"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, February 19, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 2

Cuma separuh nite 2 sahaja berjaya sebab Tina mintak susu 2 kali. 8oz setiap satu. Walaupun selepas 8oz pertama tu dia ada bangun nak ken**** tapi waktu tu dah basah dah sikit. Lepas gi toilet mama alaskan tempat tido dia dengan kain bersih & dia tido semula

Pukul 5 kot mama terjaga & dengar Tina macam tak selesa..hmm..rupa-rupanya dia terken**** lagi. Dah basah lencun. Patutlah dia bising jek. Mama kejut dia..salinkan baju & seluar lain. Then waktu ni Tina mintak nak pakai pampers.

Hehe..mama pakaikan aje. Kesian pulak tido tak lena dah 2 kali kebasahan kan. Tak pe lah Tina..kita cuba lagi malam lain ye..mama tak kisah. Janji akhirnya Tina boleh diaper free.

Yang lawaknya, sebab banyak sangat minum susu, yang siang ni pun dia terkucil. Basah sekali lagi. Mama kejut dia bangun, mandikan terus & pakaikan baju lain. Lepas mandi..ehh..mintak susu lagi sebotol!

Tina ni memang kuat minum susu walaupun susu dia dicairkan sukatannya. Dia tak kisah. Dia ni memang anak abah la tau. Abah pun minum banyak air..isy..sepadan la 2 beranak ni..hehe :)

6 comments:

mamaarifakeemaisy said...

kuat eh tina menyusu...huhu..takpe nnti pasti berjaya gak akhirnya..hehe..

Anonymous said...

Good luck Sha! Kuatnya Tina minum susu. hehe.. Siti pon pening, dah try potty train tapi Zara x consistent. Cepat distracted and kadang2 dia bgtau terasa nak buang, kadang2 tak pon sbb distracted duk buat benda lain :p

Sarah's Daddy and Mommy said...

It takes time for Tina to adjust the diaper free journey.
Maybe she still drinks alot of water before going bed, or else she can sleep better.

All the best!

Sha@Mama TinaAzra said...

Mamalieyna..

Tina memang kuat menyusu sejak kecil. Tapi bila tambah besar..tambah kuat lagi la menyusu. sama naik dengan makan..

Doakan berjaya ye!

Sha@Mama TinaAzra said...

Haih..day diaper ok tapi poo poo masih fail. Dia masih mintak diaper. Banyak kali ajar dah, tapi mcm siti kata la ..poo poo ni kan amik masa..dia akan distracted..& last2 tak jadi..akhirnya kena guna diaper gak.. :)

Sha@Mama TinaAzra said...

Joanne - thanks..i understand that it takes time and i am ready to go. Not too force on her. Juast go with the flow. Hopefully it will success when the times comes!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...