"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, June 13, 2009

Hadiah Dari Drypers





Last week mama terima 'parent circle' dari drypers untuk bulan Jan-Mac 2009. Ingatkan sama lah macam yang lepas-lepas. Tapi mama baca setiap pandangan bagi soalan yang telah di keluarkan untuk tambah ilmu.

Mama nampak response mama kat dalam tu, siap ada nama lagi. Mama seronok jugak tapi response tu tak dapat 'star letter' jadi tak dapat lah hadiah. Di mukasurat berikutnya... wahaha..ada nama mama lagi..kali ni dapat 'star letter'!!!!

Hmm..seronok sangat rasanya bila response kita terpilih dan dicetak. Abah tanya mama.. apa hadiah 'star letter' tu. Mama pun mana lah tau kan. Tup tup esoknya orang dari Sca Drypers call mama! Tanya saiz diaper Tina, tanya Tina pakai Drypentz tak dan orang tu dengan sweetnya kata.." Puan, kami nak hantar hadiah untuk star letter puan dalam minggu ini" Aduh..bestnya. Mama tak sabar sangat nak bagitau kat abah. Bila mama bagitau abah pun seronok.

And 12/05/2009 petang, ada van dari skynet berhenti kat depan rumah. Mama dah agak dah..mesti hadiah dari drypers tu yang sampai. Dalam kotak tu ada drypers L24 1 pack, drypantz L8 2 pack dan sebuah buku untuk Tina. Ok lah tu kan..jimat jugak belanja diaper.

Hadiah ni mendorong mama untuk hantar lagi response yang lebih bernas untuk kali ini dan harap-harap mama dapat 'star letter' lagi...



Tina, Your Baby Chair Is Here!





Last week masa balik rumah nenek kota, mama bawa balik baby chair Tina. Kesian Tina, kat rumah baru ni Tina tak ada kerusi kat meja makan. Kerusi yang ada tak selamat bentuknya untuk Tina. Tina seronok sangat makan atas baby chair ni. Dan mama dapatlah disiplinkan dia sikit. Selagi tak habis makan, tak boleh turun. Kerusi Tina ni menghadap tv, jadi dia akan makan sambil menonton tv.

Kat rumah baru ni, mama tak boleh selalu sangat bagi Tina main kat luar. Dan mama pun tak selalu sangat bukak sliding door yang hampir dengan tv tu sebab lalat akan banyak masuk kat dalam rumah. Mama pun tak tahu mana datangnya tapi kalau pagi-pagi mama selalu dengar bunyi ayam berkokok disertai oleh bau yang kurang menyenangkan. Jadi ada waktu-waktu tertentu sahaja yang boleh bukak sliding door.

Jadi sepanjang hari dunia tina cuma dalam rumah. Hiburan dia cuma vcd dan tv sahaja. Tapi untuk tak buat dia bosan mama ajak dia menyanyi dan menari bila menonton fun song factory. Time dia tak mahu di ganggu, mama biarkan dia baring dan menonton.

Ada masanya Tina pun bosan jugak, dia akan mintak mama bukak pintu depan sebab dia nak main-main kat car porch. Sambil Tina main bola kat car porch mama boleh la tengok pokok-pokok bunga dalam pasu.

Breakfast Roti Canai Mamak



Ini bukan kali pertama kami bawa Tina makan kat kedai mamak tapi ini kali ni bersama abang danial dan oppie. Restoran mamak ni dekat sangat dengan rumah nenek. Saja lepak dengan anak-anak sekelian.

Tina & mama makan roti telur. Macam biasa, Tina memang makan banyak roti telur. Dia memang suka. Dia nampak happy sangat...

Friday, June 12, 2009

Her First Steamboat & Family Reunion Dinner






Bila semua adik-beradik abah berkumpul memang meriah. Maklum la diorang ni ada 6 adik-beradik, 4 daripadanya dah berkahwin jadi bila semua dapat berkumpul sekali sekala riuh jugak keadaan. Cucu dalam family abah ada 5 orang tetapi Tina sorang je 'kelab bunga'. Yang lain semuanya 'kelab harimau'. Sian Tina..selalu kena tinggal je dengan kelab harimau.

