"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, April 25, 2011

Bila Tina Asyik Tanya : Mama, Mak Mana?

Mak & abah mama dah selamat pun naik bas ke Perak Pagi semalam. Pukul 10.30pg kami hantar ke stesyen. Tina pun ok jek mama tengok. So, takde la adegan sedih drama air mata kat sana. Sampailah bas bergerak tinggalkan stesyen..

Bila nak pegi kat kereta je, Tina dah mula cebik2 muka..tanya2 ..kenapa mak naik bas? Mama cakap la, mak nak pegi rumah Zulaikha (nama anak adik mama kat perak tu)..Allah..dia nangis. Merah2 muka.. tapi suara tak dengar. Cuma air mata je menitik2.. aduh..

So, masa nak kuar stesyen bas tu, bas yang mak & abah mama naik tu kat depan kami.. so mama ambik la gambarnya. Simpan kat hp

Sepanjang hari..Tina asyik la tanya..

"Mama..mak mana?

Mama jawab, " Mak kan pergi rumah Zulaikha"

Haaa.. dan dan tu jugak dia nangis korang! Aduh.. Mama pulak yang sedih tengok..



Malam tu.. Tina tanya lagi..nangis lagi..entah kali ke berapa
Mama sms hp abah mama, abah mama kata ada baju mak yang pagi tu kat penyidai bilik. Mama pun amik..kasi kat Tina

sedihnya korang..dia terus peluk..cium2 baju tu..selimutkan baju tu kat kepala dia sambil baring menangis..kalau korang la..tak sedih ke.. aduhai..mama ingat dia ok..rupanya dia sangat2 terasa mak & atuk dia takde


Ni dia bukan tido tau korang..dia tengah nangis. Baju mak mama dia letak kat kepala dia. Mama yang snap gambar ni pun tak leh tahan..nangis sama



Abah masa ni tak de. Gi sekolah sebab ada urgent keje nak kene hantar pagi ni (isnin). So masa abah balik mama cite.. sekejap tu abah pulak jadi tempat bertanya.. mak mana? Aduhai korang..kami sesama pandang memandang.. dalam hati tuhan je tau.. sedih giler!!

Mama yang menaip n3 ni pun.. basah2 lengan baju..asyik kesat mata jek. Susah la kalau budak kecik yang rindu. Bukan faham dicakap pun. Sehari berpuluh kali tanya.. Mak mana?

Korang pun mesti pernah kene kan macam ni.. aduhai..sedihnya hati bila tengok anak macam ni korang..

Oklah..tu je la yang larat mama nak update pagi ni.. tak leh nak menaip dah. Asyik nak lap air mata je..letih la..




Gambar bas yang mak & abah mama naik semalam pagi. Gambar ni la jadi pengubat rindu Tina.. semalam pun entah kenapa, mama nak sangat snap gambar ni.. hati seorang ibu kan..macam tau apa nak jadi..





Satu lagi gambar untuk pengubat rindu Tina..


Owh..lamanya rasa nak tunggu mak & abah balik JB semula. Janjinya pergi untuk 2 bulan korang.. 2 bulan tau.. bukan 2 hari..bukan 2 minggu.

Mama ni pun nampak je ok.. tak mo nak tunjuk2. Kang kalau Tina nampak mama nangis.. dia lagi sedih kan. Semalam pun masa dia nangis, mama nangis gak tengok dia. Dia pulak yang datang kesat air mata mama dengan tangan dia.. huwaaa... lagi la takmo benti korang air mata tu turun!

4 comments:

dieya said...

huhuhu k sha.. sedey nyer..
nasib baik ader gambo2 n baju pengubat ridu kan..

Sha@Mama TinaAzra said...

Dieya - usually dia ok jek sbb atuk & mak on off je kat sini. tak sangka dia mcm ni.. :(

Unknown said...

Sedih le pulak akak tengok ragam dia.... kesian dia

Sha@Mama TinaAzra said...

Mama QS - tu lah kak..kalau sehari dia tanya berpuluh kali..nampak sangat rindunya..harap2 dia akan ok la beberapa hari nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...