"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, March 26, 2011

Kita Tunggu Abah Gaji Ye..

Alkisahnya last week kami jalan2 kat JJ Taman U
Tina masuk kat U-Mag dengan abah masa tunggu mama beli paparoti

Bila mama cari diorang
Tina tengah pegang buku cerita Toy Story
tak mahu lepas..

Dan alkisahnya
buku tu mahal la pulak.. belas ringgit jugak harganya

Aduh..susah pulak nak ajak dia balik
dia nak jugak buku tu

mujur la bila mama cakap,
"kita tunggu abah gaji ye"
"buku ni mahal"

Huhu..dia terus gi letak balik kat rak
sambil jalan keluar kedai
mulutnya tak berhenti cakap
"kita tunggu abah gaji ea..nanti kita beli buku toy story ea"
itu je ulang2 sampai la kat rumah

Bukan setakat tu je korang
berhari2 itu jugak cakapnya

so semalam kali ke JJ lagi..saja jalan2
cadangnya nak makan pizzahut

masuk je kat gate JJ tu
tina sebut balik
"kita nak beli buku toy story kan?"
"kita tunggu abah gaji kan?"

kusmangat..
ingat dia ko...

Dan alkisahnya
makan pizza pun tak tenang la dia..dok asyik
mata melekat kat tingkap..tengok kedai u-mag tu

Kuar je pizzahut..
terus tarik tangan abah dia gi u-mag
berseri-seri muka pegang buku toy story
tapi version lain la..bukan yang aritu dia pegang

actually kata abah, Tina memang pegi amik buku yang aritu jugak
tapi bila abah belek2..buku tu hanya tulisan
cover dia je ada gambar
abah pujuk2 tukar buku yang ada gambar banyak
nasib baik dia nak u!

Mama tunggu belakang dia
bagi dia duit
suruh dia bayar kat kaunter
uihh..berani dia ko..
selambaland je dia pegi hulur buku nagn duit
huhu anak mama




inilah bukunya..rasanya dah beli 2 ke 3 buah buku ni.cover lain2 la..see..muka berseri2 kan?





Bila suh posing dengan beg plastik u-mag tu..
cepat aje


Anak..anak..
korang pernah alami situasi macam ni tak..?


2 comments:

Lelord said...

sudah pastiiiiiiiiiii. mmg najlaa tuntut kalau aku ngelak cakap lenkali beli ke whatever.

dieya said...

pandainya tina.. kecik2 dah suka baca buku!
nampak happy sangat muka dia dapat buku baru :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...