"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, March 31, 2011

Korang Dah "SEMAK GULA" Susu Anak-Anak?

Dah beberapa hari nampak iklan yang suruh semakgula ni

nak semak asyik lupa jek

malam ni teringat

dan buat

Hasilnya..

v
v
v
v
v
v
v
v




Huh!!.. Benarkah ini semua????

Korang dah check ke belum?

Korang check kat

www.semakgula.com.my

gi la check..

pastu buat post ye..

kita kongsi result "semakgula" susu anak-anak kita..

Ok?

Apa langkah mama seterusnya nih?

Wednesday, March 30, 2011

Setelah Sekian Lama

Tak berurut satu badan, alangkah bahagianya dapat berurut

bukan setakat mama, Tina & mak mama pun join sekali.

Kali ni selesa teramat sebab mama gi amik bidan tu kat umah dia

bawak datang mengurut mama, Tina & mak mama kat umah jek



Actually umah bidan tu dengan umah mama dekat jek

tapi sebab abah extra sibuk, tak nyempat2 nak melaksanakan hajat

kali ni ada masa terluang.. terus grab!


Huhu..sungguh selesa bila badan ditune balik u all..

Sangat gembira bila bidan tu bagi statement..

"uisy.. badan ko ni dah naik sikit ni..urut pun terasa lain"


Korang tak gi berurut..?

gi la.. sesekali refreshment badan..selesa u!



Monday, March 28, 2011

Lamanya Tak Makan Pizzahut..

Biarlah gambar je yang bercerita.. :)















Setengah tahun ada rasanya tak makan pizza..
sesekali makan..
huhu..terasa rindunya!

Sunday, March 27, 2011

Berjaya Lagi..Hooray!!

Perjalanan nak fully potty train & diaper free belum pernah berhenti dari diari mama & Tina

Dengan kejayaan men'diaper free' kan tina waktu siang

kemudian

Mama mulakan perjalanan 'diaper free' malam hari pulak

setelah berjaya dengan bintang-bintang berkerlipan

Tugas & tanggungjawab mama belum selesai

sebab Tina masih berdiaper waktu 'poo poo'

ohoho..

Dan kini mama umumkan yang Tina sudah berjaya di 'fully potty train' kan

dengan berjayanya mama memujuk Tina poo poo di toilet

pheww! .. what a relieve

So mama mengumumkan bahawasanya pada hari ini

27 March 2011

Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

Sudah Berjaya Di 'fully potty train' kan


v
v
v
v
v
v


kenangan menunggu..sama2 mencangkung didalam toilet




Good Job!



Sijil tanda tamatnya perjalanan potty train dengan jayanya..


Hehe

My girl is a big girl now

Luv u la Tina..
..hmmuaaah..




Saturday, March 26, 2011

Kita Tunggu Abah Gaji Ye..

Alkisahnya last week kami jalan2 kat JJ Taman U
Tina masuk kat U-Mag dengan abah masa tunggu mama beli paparoti

Bila mama cari diorang
Tina tengah pegang buku cerita Toy Story
tak mahu lepas..

Dan alkisahnya
buku tu mahal la pulak.. belas ringgit jugak harganya

Aduh..susah pulak nak ajak dia balik
dia nak jugak buku tu

mujur la bila mama cakap,
"kita tunggu abah gaji ye"
"buku ni mahal"

Huhu..dia terus gi letak balik kat rak
sambil jalan keluar kedai
mulutnya tak berhenti cakap
"kita tunggu abah gaji ea..nanti kita beli buku toy story ea"
itu je ulang2 sampai la kat rumah

Bukan setakat tu je korang
berhari2 itu jugak cakapnya

so semalam kali ke JJ lagi..saja jalan2
cadangnya nak makan pizzahut

masuk je kat gate JJ tu
tina sebut balik
"kita nak beli buku toy story kan?"
"kita tunggu abah gaji kan?"

kusmangat..
ingat dia ko...

Dan alkisahnya
makan pizza pun tak tenang la dia..dok asyik
mata melekat kat tingkap..tengok kedai u-mag tu

Kuar je pizzahut..
terus tarik tangan abah dia gi u-mag
berseri-seri muka pegang buku toy story
tapi version lain la..bukan yang aritu dia pegang

actually kata abah, Tina memang pegi amik buku yang aritu jugak
tapi bila abah belek2..buku tu hanya tulisan
cover dia je ada gambar
abah pujuk2 tukar buku yang ada gambar banyak
nasib baik dia nak u!

