"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, October 13, 2012

Masterpiece Di Pagi Sabtu

Pagi sabtu yang sejuk.. tak leh nak kemana sebab abah ada event. Jadi mama & Tina bergolek2 lah je kat katil pas abah pegi. Bila Tina boring..dia mula la bongkar laci buku..laci soft toys akhirnya dia kejut mama suh bukak tv..hihi

Sat lagi dia kejut.. "Mama.. bangun.. dah siang.." hahahaha... mama nak bangun lewat sket pun tak leh tau :D so mama pun dengan mamai2 bangun la.. kemas2 apa patut.

Sat lagi dia panggil.. "Mama.. comel tak kakak lukis?" .. mama terus amik phone nak snap gambar tapi dia cakap.. "Mama cakap la dulu comel ke tak?" .. " Comel sangat sayang.. mama amik gambar kakak dengan lukisan ye.." "ok" kata dia.. "kakak senyum macam abah tau.." dia kata lagi.. hihi ok la nak oii..





Ni la lukisan dia.. jarang2 sangat dia nak melukis macam ni..


Bila mama tanya..

Mama : Yang besar tu sape?
Tina : Ni kan mama.. comel kan?
Mama: saya.. comel..yang kecik tepi tu sape?
Tina : yang tu kan kakak .. sebelah mama tu..
Mama : Habis yang kat atas tu sape?
Tina : Tu kan abah.. kat atas gambar kakak..

Ok lah nak.. tak leh bayangkan jari2 gebus tu melukis2 macam ni.. comel sangat2..Mama tak tengok dia melukis sbb tengah kemas.. :) rugi sangat rasanya

1 comment:

Lily@MamaZaraZareef said...

Hehe..comel sgt lukisan tina tu..pandai dia..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...