
"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."
MAMA TINA'S OTHER BLOGS
-
QASEH GOLD JUNIOR - manfaat untuk sekeluarga - Alhamdulillah.. Setelah sekeluarga mengambil QASEH GOLD JUNIOR sebagai supplement harian..few weeks lepas.. waktu itu awal persekolahan.. Si ibu ini da...10 years ago
-
Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan...11 years ago
Monday, August 17, 2009
Pertandingan Gigit Tulang Gear Box & Family Celebration


Hehehe..dan ini adalah pertandingan gigit tulang gear box!! Gurau je.. anak-anak ni sebenarnya dah meragam-ragam dah sebab lama sangat tunggu makanan. So, sup gear box abah je yang sampai dulu jadi kasi la sorang satu..terus senyap. Tina dengan kimi dua-duanya sibuk gigit tulang.. aman sikit la restoran tu..


Yang ini aksi-aksi Tina dengan tulangnya.. apa agaknya yang dia fikir ek..?
Kisah Batuk N Selsema Yang Tak Baik Lagi

Tina nak sangat mama pakaikan dia tuala good morning ni buat tudung.. comel kan!Friday, August 14, 2009
Vivo Pizza & TM Goodies

Goodies dari TM sebab TM tumpang car porch rumah untuk open kaunter pendaftaran streamyx & telefon rumah. So kami pun daftar sama. Tak sabar nak ada streamyx sendiri kat rumah.. boleh update blog tiap-tiap hari!
Tina Batuk Dan Selsema Pulak..
Minggu ini Tina batuk dan selsema pulak. Bila batuk boleh sampai muntah-muntah. Sejak awal minggu ni, Tina tak lagi midnight feeding sebab setiap kali bagi susu, sekejap lagi dia akan batuk dan muntahkan semuanya. Kesian sangat. Sampai susu keluar dari hidu ng. Jadi untuk tak menganggu tidur Tina, mama cuma bagi dia air masak campur glokos aje. So far ok la.. dia tak muntah.Selera makan dia menurun dengan mendadak. Lepas 2 hari batik mama bawak Tina jupa Dr. Chum, kata doktor Tina tak demam cuma batuk dan sedikit selsema je.
Musim-musim H1N1 ni risau la kalau demam. Takut jugak kan..maklumlah budak kecik. Mana tau apa-apa. Tapi kami elakkan bawak Tina kat tempat-tempat yang crowded. Sebagai langkah berjaga-jaga kan..
Cepat sihat ye sayang..mama risau la tengok Tina batuk-batuk..
Wednesday, August 5, 2009
Baju Kurung Tina Yg Pertama Dari Mama...
Sempat pulak lagi mama belajar jahit manik yg paling basic untuk baju Tina ni. Nek Lang Tina yang ajarkan..takde la susah pun tapi untuk first timer susah jugak la nak agak jarak..
My Huggies Playtent .....
Tuesday, July 28, 2009
Huggies Polybag Redemption punya cerita

Thursday, July 23, 2009
Video lagi..
Hai.. belajar-belajar la Tina makan sayur lain pulak... anak mama dah besar dah kan sayang!
Sembuh je sakit HFM tu, nenek kota datang tengok Tina sebab mama tak boleh bawak Tina balik jumpa nenek. Abah ada banyak kerja.. nenek datang bawakkan baju t-shirt gambar kartun wonder pet, pooh & doraemon untuk Tina. Tina suka. Dah banyak hari Tina asyik sebut nenek je. Asal nampak orang tua sikit..mak..mak..
Time kasih mak & atuk...
Monday, July 20, 2009
Penyakit Tangan, Kaki & Mulut ... Dapat Dari Mana?
14 Julai
Tina tido sebaik kami balik rumah. Tengah malam dia terjaga menangis-nangis.. mama terperanjat sangat kepala Tina panas sungguh. Mama dengan abah berjaga sambil letak tuala lembap atas kepala Tina, lap kaki dan tangan dia.. takut sangat temperature tiba-tiba tiba tinggi ..nanti boleh membahayakan otak dia pulak..
Bila kami siap-siap nak gi klinik, Tina ok pulak.. badan dah tak panas. Pelik la pulak.. So kami tak jadi gi klinik..balik umah nenek tun aminah Tina makan nasi goreng banyak. Walaupun setiap kal suap dia menangis tapi masih nak makan. Apa yang mama perasan, Tina kurang menyusu kurang makan dan kurang minum air. Bila nak bagi air dia akan tolak dan nangis..
Malam tu Tina meragam lagi... tapi tak sepanas malam semalam. Menangis dan air liur dia meleleh-leleh keluar... kami pelik. Tina ni sakit mulut ke apa? Mulut dia ada ulser ke? Tapi kami decide nak gi klinik esok siang je la..
15 Julai










Ubat-ubat Tina ...

Tina lepak lepas makan Ubat ... Tak susah pun bagi Tina makan ubat, senang je kan Tina kan...
17 Julai







Thursday, July 9, 2009
More And More Video..
Ini video Tina yang mama baru ambik pagi tadi. Tina sedang ikut aksi dalam fun song factory dia. Sebab sibuk mama terlepas nak rakamkan early part of it. First part is moving your head.. hish..terlepas..
Sekarang ni mama suka sangat perhatikan dia enjoy fun song factory dia sebab dia dah pandai tiru aksi-aksi dalam tu. Tapi mintak maaf la ye..bersepah-sepah rumah dibuatnya dengan buku-buku, kertas-kertas ..si comelku yang sorang ni memang macam professor..asyik dengan buku je.. hehehe... anak cikgu lah katakan...
Video yang ini pulak mama rakam masa tengah belajar dengan Tina. Last night dia dapat sebut beberapa animal dengan betul walaupun sebutan dia tak la berapa nak betul. Janji ada bunyi..jadi la nak...
Rabbit jadi babbit, elephant jadi echapam, lion ok la.., bear pun ok, monkey pun ok, lembu jadi embok.., ikan ok .. kelakar sangat tapi thats shoe our effort teaching her worth.. And 2 lagi animal yang Tina sebut hari ini adalah siput n tikus. Susah payah dia cari mama kat dapur semata-mata nak tunjuk kat mama yang dia jumpa gambar tikus.. hai anakku... rajin sangat..
One more thing, sekarang Tina dah pandai bezakan animal dan vegetable.. kalau tengok gambar vege.. dia akan kata 'mamam' .. means that nak makan. Vege dia belum berapa pandai nak sebut lagi. Kalau dia sebut pun masih dalam bahasa dia jek la..mama pun tak faham sangat but..mama excited sangat what will she do tomorrow.. she'll impress me everyday. Such a cute girl .. we love you tau sayang...


