Mama tunggu belakang dia
bagi dia duit
suruh dia bayar kat kaunter
uihh..berani dia ko..
selambaland je dia pegi hulur buku nagn duit
huhu anak mama




inilah bukunya..rasanya dah beli 2 ke 3 buah buku ni.cover lain2 la..see..muka berseri2 kan?





Bila suh posing dengan beg plastik u-mag tu..
cepat aje


Anak..anak..
korang pernah alami situasi macam ni tak..?


Friday, March 25, 2011

Tak Dapat Kat Mama.. Dapat Kat Tina Pun Jadi lah..

Apanya yang tak dapat kat mama?
Hehe..
Rambut la..
Mama sebenarnya minat giler dengan fesyen rambut gulung2
tapi..dah lahir dengan rambut macam pembaris kan..nak buat camner..hoho pembaris la sangat!

Tapi rupanya anak dara mama yang dapat rambut yang mama idam-idamkan ni
Citernya..
Masa sarat mengandungkan Tina 8 bulan lebih, mama & abah gi satu jemputan kawen adik ipar kawan abah
Kat situ mama ternampak sorang budak gegirl ni rambutnya bergulung2 macam fesyen barbie
Terkeluar kat mulut..
"ee..tengok yang..cantiknya rambut dia kan.."

Ha..
kuar je Tina dari dalam perut ..mana ada rambut..suspen you!

Lepas setahun..rambut tumbuh..
hoho..rambut idaman malaya..
rambut idaman mama..

Jadilah kan..
anak dara mama..dapat rambut yang mama suka..





see.. rambut dia memang bergulung2 macam ni..sepanjang hari






pandangan sisi tepi..sorri lah..hp cam kucing ni blur sket..hihi






Ha..ni clear sket..


sampaikan pernah ada orang tanya..
"buat kat salun ke? Berapa ratus nak buat macam ni?"

kusmangat..berapa ratus ek..
mama dengan confidentnya cakap
"buat kat dalam perut kak.."
hehe..selambaland tak jawapan mama..

Setiap kali keluar berjalan
takkan pernah ada orang yang tak menegur rambut Tina ni
kalau dulu mama selalu keluar tak bertudung
orang akan pandang mama..pandang abah..then pandang Tina banyak kali..
pastu mesti dapat soalan cepu emas yang kat atas tu la..
hehe

Alhamdulillah..
Allah tunaikan jugak keinginan mama kan..

Tapi kan..
cuba korang bayangkan..
kalau la Tina ni ada adek boy suatu masa nanti.. (boy la sangat kan..ntah bila la tu..berangan jek)
Kalaulah rambut dia macam rambut Tina..
Tak lawak ke korang?

Wednesday, March 23, 2011

Aiseh..Terkena Lagi!!

Huhu..

nak reveal produknya..kang kene saman pulak tak pasal2

Tapi memang sangat pelik

Dah banyak kali beli cip kentang dalam botol

tapi tak pernah pulak yang berkulat & bercendawan walaupun dah dibuka berbulan lepas

paling tidak pun.. lemau jek

tapi yang kali ni

kami beli gaji lepas.. cip kentang dalam botol jenama terkenal weh!

belum sebulan bukak.. makan..simpan..

pagi tadi tengok dah bercendawan..berkulat..lembap..

huhu..

bulan ni dah 2 kali terkena..

Aku ke yang tak berhati-hati semasa membeli?

Tapi dah check dah..expired date.. belek botol..

terkena la jugak

hmmm...

aku la yang lalai agaknya

Barulah Nampak Tak Pelik Kan?


Apa yang tak pelik?

Pisang tu la..

aritu nampak macam sangat unik kan

tapi hari ini dah nampak seperti pisang normal

Huhu..tak sabar nak makan pisang ni..

