"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, June 21, 2012

Mood Kek Coklat Kukus Datang Kembali

Buat beberapa lama mood nak membuat kek sangat2 lah ke laut. Dek kerana membeli kek hadiah exam tina aritu.. terbukak mood nak buat kek lagi. Bukan apa.. sejak2 tau buat sejenis dua kek ni mama jadi sombong pulak.. kahkahkah..

Bila beli kek coklat kat kedai rasanya mcm tak kene kat tekak.. ye la kan.. yang kat kedai tu ikut selera tukang kek la.

Jadinya mama hari ini.. ditengah dentam dentum guruh.. mama pun memulakan operasi buat kek coklat kukus.. buat tak banyak okeh.. setengah adunan jek sebab hanya untuk 3 mulut sahaja pun :D

Bila dah kuar kukus mama pun terus biar sejuk sket.. potong tengah.. sapu blueberry punya filling kat situ. Tutup balik & tuang topping coklat.. waaaa...

Sekali tengok kat rak, ada pistachio abah.. mama amik tak sampai 10 biji kopek & tumbuk kasar. Tabur kat atas sana.. okeh.. dah siap..



Tadaaaa..........................
















Memenuhi citarasa mama. Harap2 memenuhi citarasa abah jugak sebab bayo utang kek father's day aritu.. :)

Dalam dia besh!! gebu gitu.. Resepi sama dengan kek coklat kukus sebelum ni ye. Kalau nak, korang kene gali la bawah2 sket.. cuma yang ni separuhkan semua adunan.. jadi kek comel bila guna loyang yang paling kecil.. hihi..

~Selamat Menjamu Mata ~

2 comments:

Unknown said...

aku punya mood m'baking pun tenggelam timbul nih.... :) kek coklat mmg x jemu dimakan kan...

Sarah's Daddy and Mommy said...

woww, drooling looking at the cake.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...