"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Wednesday, February 9, 2011

Majlis Himpunan Kasih Keluarga KHAJ




4&5 Febuari aritu mama, abah &Tina ada majlis himpunan kasih keluarga kiyai haji abdul Jabbar..di masjid KHAJ, pontian.

Ini adalah perhimpunan besar-besaran keluarga sebelah MIL mama. And mama ni bukan orang yang bertauliah nak bercerita pasal family yang besar ni jadi korang layan gambar je la ek. Mama cite sket2 jek


ini tempat perhimpunannya




ini gerai utk keturunan Hajah Khadijah..gerai kami la tu..




Baca sket2 profile family yang besar ni..keturunan yang atas2 tu boleh tahan dasat gak gempaknya.. Tuan Guru Hj Ahmad Shah ni pun pernah menjadi kadi besar johor tau.




gerai ada banyak..maklumlah keturunan ramai kan..tak dan nak snap semua sbb hp tertinggal dalam kereta. Dah nak balik barulah pegi amik hp..dapat snap beberapa gambar je la




pemandangan dibelakang masjid. Diorang gotong royong masak kat sini. Siap tumbang lembu 2 ekor kalau tak silap!

Sebenarnya ramai wajah-wajah yang abah pun tak kenal. Mama apa la lagi kan. Dan ramai jugak yang jumpa kawan masing-masing. Berkawan-kawan, rupanya org tu sedara sendiri tapi masing-masing sesama tak tau.

Ada jugak yang jumpa anak murid mcm kakak ipar mama. Anak murid dia dari keturunan yang sulung. Memang seronok tengok begitu ramai orang. Nasib baik je mama tak jumpa sesiapa..hehe..so confirm mama memang keturunan yang lain la kan..tak la tersangkut paut dengan keturunan abah..haha

Tina jatuh 2 kali kat dataran masjid tu..luka2..dek kerana excited sebab ramai sangat orang kan..

Terima kasih lah bagi pihak abah & MIL mama sekeluarga kepada penganjur yang bertungkus lumus merancang perhimpunan ni. Walaupun belum sempurna sepenuhnya tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki dimasa akan datang.

Usaha anda sangat dihargai.. Thumbs Up!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...