"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, January 8, 2013

Gopal & Boboyboy Petir.. Korang Buat Semua Orang Penasaran!!

 

Fenomena mengumpul figura boboyboy ni start tahun lepas lagi kan. November ke disember macam tu kot 2 figura pertama keluar. Buat Tina mengendeng-ngendeng setiap kali nampak petronas..huhu

Bermula dengan Yaya..lepas tu Ying.. Boboyboy tanah & boboyboy angin.. Mama & abah pun ikut sama la terlayankan kerenah si Tina ni. Tapi dia sayang betul figura ni.. main tiap-tiap hari ni..





Tapi setakat tu je la. Sepanjang disember Tina menunggu. Setiap kali isi minyak kat petronas.. dia mesti tak puashati..nak jugak meronda..tengok dah ada ke belum 2 lagi figura yang dijanjikan keluar awal disember.. gopal & boboyboy petir. huhuhu... setiap petronas tau perangai gini.. addehh..

Tiap-tiap hari balik tadika kan lalu petronas.. setiap harilah dia tanya.. " uncle tu tak bagitau ke gopal dengan boboyboy petir dah ada ke belum?"

Semalam baru je mama tanyakan.. memang belum ada pun. Uncle tu pun kata..tetiap hari ramai yang tanya.. hmmm ramai peminat figura boboyboy ni ye..

hihi tau.. masing-masing melayan anak la ni.. :) macam kami la..

Pagi ni mama tetiba terasa nak lalu petronas.. hihi mengada tau.. saja la tu takde keje walau terpaksa pusing2 sebab semalam mama nampak kat FB ada kawan dah hapload figura gopal dengan anak dia.. nasib baik Tina tak nampak gambar tu semalam. kalau tak mau tak berhenti dia berbunyi hihi. Mama cuma bgtau abah je, ada orang dah beli gopal. So kalau ternampak..silalah beli. mungkin dah ada la tu..

Masuk je petronas.. haha.. itu dia figura Gopal & Boboyboy petir dah ada. Tapikan.. gopal ada 2 je.. boboyboy petir ada 1 je.. Tak nak tunggu lagi mama sambar je dua2 figura ni. Penantian yang berbaloi2 la sangat. Huhu abah yang berjanji nak beli mama pulak yang kene paw ye..



Tina belum tau lagi hal ni.. dia kan kat tadika..Mama nak suprise kat dia balik nanti. mesti dia suka :)

Bukan Tina je.. Mama & abah sekali tu jadi penasaran setiap kali nampak petronas disebabkan Tina.. 
Hai lah Boboyboy..Hailah Gopal..
hmmm...
takde keje cari keje..
:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...