So malam tu kami semua keluar makan. Kali ni di Rawa Steamboat, Taman Gaya JB. Agak jauh jugak dari rumah tapi masing-masing mencari kelainan dari dinner-dinner yang telah sudah. Hampir sejam perjalanan kami sampai di destinasi tetapi jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Walaupun restoran ni dibuka sehingga pukul 1 pagi, tetapi dah tak berapa ramai orang. Tapi kami peduli apa..yang penting makan.

Tina pun excited sama. Tengoklah aksi-aksi dia tu. Seronok sangat dia. Tina tak lah makan banyak sangat tapi last bila semua orang dok sibuk makan aiskrim, dia pun merengek nak jugak. Setengah batang aiskrim dimakan, Tina tersedak. Habis keluar semua makanan bila dia muntah. Bila dia dah tak muntah, mama lap dengan wipe kemudian dukung Tina masuk kereta. Tukar baju, sapu minyak yu yi seluruh perut, dada, belakang dan kaki. Kemudian Tina tertido. Lenguh jugak la pangku dia sambil menunggu abah abis makan.

Kami sampai rumah pukul 2 pagi. Tina dah lena sangat dah tido. Nasib baik jugak dia terus tido bila mama angkat letak atas tilam. Dia tak colic pun malam tu. Tak terjaga pun. Mungkin sebab terlalu penat. Mama & abah pun cepat-cepat bersihkan diri, salin baju dan zzzzz.....

Kenyang, ngantuk...huaargghhh.....

Tina Dan Kerusi Baby Kimi





Tengoklah aksi Tina dan kerusi ni. Ini bukan kerusi Tina tau, ini kerusi baby kimi sepupu Tina. Masa kami pergi rumah mummy Azie nak siramkan pokok bunga, Tina terus je duduk kat kerusi kimi ni. Dia nampak senang hati sangat duduk kat kerusi.

Kalau tak silap kerusi ni berharga RM99/pcs. Cute sangat kerusi ni walaupun kimi belum boleh duduk lagi sebab kaki tak sampai.

Saturday, June 6, 2009

Kutip Batu Di Tanjung Sedili



03062009 kami pergi ke Tanjung Sedili sebab nak cari batu. Mesti pelik kan bunyi dia..cari batu? Ye..kami cari batu untuk koi pond abah and deko mama. Kami pernah ke tempat tu. Kerap gak la kami pergi and setiap kali kami pergi, batu yang ada kat pantai adalah batu-batu yang berbeza. Kali ni kami pergi, batu yang ada ialah batu putih dan kelabu. Cantik-cantik sangat. Sampai tak larat nak kutip. Bukannya kutip semua, kami cuma kutip yang bulat-bulat je. Pantai ni bukan pantai terkenal pun tapi tempatnya cantik. Dulu kami pergi pantainya cantik dan bersih tapi kali ni dah semak samun dah..banyak sampah.. isy..sedih betul la dengan attitude pengunjung-pengunjung kat sini.

Tina pun sama kutip batu jugak. Berpeluh-peluh tau dia. Lepas kutip batu nenek ajak Tina main air laut sekejap. Tina memang belum pernah pergi laut.Dia pelik sikit la.. tapi dia suka...

Lain kali kita pergi lagi ye Tina..seronok kan!!

Plant Collection & Living Room

Actually mama dah banyak jugak tanam pokok-pokok kat rumah. Pokok-pokok biasa macam serai, lada kecik, lada besar, kacang botol, kacang buncis, nenas, sireh dan kacang panjang. Pokok brocolli pun mama cuba tanam. Setakat ni dah tumbuh dengan baik, sihat tapi tak tahulah nanti. Yang bawah ni pokok kacang panjang mama. Sihat nampaknya. Tak sabar nak tunggu dia menjalar dan berbuah. Mesti cantik..


And yang ini ialah gambar terbaru living room setelah digantungkan frame ayat dan cermin. Untuk drill dinding ni kami mintak jiran sebelah yang ada baby unur sebulan lebih tu matikan alarm dia and pastikan baby tak tidur masa tu. Fuh..penat. Tapi terlupa pulak nak ambil gambar dinding sebelah lagi. Mama & abah decide nak gantung frame gambar bunga yang mummy azie bagi. Cantik sangat gambar bunga tu..


