"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, December 29, 2010

Reban Ayam Double Storey? Korang pernah Tengok Tak?


Mama dah tengok dah..1st time secara live. Ladang ayam ni kepunyaan bapa mertua adik mama. Kebetulan waktu kami datang ayam-ayam sedang dalam proses dijual. Jadi owner ladang ajak kami tengok.

Dibina jauh dari kawasan penempatan manusia..lebih tepat kat tengah ladang kelapa sawit. Agak jauh.

Masa kitaorang sampai dah pun ada lori ayam menanti giliran. Yang dah siap isi pun ada..yang dah jalan pun dah sudah..so dapatlah tengok proses org jual ayam. Leceh gak kejenya. Tina pulak sibuk nak masuk reban ayam jek..kata dia ayam tok wan (panggilan pada bapa mertua adik mama) comel

Dah ayam berusia 38 hari kan..memang la comel. Ayam2 ni ayam daging.

Bestnya .. masa nak balik kami dapat ayam free!! sembelih & siat kulit kat situ jugak. Balik..kami berpesta barbeque ayam..

Dekat tengah malam baru balik rumah semula..kekenyangan makan ayam bakar..
semuanya cari bantal..
zzzzz


1 comment:

Unknown said...

x penah pulak jumpa reban ayam 2 tingkat nih....unik jer bunyinya kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...