:)

Tuesday, March 22, 2011

Botol Air BPA Free

Masa gi celebration semalam sempat mencari botol air BPA Free baru untuk Tina

Yang ini mama pernah beli dulu warna pink

Pureen jek

harga pun tak mahal

RM10.90 je

yang pentingnya BPA Free




Dalam pada tu sempat jugak Tina mencapai satu botol bedak carrie junior. Memang mama cadang nak beli. Memang dah bagitau kat dia pun
Tiba kat rak jek..dia pun capai & cakap
"ha..bedak carrie junior ni..ambik satu"
hihi
tak mahal..botol besar RM8.90



suka betul dapat bedak carrie junior ni
memanjang nak pakai bedak je la anak dara ni..
:)

Monday, March 21, 2011

Private Celebration Untuk Kami Bertiga

Kami ke..




Yang terletak kat





Taman Universiti..dekat jek dengan rumah




Aksi-aksi menunggu pesanan..

sibuk sebut..nak kek..nak kek..




Masa ni sibuk dah bertanya.."mana kek Tina ni?"



Ini hidangan pilihan

Ice cream 3 scoop utk Si puteri comel




Golden Nugget untuk si kekasih hati




Chocolate Indulgence untuk birthday mama




Air ni lupa la nama dia. Beli satu jek..kongsi sebab berdasarkan pengalaman lepas..air semuanya bawak balik..tak habis..


Okeh..
Layan gambar-gambar pulak




Birthday Mama yang diraikan..hikhik..lama dah tak enterframe gambar tuan punya blog.. :).. aik..kenapa pipi mama nampak begitu bulat ye..hmmm.. mungkin hanya perasaan sahaja kot..





bersama siputeri kesayangan..elok je bersepit mickey mouse..




kakak wakilkan mama tiup lilin.. part2 ni kasilah kat dia..semenjak dua menjak ni pantang nampak kek..nak tiup lilin saja..




Dia jugak yang rasmikan chocolate indulgence mama.. hehe..


Aiseh..baru terperasan gambar kekasih hati takde kan. sebab abah jadi cameraman malam ni..kan meraikan mama gitu..hihi

Walaupun gambar kekasih hati takde..takpe..
Sayang.. kau selalu dihatiku

Thanks kat abah sebab bawak mama & Tina makan kek birthday kat secret recipe malam ni. Happy sangat walaupun hanya kita bertiga jek meraikannya.. ia sungguh bermakna buat mama
Thanks yang

Kepada semua yang wish kat FB..thanks a lot. Ramai sangat..tak dan nak sebut sorang2. You know who you are kan..thanks from the bottom of my heart..terharu..ramai yang ingat lagi kat mama

Hmmm.. mama dah berusia 33 tahun dah..
semoga mama semakin matang, semakin tabah mengharungi kehidupan
mama mohon dilimpahi rezeki & kebahagiaan hingga ke akhir hayat
Hanya ada satu impian yang belum tercapai..
Mama nak lengkapkan kebahagiaan ini dengan at least seorang "hero"
untuk menemani abah disamping mama & Tina
Korang doakan impian mama ni dimakbulkan Allah ye..
Amin


What a wonderful birthday feeling
syukur alhamdulillah

Watermark Dari aieentheprinces

Aritu mama nampak ada watermark free kat blog aintheprincess
mama pun mencuba nasib la..email kat dia
tup2 dapat reply..seseorang lebih awal dari mama
huhu..mama terlewat

Mama reply email tuan punya blog
kata takpelah..lain kali boleh cuba lagi

Tup Tup arini
nampak email dari tuan punya blog aintheprincess
hoho..rupanya dia buatkan watermark free jugak untuk mama
thank you..thank you..
syukur.. ada juga orang sudi nak hadiahkan watermark kat blog mama yang sedia comel nih
Thanks Ida..

Nak tengok?

v
v
v
v
v
v
v
v
v



tu dia..comel kan..
:) mama suka..Tina pun suka
Tina kata.."eh..snail la"

sekali lagi..
TERIMA KASIH BANYAK IDA

Jom jalan-jalan kat blog ida..dia buat felt craft
http://aieentheprincess.blogspot.com

Jom Tengok Mama Ajar Tina.. Ajar Macam Ni Boleh Ek?

Ramai kekawan yang advise mama supaya jangan terlalu strict & memaksa dalam mengajar Tina
Yup, mama faham Tina masih kecil
Mama tak paksa pun..tak pun schedulekan apa2
Bila teragak..dia sedang menunjukkan minat..mama ajar je apa2 pun

So far
30 minit tu lama sangat rasanya..
less than that je yang dapat

Nak ajar mengenal ABC je pun bukannya senang
tapi mama tak putus asa
Mama akan ajar Tina
macam atuk ajar mama dulu..