Friday, June 5, 2009

Home Made Udang Masak Lemak For Tina


Ini bukanlah resipi baru tapi mama dah lama sangat tak masak udang masak lemak. Masa nak masak teringat pulak nak masak resipi yang sama untuk Tina, cuma bezanya mama punya ada cili padi Tina punya tak ada.

Mama cuma hiris sedikit bawang putih, bawang besar dan halia serta kunyit . Untuk Tina punya lauk mama tak tumis tapi terus didihkan santan low fat dan masukkan semua bahan yang dihiris. Bila santan dah mendidih, masukkan udang serta sayur-sayuran yang ingin dimasukkan. Hari tu mama masukkan sedikit kobis, brocolli dan carrot.

Bila sayur dah cukup masak dan sesuai untuk Tina makan, masukkan sedikit je garam dan matikan api. Hmm..Joanne..senang je kan. Kalau taknak guna santan, guna je susu rendah lemak pun boleh jugak.

Rupa udang masak lemak ni akan kekuningan sebab ada kunyit. Takde la pucat je warna dia. And Tina memang suka lauk ni. Tengahari tu Tina makan banyak dari biasa. Dan dia sukakan santan low fat yang mama guna. Dia suka hirup kuah.. Ok Tina..makan makanan berlemak tak boleh selalu tau..walaupun rendah lemak...

Kadang-kadang memang blank jugak nak buat lauk Tina ni tapi yang kali ni memang puas hati tengok Tina makan..

Friday, May 22, 2009

Neno's Award

Terms & Conditions For the Award Recipient:

1. Paste the Award Logo in your blog
2. Give out the award to 10 Blogs that you feels the most inspired and most friendly.
3. Make sure u back linked the recipients' blogs to your blog.
4. Inform the recipients about the award by leaving them comments on their blog
5. Give some love to the person who give you this award.

10 Most inspired & Most friendly blogs:

1. Joanne
2.Caroline
3.Mery
4.Kristie
5.MrsdJones
6.Mama Zara
7.Natalia

Oops..I only have 7 in the row..My friends..enjoy the awards ya!

Thursday, May 21, 2009

Home Sweet Home



Lately mama memang tak dapat nak post gambar pasal rumah sebab kabel hp mama masih tertinggal kat umah kota. But gambar-gambar ni terpaksalah di bluetooth kan kat hp abah dulu then abah yang transfer guna kabel hp dia.

Ini ialah gambar koi pond abah yang belum siap. Abah memang nak buat sendiri koi pond ni so dah beberapa lama jugaklah terbengkalai sebab cuaca yang tak menentu. Ada masa berterusan hujan turun, so koi pond abah ni akan penuh dengan air. Tanah kat rumah kami ni tanah liat oren yang sangat menampung air so kalau ujan..keadaannya agak teruk jugak la. Melekit-lekit.




Ruang tamu kami yang belum siap di interior design kan..hehehe...plan nak letak frame ayat dan cermin kat dinding tapi masih belum lagi sebab jiran sebelah rumah baru bersalin. Takkanlah nak drill dinding. Nanti baby terperanjat pulak. So kena tunggu baby besar sikit lah.

Tak tahulah apa konsep yang nak dibuat. Tapi moden lah rasanya. Tak berkenan pulak konsep yang sarat-sarat dan penuh-penuh barang. Lagipun kami kurang minat dengan Jati..abah pun tak berapa sukakan jati.

Ruang tamu kami ni tak besar so kami kenalah berhati-hati dengan pemilihan perabot dan hiasan supaya tidak berserabut. So for the time being, ini je la dulu sementara ada idea untuk menghias. Carpet adalah pilihan abah, warna dia mama yang pilih.

Warna-warna yang kami berdua minat ialah coklat, hitam, silver, biru dan krim. So warna-warna inilah yang banyak ada kat rumah. Baik juga citarasa kami sealiran, warna yang kami suka pun lebih kurang sama jadi tak banyak masalah dalam memilih. Tak payah nak berebut memilih.

