Musim persekolahan 2013 telah secara rasminya bermula hari ini. Macam-macam update kat facebook tentang anak-anak yang baru mula nak bersekolah :) .. Mama pun tak terkecuali. Tina masuk J6 Tadika Nuri Taman Universiti lagi buat tahun ke-2.
So mama takdelah risau sangat tentang itu. Sekurang-kurangnya dia tau & dah rasa bersekolah kat situ. Dia ok je la..
Sempat juga snap gambar kenangan untuk pagi hari pertama :)
Ni dah waktu balik sekolah. Dia nampak ok..senyum je :)
Balik rumah je mama dah sembunyikan lappy awal2 lagi. tak mau dia main lappy sebab tau dia penat. So mama on kan vcd suh dia lepak-lepak sambil main toys & baca buku komik. Dia mintak susu sampai 2 botol. Pastu baru mintak nak makan :)
Mama yang menunggu ni pulak yang resah. Tina ok je. Menunggu jam tu pukul 2.30 petang mcm lama la sangat. Banyak kali mama pesan..jangan tido..nanti kakak nak pergi ngaji dengan teacher satu lagi.. ok mama..dia jawab :)
Kul 2.30 petang je mama ajak dia mandi.. segarkan badan & siap2 nak pegi mengaji. Pakaikan tudung.. dia ok je.. seronok. banyak tanya pasal tempat ngaji..tak terjawab huhu..
Tepat pukul 3 kami sampai kat Tadika Al-Wafiqah tempat mengaji, terus je naik & teacher terus nak ajar sebab tengah takde orang. So mama nervous gak jadi mama tunggu je kat tangga. Nak balik macam alang-alang sangat kan. buang minyak je. Menyambil on tab..mama tunggu :)
3.30 petang teacher hantar dia turun. Bagitau buku mengaji belum sampai lagi. Biasalah 1st time kan.. tak perlu la nak expect banyak sangat.. banyak masa lagi :)
Dalam kereta ..tengah drive.. abah call tapi mama tak leh nak angkat. memang tak biasakan diri angkat call masa drive. Mama & kakak sampai rumah, abah pun sampai :)
Alhamdulillah dapat melepasi hari pertama dengan jayanya. Semoga kakak diberikan hati yang terang & tenang menerima segala pelajaran yang baik untuknya.
Mama percaya, mengaji adalah terapi rohani yang paling baik untuk anak. Mengaji adalah doa. Mama abah nak.. kakak pandai & lancar mengaji sepertimana lancarnya kakak speking london tu ye ;)
Ya Allah.. lindungi & terangilah hati anakku dengan ilmu Mu
Amin..
2 comments:
wahhh..bestnya tina..dah relax je ke sekolah...Alhamdulillah... semoga Tina menjadi anak yang solehah ya
alhamdulillah sue.. ala nanti buah hati sue yang 2 orang tu gini jugak.. :)
Post a Comment