Dah beberapa bulan ni mama dapat idea untuk ajar ABC
mama guna ABC block & meja tulis
sambil tunjuk huruf
mama suruh Tina ambil block untuk padankan dengan ABC pada meja

Pada 20 Mac 2011
Tina berjaya padankan A-Z
alhamdulillah
cuma mengenal..masih belum semua
yang pasti A-G dah familiar
yang lain2 macam P,M,N,S,X tu ok la..
yang lain masih samar2 pada dia



Tina happy berjaya padankan semuanya..siap suh mama tepuk tangan untuk dia :)













Last but not least..dia ni suka sangat buat pose yang buat mama geram!
Tengok la tu!


Mama sayang Tina tau.. Muah!

Happy Birthday To Me..

Haih..dah tambah umur..lupa birthday sendiri
bila hp berbunyi sebelum kul 12 tgh malam td terasa pelik
sape la yang hantar sms malam2 buta ni..

Rupanya
" Happy Birthday sayang..Muah!"

Dapat birthday kiss 4
hahaha...
Dah..lain2 citer esok jek
Jom tido!

Sunday, March 20, 2011

Aktiviti Petang Ahad Tina

kami sebenarnya keluar sebab abah nak tunjukkan mama jalan nak ke Bank Islam kat uda
so after balik daripada tu..terasa haus pulak
so kami singgah kedai mamak kat TUTA

Jom tengok apa Tina makan ni..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v












gambar ni paling comel rasanya..mama suka sangat


See..
sedapnya dia menyuap roti tisu
actually mama punya menu tapi Tina pulak pau roti tisu mama
dah pandai pulak mintak nak minum air milo ais
kelas anak mama..
dah ada perubahan
hehe :)

Saturday, March 19, 2011

Hai coklat "buy 1 free 1"

Belanja barang dapo gaji aritu..kitaorg ada beli coklat..
jenama & lokasinya dirahsiakan ye..kang kene saman plak

Coklat tu kembar 2..
tulis.." buy 1 free 1"
sebab dah biasa makan coklat tu..kitaorg beli la
harganya takdelah murah sesangat..murah la sikit

balik je..terus la simpan coklat tu dalam peti ais
satu papan coklat tu dah habis mama makan tau..
tetiba petang ni terasa nak makan coklat lagi

masa bukak tak perasan..tengok seali lagi..alamak..apasal coklat ni ada kuar sisa2 atas dia
ala..ala mcm tengok sisa anai2 atas kayu gitu
mama tunjuk kat abah

pastu teruslah koyak plastik coklat yang sebahagian lagi tu..
kusmangat..sepapan coklat serupa keadaannya..

hmm.. kalau macam ni punya cerita..sape nak disalahkan ni..
hilang mood nak kunyah coklat

kalau korang2 nak beli & makan coklat hati2 la ye..
tak pulak la sangka..
BUY 1 FREE 1
tu..
dikasinya yang free tu sepapan coklat yang rosak

Last2..kita pengguna juga yang rugi..
takpe..itu pengajaran
lain kali lebih berhati2..
ingat ye korang!

Thursday, March 17, 2011

Kadang-kadang Terasa Macam Diri Ini...

Dah putus asa.. dah letih mencuba
dan
alasan-alasan yang sewaktu dengannya
dan
kadang-kadang hingga terlupa..
rezeki itu rahsia Allah
tapi
keinginan untuk menambah ahli keluarga baru tu kadang-kadang sangat menyebabkan hati ini stress..

Tolonglah dengar kawan-kawan..
Mama dah letih mencuba & mengharap keajaiban berlaku

Mungkin rezeki cuma seorang agaknya..
Mama terima seadanya
Terima kasih..syukur ya Allah atas kurniaan
yang seorang ini..

Mama dah letih
Mama dah letih
mama dah letihhhhh...

Wednesday, March 16, 2011

Selalu Tengok Kat Paper Ataupun Berita Tapi Kali Ni Tak Jauh, Kat Belakang Dapo Jek. Unik Tapi Benar

Punyalah panjang tajuk dia
tapi tak kisahlah
mama cuma nak tunjuk kelainan pada pokok pisang dibelakang dapo umah kami ni
Korang tengok sendiri..