Kat dinding pun cuma gantung gambar kami je..baru tiga frame je pun. Nak susun gambar nak gantung pun nak kena ada idea jugak. Pakai gantung je kang..tak menyenangkan mata pulak.

Will be continued....

Thursday, May 14, 2009

100 Truth Tag

Thanks to Joanne for this 100 Truths Tag to me long time ago. Sorry ya..I really don't have time to do it. Only now can do. Ok let begin...

001. Name → Sha
002. Nickname(s)→ C'cha
004. Zodiac sign → Aries
005. Male or female → Female
006. Elementary → Yup. Spent 2 years in kindergarten
007. Middle School → SK Bukit Lintang & SK Semangar Dalam
008. High School → Sekolah Menengah Tun Habab
009. College School → Nop
009b. University → Mara University Of Technology, Segamat Johor
010. Hair color → Black
011. Long or short → Middle back, pass shoulder
012. Loud or Quiet → Quiet
013. Jumpers or Jeans → Jeans
014. Phone or Camera → Phone
015. Health freak → Nop
016. Drink or Smoke? → Both No
017. Do you have a crush on someone? → Married Already
018. Eat or Drink → Drink
019. Piercings → Ears
020. Tattoos → Never

FIRSTS:
023. First piercing → 5 years old
024. First best friend →In primary school
025. First award → None
026. First crush → None
027. First pet → Never Had
028. First big vacation → Not Yet
030. First big birthday → Every Birthday Is big to me

CURRENTLY:
049. Eating → No
050. Drinking → No
052. I'm about to → Finish my tag
053. Listening to → Qistina's Voice leaning on me
054. Plans for today → Nothing special
055. Waiting for → New job offer hehehe...

YOUR FUTURE:
058. Want kids? →I want a boy but not now
059. Want to get married? → Already married
060. Careers in mind → Hmmm

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes → Eyes
070. Shorter or taller - Taller
072. Romantic or spontaneous → Romantic
073. Nice stomach or nice arms → Nice stomach
074. Sensitive or loud → Sensitive
075. Hook-up or relationship → Relationship
076. Trouble maker or hesitant → Both not

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts → Never
081. Ran away from home → Never
082. Held a gun/knife for self defense → Never
083. Killed somebody → Never
084. Broke someone's heart → Yes
085. Been arrested → Never
087. Cried when someone died → Yes, everytime person I love died

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself → Yes
090. Miracles → Sometimes
091. Love at first sight → Yes
092. Heaven → Yes
093. Santa Claus → No
094. Tooth Fairy → No
095. Kiss on the first date → Totally No

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → No
098. Are you seriously happy with where you are in life → I'm happy with what I have
099. Do you believe in God → Absolutely
100. Post as 100 truths and tag 20 people→I think not necessary coz I am the last person do it I think.. This tag I receive long time ago..

Saturday, May 9, 2009

Meet Angel And Family


Mama lupa sebenarnya tarikh mama jumpa dengan Angel..ala..Angel kat MamyPoko Forum tu..Oscar's Mummy and family. Actually kami jumpa Angel sebab nak beli Car Seat 2nd hand yang dia nak jual. Lama dah dia nak jual tapi baru-baru ni je terasa nak beli sebab Tina dah nakal sangat dah dalam kereta. Dah beberapa kali terhantuk kat dashboard sebab tak pandai nak duduk diam.

Dalam pukul 11 lebih kami berjumpa kat Jusco Taman Universiti. Mama rasa mama boleh kenal rupa Angel walaupun tak pernah jumpa dia.

Angel memang baik sangat..ramah dan cantik. Angel pun datang dengan husband dan Oscar. Oscar Boy pun cute sangat..putih dan suka tersenyum. Geram sangat tengok rupa dia. mata dia bulat macam mata Angel..

Car seat ni kami beli dari Angel dengan harga RM80. Walaupun 2nd hand tapi rupa dan keadaannya masih baru lagi. Plastik kat besi dia pun masih ada.

Kami jumpa tak lama sangat..sebab masing-masing ada hal dan tempat lain nak dituju. What a sweet thing..Tina salam and cium tangan Angel dan Oscar pun pandai salam and cium tangan mama..


Thanks ya Angel.. what a great bargain for us. Nice meeting you!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...