"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Thursday, December 11, 2014

Spek Baru, Power Baru.. Another Schedule Eyes Check Up

Masa dah sampai untuk bawa sweetheart mama pegi check up mata dia semula. Ingat post pertama tentang kerabunan ini tak? kat SINI ..Dokte memang dah bagi anggaran untuk check up ni awal tahun aritu.. so we just go to her doctor :)

Since akak kat kaunter tu pun dah kenal.. hihi mama lupa bawak kad sebenarnya.. Nasib baik masa datang takde orang. So dalam 5 minute..terus masuk bilik dokte :)





Normal process lah.. dia dah tahu apa nak kene buat :)


Result power spek dia yang baru agak mengejutkan. Ada peningkatan yang agak banyak disana. Tapi dokte kata since dah 1 stengah tahun tak tukar spek.. itu dianggap ok. Mama abah je rasa tak ok sebab dia terlalu kecil untuk power spek setinggi itu.. :(

Ini result power spek dia yang baru.. 

Perbandingan dengan power spek lama



Pastu bermulalah pencarian spek baru. Harga spek sekarang dah mahal2.. lenses dia lagi lah mahal.. macam nak beli emas kat habib tau..huhu. Tapi inilah hakikat bilamana anak rabun. Mama abah sanggup spend a few hundred untuk urusan mata & spek baru. Semoga sweetheart lebih selesa melihat melalui spek baru ini nanti..

Kebanyakan kedai cermin mata yang kami pergi semuanya mengelat. Maksud mama, mereka kata harga bingkai dah termasuk lenses. Tapi bila tunjuk kertas yang dokte bagi, dan2 tu kata power spek tina tak termasuk dalam offer. Kene tambah duit untuk lenses power setinggi itu.. chit!! Tipu!

Lastly, mama teringat kat sepupu abah, dokte Niza. Anak dia pun rabun juga. So mama just call untuk tanya2 kot2 dia tahu mana tempat agak murah untuk buat spek budak.. then dia suggest kedai ini GO OPTIK, depan Giant Pulai..

Yup, memang pekerja kedai ni sangat friendly. Layan kami & yang penting harga frames dia include lenses untuk power spek Tina.. Alhamdulillah..





Within 1 hour kami dah boleh ambil spek baru sweetheart. 


Pek baru ni dah include High Index ( nak bagi lens tu nipis sebab power tinggi biasanya lense jadi tebal), anti silau dan kami tambah RM50.00 untuk lapisan menapis blue light. Blue light ni biasanya ada pada gadjet. Ia memberi kecerahan kepada gadjet dan skrin nampak cantik terang. tapi sebenarnya ia tak baik untuk mata. 

Mama abah harap spek baru ni sangat2 membantu sweetheart. No wonder setengah tahun 2014 ni dia ada masalah menyalin di sekolah. Rupanya kurang nampak sebab power dah naik. Kesian sangat kat dia. How am i supposed to know la sayang.. :(

Selesai satu hal disitu. Pemeriksaan mata adalah termasuk dalam rutin perbelanjaan naik sekolah tau..hihi

Ok lah.. till mama punya next post ye..
da.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...