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v











Pokok pisang ni kenapa agaknya ye? pelik benar nampaknya
Putik pisangnya dah ada..tapi dalam batang pisang
nak kata yang tu bukan putik pisang..tapi jantung pisang belum habis terbuka..

Wallahuaklam Bissawap..
Indah & tersendirinya ciptaan Allah..

Tuesday, March 15, 2011

Isu Botol Susu BPA ni Muncul Semula

Mama masih ingat masa Tina baby, isu botol susu BPA ni hangat sekejap. Dan atas kesedaran tu mama yang masa tu bekerja belikan botol susu MAM untuk Tina. So far Tina dah ada 4 biji botol susu MAM dalam koleksi..

Mama mula simpan botol susu MAM ni sejak Tina berumur 3 tahun kalau tak silap sebab Tina asyik koyakkan puting botol susu dia. Botol susu MAM ni teat dia berharga RM22 untuk 2 pcs. Dan sejak tu mama mula beralih kepada puting botol alternatif untuk botol susu MAM ni macam teat daripada Anakku.. pun boleh fit jugak cuma kurang sesuai gitu. Tapi disebabkan kos teat MAM tu mahal..mama terpaksa

Sejak kebelakangan ni mama selesa guna botol susu biasa..ala..yang murah tu la kan. ..haish..teruk la mama ni kan Tina..

So, nampaknya mama kena guna semula botol susu MAM tu. Spare part botol susu MAM ni memang boleh dibeli. Banyak kedai baby jual jenama ni. Cuma kadang2 mama lebih suka beli online..sebabnya part-part macam cap, getah bawah tu semua susah sikit nak dicari kat kedai tapi kat online takde masalah..

So as langkah pertama..malam ni mama rendam air panas semua botol susu MAM tina pastu tutup.. dah lama tak guna..kena steril bagi hygienic sikit..habuk ke..apa ke dah melekat2 kat sana..

Mama pun taknak la tunggu 2012 baru nak haramkan botol BPA ni..atau nak tunggu ada penyakit kerana botol2 susu BPA ni baru mama nak bertindak. So, mama nak start malam ini jugalah..



mama rebus air guna kukus, bila dah mendidih tutup api, masukkan semua peralatan & tutup guna penutup kukus jek..senang


Kawan-kawan yang lain pun harap2 sedar bahaya BPA ni untuk jangkamasa panjang ye..kita tak tau apa akan berlaku dimasa hadapan. Jadi bertindaklah sekarang.

Setau mama brand local macam pureen pun dah ada botol BPA free pada harga yang lebih ekonomi. Mama pun nak tengok2 la brand local jugak. Nanti kalau ada info yang boleh share..mama share sesama ye..

Saturday, March 12, 2011

Dari OK

Beberapa hari lepas mama terima bungkusan..
rupanya dari OK..Orang Kampung..
aiseh korang ni..produk orang kampung tu

Diorang launch produk baru..Sarbat
atau mudahnya..teh halia
mama dapat 2 sachet sebagai marketing strategi diorang
anyway..terima kasih ..









Produk Orang kampung ni boleh tahan banyak..korang browse je la tengok2 produk2 dia ek..yang mama dah tengok dalam pamplet..produk2 dia tak le mahal2 pun..harganya sederhana je..

Mak mama kata sarbat OK ni sedap..korang tak nak cuba ke?

Friday, March 11, 2011

2 Beranak Yang Gile Ikan????

Inilah kisahnya..


Ini anak daranya..





Ini lagi aksinya..





Ini pulak abahnya..





Ini satu lagi aksi manja anaknya..





Semuanya kerana ini..



Haha..gambar mama dia je yang tak ada sebab tak de orang nak amikkan gambar..selamatlah mama dari menjadi mangsa gile ikan..

As for the fish donut..ok la..not bad rasanya pun sedap apalagi bila cicah dengan mayonis. Tina memang suka cicah-cicah ni..

Sape belum cuba..baik cuba..sedap!

Thursday, March 3, 2011

Bestnya Bila Mak & Abah ada..

Sape kata tak best bila mak abah dia ada kat umah dia ..angkat tangan! Hehe..mana la ada ye tak? Mama paling seronok bila mak abah datang umah tinggal dengan kami 4-5 hari. Mama sangat seronok, Tina pun lagi la seronok sebab ramai orang nak melayan dia. takdelah asyok nengok muka mama madang! kan..

