"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, June 30, 2011

Oleh-Oleh Dari Padang, Indonesia

Korang agak-agak ini keropok apa?




Ye saya..ini keropok. Nampak tulisan kat plastik dia tu kan. Alkisahnya keropok ni buah tangan dari padang, Indonesia. Jiran mama sebelah rumah, Puan masni sekeluarga ada trip ke Padang, Indonesia Mei lalu. Balik je dia kasi ini kat mama. Katanya kat sini tak ada..memang pun..lom pernah tengok.


Masa abah tanya..ini apa? Mama confident jek cakap..jajan la..Masni kasi. Makanlah.

Sekali jek abah kata..tak leh gigit.. uik..mama pelik. Takkanlah...

Kebetulan tengah nak menggoreng ayam, mama campak beberapa keping dalam minyak..huhu..dia kembang. Terus cakap kat abah..sorry..ini keropok la. Nak kene goreng dulu..





Ini hasil setelah goreng



Comel-comel kan keropok dia. Rasanya sedap. Memang belum pernah mama makan kat mana2 di Malaysia lagi gitu..

Setiap kali goreng, abah & Tina la yang paling beriya-iya makan.

Tina panggil ini.. "BEROKOK" sebab dia tak dan nak sebut "KEROPOK"

Huhu..sesiapa gi padang, Indonesia..carilah keropok ini ye.. :)

Sunday, June 26, 2011

Boleh Ke? Jadi Ke?

Apa yang boleh ke? Jadi ke?

Ha..

Raya dah nak tiba lagi kan..Mama dah mintak nenek hantarkan kain pada tukang jahit. Off course la untuk jahit baju mama kan..

Tapi baju Tina..

Mama bercadang nak jahit sendiri..ye korang..jahit sendiri sekali lagi.

Tak tahu masih ingat lagi ke tidak. Tapi catitan masa belajar menjahit aritu masih ada. Lagi pun, dah pernah buat kan..so sedikit sebanyak masih ingat lagi la camner nak mengukur & memotong kain bagai tuh..

Masa n3 ni mama taip, mama baru je lepas mengukur, potong dulu kat kertas & dah pun memotong kain baju kurung cotton Tina yang pertama untuk raya tahun ni.

Kenapa pertama? sebab semalam mama & abah meredah Jakel mencari kain cotton untuk buat baju kurung Tina. Kami beli 3 pasang. 2 pasang kain cotton murah jek & sepasang kain cotton yang mahal sikit..warnanya.. hijau ceria, ala2 biru telur itik & yang mahal tu ikut warna tema raya tahun ni..iaitu ala2 purple pink

Mama potong yang pertama..hijau dulu. Siang ni nak hantar jahit tepi. Malas nak menyembat la korang..sakit tengkuk.

So lepas siap yang hijau ni..kalau segala ukurannya ok..baru akan proceed dengan 2 lagi kain tu. Hopefully mama rajin & sempat siap sebelum raya.

Lagipun mama berangan nak jahitkan manik pada baju kurung Tina tu nanti. Nak jahit manik kat baju raya mama lagi kan.. aih..come on mama..MAMA BOLEH!!

Langsir untuk ruang tamu pun kami dah beli sekali. Ruang tamu sahaja dulu. Konon2 nak buat konsep..lain ruang lain mood. So, lain ruang akan buat lain warna..

Warna tak leh reveal dulu la..tunggu kalau menjadi baru amik gambo ek.. gempak gitu..

Doakan berjaya ye misi mama ni korang..

p/s : macam mengulang sejarah..dolu-dolu mak mama jahitkan baju kurung mama..tak pernah beli sampailah bila dah keje.. so sekarang ni mama pulak menjahit baju Tina..history repeated himself kan..hopefully semangat mama sama macam semangat mak mama menjahit baju2 kurung mama lah..

Abah pun bagi semangat untuk mama menjahit baju kurung Tina.. thanks yang..

Saturday, June 25, 2011

Comel Tak? Comel Tak?


Alkisah spek hitam nenek (mak abah..my mil) waktu dia mengajar dolu-dolu. Ni spek driving nih. Ntah mana dijumpa dek si Tina..

Rasa macam comel sangat jek.. hihi

Friday, June 24, 2011

Kek Muffin Versi Mama - 2nd Attempt

Kat N3 yang INI adalah 1st attempt mama kan..

