"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, November 23, 2014

19 Nov 2014 - 9th Wedding Anniversary


Assalamualaikum..Hari ini..
9th wedding anniversary..
Dialah kawan, sahabat, suami, funder, supporter, customer, testimoni, tukang kritik, tukang makan, driver....semua title dia jadi..semua pun boleh belaka
Dia yang terbaik untuk saya
Dia yang terhebat untuk saya
Dia yang saya sayang kerana Allah
Dia imam saya..
Dia.. Mohd Noor Hisham Jemain kekasih hati saya 

Gambar ini.. Caption ini..115 like.. 78 komen..
Terima kasih buat semua.. Aamiin untuk segala doa2..

Ingatkan malas nak diblog kan, tapi nanti sesekali mama nak refer buat senyum2 ingat kenangan takde lah pulak kan. So..lambat-lambat pun buat jugak..

Tahun ini mama & Tina ikut abah dinner kelab staff kat KSL Hotel. Abah kata sambil celebrate wedding anniversary kami sekali.. Tq sayang :) kebetulan date dinner sama..

Petang tu kami masuk awal ke KSL Hotel sebab Tina & abah mandi kat pool. Mama tukang tengok je :)




Kami potong kek jugak.. tp gambarnya kat kamera staff sekolah..huhu..  
 

20 Nov 2014
 Tina kejut mama.. katanya abah ajak breakfast kat luar.. ok lah..

Bersiap2 dan keluar untuk breakfast. Kami breakfast kat taman u belakang jek. Ala.. biasalah kan, nama breakfast. Mee goreng, Nasi goreng, Mee rebus & Soto.. ice lemon tea, ais kosong & teh ais.. :)

Masa makan abah kata nak ajak jalan-jalan. Bila tanya nak kemana? Katanya.. kan kita belum cari hadiah anniversary.. aihh..huhu..

Pendek kan cerita.. hadiah anniversary dari abah untuk tahun ini..



Settle kat Habib..ingatkan dah settle lah. Abah ajak gi kedai lain. Bila tanya nak cari apa lagi? Mission belum accomplish.. jom..

Naik kedai Carlo Rino.. Ok one more hadiah ye :)
Carlo Rino ok.. dia yang memilih..dia yang check..kaler dia yang pilih & dia yang bayar..
Oh my.. telan air liur jap eh..
Taste dia memang hebat..dan apa yang dia pilih tu ada sebabnya tersendiri..
hmm..  :)

Tq..tq.. Macam mana eh nak express the feeling. Siyes unexpected..

Syukur Alhamdulillah..
what a great gift
from a great husband ever :)

Apa lagi yang mama nak kata..
Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah

Happy 9th Wedding Anniversary Aishah & Hisham
Dulu, kini & selamanya
 

2 comments:

mystiq said...

Assalam kak..masih menanam ros jepun lg?sy berminat dengan collection yg akk ada, if tak keberatan, boleh saya beli keratan batang?

Sha@Mama TinaAzra said...

wsalam .. dah tak menjaga dah awak.. huhu.. tengah takde mood. boleh masuk group ros jepun. kat sana diorang jual murah2 jek :)

bukan takmo jual tp dah halus..kurus2 sangat..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...