"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Friday, December 16, 2011

Destinasi Seterusnya - Padang Besar, Perlis

Okeh..sambung lagi ye..

Adik mama sebenarnya tak dapat cuti, jadi kami tak dapatlah nak berjalan2 sangat seperti kedatangan sebelumnya. Nak ke Padang Besar, Perlis ni pun tak de la merancang2 pun.. hari sebelumnya adik mama ajak.. kami packing2 ala kadar..takut2 dia kene bertugas.

Dia balik duty pukul 7 pagi.. kami terus siap2 dan gerak ke padang besar. Tak jauh sangat la pun perjalanan sebab kami di Bagan Serai, Perak kan.. dah hujung dah tu. So perjalanan ambil masa lebih kurang 2 ke 2 setengah jam la.. siap benti breakfast bagai kan.. :D

Tol sehala dalam RM20 la kot. Lebih kurang halal..tak ingat sangat sebab guna touch N go..huhu

Perjalanan melintasi negeri jelapang padi negara.. kedah.. best sangat korang. Hijau kiri kanan highway.. sepanjang perjalanan.. waktu tu padi baru dalam 2 jengkal tinggi.. memang sangat damai mata memandang

Lepas Kedah..kita masuk lah ke Perlis. Ha.. kalau korang nk tau GPS korang tu betul ke tak..korang akan melalui kawasan penanaman tebu gula negara..

Korang akan lalu roundabout la lebih kurang rupa dia.. kat situ akan ada sign board

" ANDA BERADA DI CHUPING, KAWASAN PALING PANAS DI MALAYSIA"

&

" ANDA BERADA DI CHUPING, KAWASAN PENANAMAN TEBU GULA NEGARA"


Masa tu jugak terfikir.. ooo.. kawasan paling panas di malaysia ye chuping nih? Huhu sites tak tau weh.. tapi area ni memang sungguh panas. Terik betul tau panas dia. Berbeza dengan cuaca kat Bagan Serai, Perak..apalagi cuaca kat johor..huhu..



22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.
Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.





Boleh dikatakan Perlis ni masih banyak kawasan hutan & kawasan penanaman tebu gula sahaja. Dah nama kawasan penanaman tebu gula negara..mestilah luas giler kan.. tapi kalau korang tengok pokok tebu gula ni mesti korang heran.. sebab dia tak macam tebu biasa langsung yg kita tanam kat rumah tu..

Korang tengok vids nih..









Dan satu lagi scenery menarik korang akan nampak kat kawasan Chuping yang panas ni adalah ini..




giler cantik scenery nih.. tengok live lagi best.. hijau sangat..



Tak lama lepas melalui kawasan penanaman tebu gula nih.. kene lalu post guard..yang jaga tu polis la..Then pastu..hahaha...sampailah ke padang besar. Kalau pakai GPS.. destinasi yang kat GPS tu adalah tengah bandar padang besar.. Bila GPS kata korang dah sampai.. means.. depan sket tu adalah area membeli belah padang besar.. sempoi jek pun bandar dia.. tapi mmg siyes barang dia murah weh..

Rasa macam nak bawak lori jek gitu ha..







Jangan tanya kami beli apa.. bonet kereta persona & alza tu penuh weh dengan segala macam barang.. huhu




antara barang yang menarik hati mama la.. hihi..brooch daun, brooch lady bird, brooch bunga & brooch jurai sket..

Lepas mengalas perut yang kosong & tekak yang haus dek kepanasan.. sambung membeli souvenir utk family2.. kami bergerak balik ke bagan serai semula..

Malam tu semua tido mati.. kepenatan..

3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

wahhh..besnhye sakan shopping tuh..kite tk pernah sampai lagi padang besar nih..banyak tol kedai die kat sana ek..ingat stail2 pengaklan kubur kat kelantan rupenye kedai die bertingkat2...punyelah tk tau..=p

Dilla Ady said...

kak iffah pun ikut skali rupenye..

akk citer2 pasal tebu ni pun, da ngilu2 gigi dilla..kalu ade kt situ manjang pegang pipi jek la tgk tebu..ngilu sungguh!

Lelord said...

hehehhe aku penah sampai sini duluuuuuuuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...