So berdasarkan hasil yang itu, mama cuba sekali lagi & kali ni mama cuba kurang2 dan lebihkan dimana-mana yang mama agak2 silap aritu.

Resepi masih yang sama.

Tengok hasilnya yang tak seberapa tu ye..




Snap-snap gambar dalam oven..nak mms kat abah masa tu.. Ini loyang kedua bakar dah ni..





Ini yang dah siap.. tengah sejukkan jap






Hasil akhirnya.. gebu..lembut & sedap. Huhu..sangat puashati..memandai-mandai plak letak kaler merah tau..hihi





Anyway, lepas 2nd attempt ni mama rasa mama dah pun faham macam mana rupanya cukup kembang & tak cukup kembang.

Dan muffin versi kali ni cukup comel..hihi.. loyang pun loyang pinjam kat MIL tau korang. Nasib baik ternampak loyang ni kat rumah MIL..mama mintak nak pinjam

Mama hantar sket muffin comel ni kat rumah MIL & rumah kakak ipar mama. Masing2 puji yang muffin kali ni sedap.. MIL siap suh buat utk raya sok..huhu

Anak-anak kakak ipar mama pulak, kata mummy diorang suka sangat makan. Anak bongsu sekali..kimi siap panggil dengan nama kek soya bean. Huhu kek soya bean ek? Apa yang siya bean ntah..

Mama gi sana few days after tu pun dia masih bertanya.. "mama datang hantar kek soya bean ke"?
Hehe.. Alahai nak..nanti mama rajin mama buat lagi ye..


So..hati suda puas..muffin ku menjadi kenyataan.. :) Alhamdulillah


Thursday, June 23, 2011

Sudah Upgrade Tau!

Apa yang sudah upgrade?

Ni ha..


v
v
v
v
v
v
v
v
v




Decanter comei ke decanter yang lebih beso sket. Haih..ni pengaruh dari kakak ipar mama la ni..kat rumah dia guna decanter yang bulat tu..cantik sungguh dipandangan mata mama..especially kalau buat air teh..

Last trip gi KL aritu, dia sibuk cari decanter tapi takd e stock kat Jusco. Rupanya kakak ipar mama yg satu lagi ni adalah ahli menang glassware. Hah..apalagi kami pun meronda kedai tu. Syok meronda sedar2 mama tersangkut la satu decanter jugak..hoho

Dorang tengah sale masa tu so decanter ni boleh dikategorikan murah la. Takpe..next time kita tambah stok lain plak ek..hehe

So skrg ni..abah pun tak rasa kesian la nak minum air. Biasanya dia kata kesian sbb airnya sket sgt..kang dia minum..habis plak..hehe

Huhu..tengok la..decanter punya citer pun panjang.. huahua..yg penting sudah upgrade ye.. :)

Cara Mengesan Hirdokuinon

Cara mudah untuk kesan hidrokuinon adalah dengan memeriksa penutup toner atau krim

malam.

sekiranya terdapat kerak-kerak cokelat kehitaman pada penutup toner atau penutup krim

malam, maka wujudlah hidrokuinon dalam kosmetik anda.

ataupun anda boleh tuang sedikit toner ke atas tisu/kapas muka dan biarkan terdedah kepada

udara selama beberapa ketika dan toner itu akan berubah warna ke cokelat.

hindari lah produk tersebut kerana dalam jangkamasa panjang ianya akan menyebabkan kanser kulit.



hidrokuinon adalah sejenis bahan kimia penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2

yang digunakan dalam kosmetik untuk menghakis melanin (pelindung semulajadi pada kulit)dan

pengunaan yang berterusan akan menyebabkan hiper pigmentasi dan juga boleh menyebabkan

kanser kulit. pilihlah produk yang selamat dan betul-betul bebas hidrokuinon.

Tuesday, June 21, 2011

Her 1st Sand Art Activities..Jauh Di i-city Sana..Macamlah Kat JB takde..huhu

Menda sand art ni dah selalu tengok tapi tak pernah ada hati nak cuba. Tapi kan..kat i-city sana aritu, Tina beriya2 betul nak buat sand art nih. Ok la nak..

Layanzz..



