"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, April 4, 2011

Terkenang Semasa Dulu...

gambar pinjam kat yahoo images



Korang kenal jering tak?

Ye..ye..gambar yang diatas itulah jering

first gambar tu jering muda. sesuai buat ulam

Tapi yang kat atas ni lebih mesra dipanggil "jering kelambak"

Apasal? sebab ianya dikopek kulitnya, dilambakkan atas tanah, kemudian di tutup..dengan tanah

la jugak..takkan dengan plastik plak kan..

Bila dia dah berakar macam ni

Bau dia perrrggghhh...

sekampung boleh sampai korang..

baunya sungguh kuat

jeringnya dah jadi kaler hijau2 gitu

melambangkan kesedapannya

yang sehingga menjilat jari tu






Ha..yang ini pulak bila sudah disambalkan.. perrghhh sekali lagi

menitik air liur mama bila terbayangkan keenakkan rasanya


Alkisahnya..
Dulu mama & family bukannya orang senang. Kami tinggal kat kampung. Faham2 je la..nak berlauk selalu memang tak dapatlah. Masa tu abah mama gajinya kecik. Dengan kami sekolah lagi.

Jadi bila tiba musim jering.. kamilah paling happy. Sebab apa? sebab akan dapat makan berlaukkan sambal jering. Hehe..kesian kan..dapat makan sambal jering pun macam dah tak terkata gembiranya

Mama & sepupu sekelian akan merayau sekitar kebun atuk mama untuk cari jering kelambak nih. Dulu banyak korang..terabur kat mana2. Maklumlah pokok jering tu kan tinggi..bila buahnya yang tinggi tu dah tua..tak dapat diambil sebab ketinggian yang melampau..ia akan gugur bertaburan disekitar pokoknya..sampai jauh2 pun ada korang..

Kadang-kadang kami cari sama2..bersihkan & potong kecil2 sama2..dan salah seorang mak akan masak. Pernah kami masak dengan kawah dodol korang.. huhu..alangkah indahnya kenangan itu

Lepas masak bahagi2..sama rata. Semua orang dapat..semua muka happy. Tak sabar nak bawak balik makan dengan mak abah masing2

Tapi sekarang ni jering dah kene beli kat pasar lambak. Tak ramai penjual yang jual jering kelambak macam ni. Susah sangat nak dapat..

Nasib baik mama dah ajar abah makan benda2 macam ni. Kot tak..susah lah mama nak makan menda2 macam ni kan. Korang faham2 je la..baunya kuat..boleh buat toilet & satu rumah berbau..pesing jek!

Agak-agaknya nanti 10 ke 20 tahun lagi..anak-anak mama dah tak kenalkan jering..apalah lagi pokoknya..kan korang?

Eh dah la korang.. layan jek la gambar jering nih..

6 comments:

dieya said...

waa lamanya tak makan sambal jering... sedapnya!!!!!

Lelord said...

huhuhu aku x makan, petai pun baru gak la aku mkn kalau x jgn harap

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

samalah ngan lela, tak mkn jering tapi petai suka

Sha@Mama TinaAzra said...

Dieya - hehe..sedap kan. Kat kota tinggi sekarang ni tengah musim jering tau..

Sha@Mama TinaAzra said...

Lord - hehe..sedap lord..

Sha@Mama TinaAzra said...

Sari Yusa - apa kata sesekali try..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...