. jadi MIL mama suruh abah main jauh sikit dari rumah. Sebab takut baby adam terperanjat kan. MIL mama beriya2 suh abah main kat jambatan (umah parit baru ni ada jambatan sebab kena lintas parit besar)

Abah pun pergilah main kat sana. Kami masih dok situ jugak. Mama, kak linda, mak long & MIL mama sekali. Kami dengar & nampak 2 bijik mercun bola meletup. 3 bijik mercun lagi tak meletup pulak tapi kami tak syak apa2

Sekejap tu abah kambali ke beranda sambil mengelap-ngelap pipi dia. Sekali mama tengok..eh..darah la.. so kami semua ketawakan abah sebab kami mati2 ingat dia kena mercun bola. Tapi abah nafikan. Abah kata abah kena 'baling' dengan 'seseorang'.. hmm.. lagi la kami gelak.. pandai je nak tutup kesalahan kami ingatkan...dah main mercun..

Tiba-tiba dalam gelak2 tu kak linda, kakak ipar mama bersuara mintak pen & kertas. Sekali dia mintak dengan hubby dia..hubby dia terlambat sket datang. Dia bersuara..mintak lagi. Kali ni nada suara dia dah lain macam. Mama signal kat abah.. abah angguk.. ooooo..owh owh.. ayo.. kakak ipar mama ni dah 'kerasukan'. Memang dia jenis yang lemah semangat sket.. mama tak rasa apa2 cuma mama tengok dia agak pelik la masa tu.

Mama pun terus dukung Tina & naik atas rumah. Inform kat MIL mama.. berkejar MIL mama turun ke beranda sambil tutup pintu. So, mama tak nampak apa jadi kat bawah tapi kata MIL mama. kak linda menulis sesuatu atas kertas. Sekejap tu mama dengar suara abah jerit 'air'.

Dalam kelam kabut, MIL mama naik atas rumah amik air dlm mangkuk. Jap lagi abah naik pakai baju & kain pelekat. MIL suruh abah amik wuduk dulu. Mama memang tak tanya atau tegur apa2.. tengok jek

Then MIL mama cakap, kak inda masa tak sedar tu menulis tulisan jawi kat atas kertas. Tapi tulisan tu tulisan jawi ejaan lama dulu2. Yang ditulisnya adalah ...

"Minta anaknya hantar air al-fatihah ke jambatan"

Jadi abah pun pergilah.. ditemani FIL mama ke jambatan. Kami memang terkedu dengan kejadian tu. Nasib baik masa tu baby adam tak menangis..

Lepas abah hantar air tu.. darah pada luka kat pipi berhenti. Walaupun sebelum ni memang darahnya tak padan dengan luka. Luka tu kecik jek tapi darah dia terus keluar walau dilap. Memang tak padan la darah dengan lukanya..

Malam tu pun aman jek..takde kejadian pelik berlaku lagi. kami semua tidur dengan lenanya..

Tengahari raya kedua, abah dengan abang sulung dia pergi ke jambatan untuk ambil betik. pokok betik tu betul2 dihujung jambatan. Dorang memang berniat untuk tengok apa 'makhluk' yang ada kat situ. 'Makhluk' tu menunjukkan diri sebagai seekor ular hitam. Abang ipar mama kata..'makhluk' tu adalah jin.

Pengajaran cerita:
kadang-kadang kita lupa sebab kita tak nampak kewujudan 'diorang' ni. Walaupun begitu abah kata, kita cuma taat & takutkan Allah sahaja. Tapi dalam masa yg sama kita kena la percaya & hormati yang makhluk Allah yang lain turut berada diatas muka bumi ini...


2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

uiks..seram jugak bace entry sha ni..mmg sugguh misteri nusantara..huhu..

Sha@Mama TinaAzra said...

huhuhu...tau takpe. tapi sha ni jenis yg takde kelebihan merasa2 menda2 tu so..takde la takut pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...