Tengoklah betapa khusyuk & tekunnya dia buat. Semuanya nak buat sendiri. Cuma nak bukak kertas jek tak pandai. kene mintak tolong mama.. :)





Aih..sampai mama nak pegang kertas pun tak bagi. Betul2 kedukut ni anak..hehe..dia tak kasi langsung mama chance nak tabur pasir kaler2 tau..sian mama




Mama tunjuk mana nak letak pasir & kaler pe..dia pulak cakap kat mama apa kaler dia nak letak korang..hehe..lawan tokey tau..





Hehe..here..sand art saya dah siap pun.


Buat sand art ni sedarkan mama ..ada part lagi mama tak explore. Tina nampak sangat seronok bermain pasir berwarna. Mungkin mama perlu selalu ajak dia buat sand art.. ala..kat Jusco berlambak nak..nanti kita buat lagi ye.. :)

Sunday, June 19, 2011

Lauk Favourite Terbaru Tina : Kentang Sambal & Ayam Goreng

Rasanya dah few weeks jugak dah asyik la buat kentang masak sambal & goreng ayam jek. Tiap2 hari Tina request..

Bila ubah pada sup kentang..tak mo pulak dia. Makan sikit jek..

Ayam goreng jek dia tak kisah. Janji ayam goreng. Goreng rempah ke..goreng kunyit ke..goreng KFC ke.. janji goreng..

Dan dia ada sayur kegemaran jugak sekarang nih.. bendi potong nipis..pastu tumis..

Ntah la..tekak budak demam kan..ikutkan jek la. Janji dia nak makan..

Saturday, June 18, 2011

Popeye VS KFC

Korang pernah makan kat POPEYE? Kat JB tak de popeye nih. Kat mid valley kami jumpa. Days before kitaoarg terjumpa popeye nih, kakak ipar mama ada citer. Katanya popeye nih ala2 KFC jugak..kiranya kalau korang buhsan makan KFC..popeye nih alternatifnya la gitu.

Alang-alang terjumpa..kami try la sebab kebetulan anak2 sekelian dah mengaruk2 kelaparan..huhu



























Nampak tangan montel tu tak? Ha..tangan sape lagi kalau bukan tangan Tina kan.. tak sabo betul dia.

Okeh..popeye nih punya ayam pun besh..memang ala2 KFC cuma rasa lain sket..rempah ratus tak sama la kot.

Mashed potato dia sedap.. gravy dia lain sangat but very tasty la..anak2 pun suka. Berebut-rebut masing2

KFC punya sayur kobis & carrot tu nama pe? ala lupa plak.. tapi kat popeye nih sayur tu lain rupa..tak sempat nak snap la korang. Sampai jek tangan2 montel dah menyambar..huhu

Kami cuba jugak hidangan nasi.. tapi bagi mama ok la..biasa2 jek..

Sesekali tukar selera besh gak..asyik makan KFC jek kan.. apa kata kalau korang jumpa POPEYE nih..korang cuba plak.. :)

Friday, June 17, 2011

Cuti- Cuti Malaysia Part 2 - Bermalam Di Palace Of The Golden Horses

Bilik : Minister Suits

Bilik ni harga biasanya adalah RM1000.00++ satu malam..kalau tak dek kerana org manyaport..takdenya la nak datang mama kemari..huhu banyak leh buat menda lain selain tido sini weh..




Abah posing2 dulu ha.. almaklumlah..1st time jejak kaki dalam hotel 6 star kat KL kan.. teruja seh kami.. :)







Jom!








Sampai Bilik dah... :)


wah..wah.. senangnya hati nampak..












Mama & abah..couple of the year okeh!










pemandangan pagi hari yang hening




pemandangan malam yang memukau



bilik mandi kecil dlm bilik mandi beso



ada ini jugak..







ni kat pintu depan



ni kat sebelah belakang..nak gi pool








ada banyak dinding penuh dengan gambar-gambar org2 ternama yg menginap disini..nampak tu..



abah with the montel girl hihi




Ni kat pool..tak leh nak publish banyak gambar coz guyz sekelian mandi kene pakai seluar pendek jek la..





we've been here okeh..






Begitulah..pengalaman menarik percutian kali ini. Hmm..POTGH ni memang besh la..staff2 dia friendly walaupun bukan bangsa kita. sangat polite.. even mamat yang jaga tempat bayar parking.

cuma kami tak makan disini la weh..mahal amek!.. kakak ipar mama kata..breakfast jek menjangkau RM60++.. hotel 6 star la katakan u all..