Actually abah mama dah benti keje. Eh salah..dah tak boleh keje dah sebab umur dah 63 tahun. Sejak cukup umur 55 tahun aritu abah mama sambung keje secara kontrak je. Tapi tahun ni dah tak boleh nyambung kontrak dah. Kata pejabat, abah mama dah lanjut usia. Warga emas ni kalau bekerja, susah nak menjaga kebajikannya..wallahuaklam

Jadi sebab tu la abah mama & mak mama akan selalu ada kat umah mama. Bila boring2 kat umah kampung, mama ajak datang umah. Dok la sampai boring pulak..kang dah boring..balik kg semula. Nak suruh duduk terus dgn kita..faham2 je la orang-orang tua ni..sayang nak tinggal terus rumah pusaka kan..takpelah, janji nak datang dah cukup baik.. :)

Mak abah mama jenis yg tak cerewet serba-serbi. Jadi seronok la kan. Lagipun mama ada la kawan kat rumah selain Tina bila abah gi sekolah. Mama ada la kawan nak tanam-tanam bunga..sayur..alih2 pasu..idea baru menyusun pasu bunga..macam-macam la. Seronok la buat keje laman sama-sama. Sib baik laman besar u!

Mama ni kan 2 beradik je. Adik mama yang lelaki dok perak. Keje sana. Kawen dengan orang sana jugak..

So, mungkin bulan april nanti hingga jun..mama kembali la takde kawan sebab abah mak nak gi dok umah adik pulak..sunyilah rumah kita kan Tina..

Actually bila dah biasa ada mak abah ni akan terasa sangat sunyinya..Tina lagi la..selalu je tersasul bila mak abah takde..pagi2 dia cari..jengok2 kat laman..nanti dia sendiri akan cakap.."oo..mak dah balik umah la"

Mama suka sangat mak abah ada kat umah..dapat dok sama macam zaman-zaman dulu..korang? Mak abah korang selalu datang umah korang tak?

Wednesday, March 2, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 10 & 11

Ringkas je la ek..
sejak malam ke 9 tu, Tina dah tak pakai jugak diaper untuk malam ke 10 & 11 nya
dan tanpa kebasahan jugak pastinya
kurang menyusu.. dan bangun untuk ke toilet 2 kali sehingga pukul 6 pagi.

Dan masa kami ke Giant untuk belanja barang dapo 1 Mac lalu
Tina mama pakaikan drypantz.. hadiah dari drypers tu la..
tapi sebelum masuk ke giant, Tina nak ke toilet. ok la tu
Tengah-tengah belanja..dia nak ke toilet lagi..alamak..

Mama suruh ken**** dalam drypantz dia tak mo
so, mama ajak dia jalan gi toilet
surprisingly!! dia boleh tahan ken**** hinggalah kami sampai ke toilet :)
*wink.. wink*

Hehe..ok la tu..
So, mama nak declare lah kat sini
Night Diaper Free Training Journey Tina sudah berjaya
pada usia 3 tahun 4 bulan 8 hari
Dan ianya hanya mengambil masa selama 11 malam

Good Job Tina!
Good Job Mama!

Dan kepada kawan-kawan mama yang sedang diaper freekan anak masing-masing tu, bersabarlah banyak-banyak sebab ini bukan tugas yang mudah. Perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Mama pun takdelah nak kata mama pandai..mama sabar sungguh sebab mama pun cuma insan biasa yang kadang-kadang pun tak sabar..

Cuma night diaper free ni tak terlalu menekan perasaan mama pun. Sebab abah dah pesan awal-awal dengan mama..
"Tina tu masih kecik..tapi dia sendiri dah tak selesa ber'diaper' time tido. Mungkin dah nak diaper free tapi..mama janganlah marah-marah dia kalau dia terkucil atas tilam..slow-slow la..kesian Tina nanti"

Jadi sebab tu la mama rilex jek.
Abah pun membantu..waktu mama betul2 tak sedar Tina kebasahan..abah yang bangun salinkan baju seluar Tina..
Thanks yang!

Mama dah pun dapat congratulation kiss dari abah atas kejayaan mama & Tina ni..hihi

Another milestone reach! Go Tina Go..



..2 insan istimewa dihati mama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...