"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Wednesday, March 2, 2011

Night Diaper Free Training Journey - Nite 10 & 11

Ringkas je la ek..
sejak malam ke 9 tu, Tina dah tak pakai jugak diaper untuk malam ke 10 & 11 nya
dan tanpa kebasahan jugak pastinya
kurang menyusu.. dan bangun untuk ke toilet 2 kali sehingga pukul 6 pagi.

Dan masa kami ke Giant untuk belanja barang dapo 1 Mac lalu
Tina mama pakaikan drypantz.. hadiah dari drypers tu la..
tapi sebelum masuk ke giant, Tina nak ke toilet. ok la tu
Tengah-tengah belanja..dia nak ke toilet lagi..alamak..

Mama suruh ken**** dalam drypantz dia tak mo
so, mama ajak dia jalan gi toilet
surprisingly!! dia boleh tahan ken**** hinggalah kami sampai ke toilet :)
*wink.. wink*

Hehe..ok la tu..
So, mama nak declare lah kat sini
Night Diaper Free Training Journey Tina sudah berjaya
pada usia 3 tahun 4 bulan 8 hari
Dan ianya hanya mengambil masa selama 11 malam

Good Job Tina!
Good Job Mama!

Dan kepada kawan-kawan mama yang sedang diaper freekan anak masing-masing tu, bersabarlah banyak-banyak sebab ini bukan tugas yang mudah. Perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Mama pun takdelah nak kata mama pandai..mama sabar sungguh sebab mama pun cuma insan biasa yang kadang-kadang pun tak sabar..

Cuma night diaper free ni tak terlalu menekan perasaan mama pun. Sebab abah dah pesan awal-awal dengan mama..
"Tina tu masih kecik..tapi dia sendiri dah tak selesa ber'diaper' time tido. Mungkin dah nak diaper free tapi..mama janganlah marah-marah dia kalau dia terkucil atas tilam..slow-slow la..kesian Tina nanti"

Jadi sebab tu la mama rilex jek.
Abah pun membantu..waktu mama betul2 tak sedar Tina kebasahan..abah yang bangun salinkan baju seluar Tina..
Thanks yang!

Mama dah pun dapat congratulation kiss dari abah atas kejayaan mama & Tina ni..hihi

Another milestone reach! Go Tina Go..



..2 insan istimewa dihati mama..

1 comment:

mamaarifakeemaisy said...

waaah tahniah tina..! dan mamanye juga..sbb usaha tlh membuahkan hasil..eina pun nak kena blajar ajar anak gk nnti..skrg terlalu awal, baru nak masuk 2 tahun dak arif tu..hehe..

tahniah tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...