Persekitaran nyaman & redup.. thumbs up!

Thursday, June 16, 2011

Hukhuk.. Mama & Tina Selsema & Batuk Teruk.. :(

Salam korang.. hmm.. balik bercuti2 mesia..inilah dapatnya. Mama & Tina dua-dua kene batuk & selsema yang teruk. Mungkin sebab lama sangat masuk kat snow walk kot..

Sangat tak larat nak jalan blog kengkawan..nak buat post baru pun tak sudah2 edit gambar. Baru edit sket dah pening kepala..

Doakan Mama & Tina cepat sihat ye korang..tak tahan sangat dah..setiap kali batuk perut ni rasa sakit sangat..otak rasa bergegar2.. huhu..

Tina pun sama..kalau batuk sampai terkucil2..sian sangat

Doakan kami sihat kembali ye..










Tuesday, June 7, 2011

Ayam Goreng Berempah



Dah kenyang makan, dah banyak kali buat..baru kali ni rasanya nak kongsi resepi yang mudah & sedap nih.

Resepi mama ambik dari Blog Mrs Fiza. Korang patut cuba sebab resepi ni memang sangat lah mudah & sedap. At least beza la dari ayam goreng kunyit yang biasa tu kan..

Ok ok.. Ni resepi dia..

Bahan-Bahan :

*Ayam - ikut suka la nak potong beso ke kecik..
*Serbuk Cili Babas - mama menderhaka sket sbb takde serbuk cili. Mama ganti dengan cili kering kisar jek..huhu
*Rempah Kari Babas
*Bawang Putih
*Bawang Merah
*Bawang Besar - ketiga2nya dikisar, guna sket jek air..menderhaka lagi..mama tumbuk dgn lesung jek
* Tepung Gandum
* Garam Halus


Caranya:

*Bersihkan ayam, toskan & lumur dengan kesemua bahan-bahan sekelian. Perap sekurang-kurangnya 1/2 jam untuk rasa yang lebih sedap hingga ke dalam


Senang tak?..see.. senang sangat2 kan. And memang betul kata Mrs Fiza, lebih lama perap lebih sedap sebab ayamnya tetap lembut berbanding digoreng kunyit gitu2 jek.

But abah lebih prefer ayam ni digoreng 70% cook dengan luaran yang sedikit garing. Lebih juicy katanya. But mama prefer well done lah.. :).

Tina universal..pape pun dia makan jek. And kalau mama buat ayam goreng berempah ni, Tina suka sangat meratah ayam cicah sisa2 gorengan tu..kan buat dari bawang kan..rasa bawang goreng lebih la.. :)

Gambar kat atas tu mama ambil masa bercuti2 mesia kat KL aritu. Kakak ipar mama nak rasa ayam goreng berempah ni so mama pun dengan senang hati tunjukkan kat dia. Komen dia..ok..sangat sedap..

Sape2 belum try patut try sesekali..memang best! Thumbs Up..

Monday, June 6, 2011

Cuti-Cuti Mesia Part 1 >>>> i-city shah alam Part 1

Kami ke i-city selasa lepas..sampai lebih kurang kul 2. Terus masuk snow walk melayan anak2 sekelian.

Charge tak mahal..Dewasa RM15, Kanak-kanak RM10 tapi ini under promotion sebab start 1st of Jun charge dewasa RM25, Kanak-kanak RM20

Sedikit info untuk yang bercadang nak pergi

Sila la bawak snow cap & sarung tangan jika ada. Kalau takde takpe jgn risau sbb ada jual. Jacket provided. Bawak stokin lebih pun takpe especially utk anak2 kecil..

Yang bestnya..kat i-city ni korang boleh masuk kuo seberapa kali korang suka. Kalau sejuk sgt korang kou la..kang dah panas masuk la semula. Tak kisah selagi cop kat tgn korang tak hilang

Kami masuk 2 kali jek sebab 2nd time masuk..after about 30 minute camtu Tina takmo jalan dah..mintak dukung sebab kaki dia dah sakit kesejukan..

But ianya pengalaman yang sangat best especially kalau korang dah pernah masuk snow walk genting..totally different.. space lagi beso sket..ada slide2 bagai. Tapi kami tak naik. Tina takut. Cuma biarkan anak2 bujang2 sekelian naik jek

K la..layan gambo ek..biar gambar bercerita.. :)
































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...