"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, August 17, 2009

Gambar Comot Terbaru Tina



Gambar sarapan nasi goreng pagi tadi.. Tina kata 'dap' (sedap) pedas.. sedap tapi pedas.. hehehe..lawak je..

Pertandingan Gigit Tulang Gear Box & Family Celebration





Malam tadi family abah buat makan-makan untuk celebrate birthday auntie yus yang kebetulannya semalam jugak. Sekali sambut birthday kimi ( 8/8) dan Pak Su (31/7) kalau tak silap mama la.

Pak Su yang belanja makan kat Restoran Daging Segar.. hehehe..mama memang suka. Kat sini steak dia memang sedap dan berbaloi makan. Yang peginya ramai jadi.. ada 12 jenis minuman dan ada lebih kurang 12 hidangan makanan jugak.. merah kan..macam-macam ada..macam astro jugak..

Mama minum jus kiwi, abah fresh orange, mummy Azie jus dragon fruit, pak su jus tembikai + susu, ada teh madu, bandung laici untuk maklong dan banyak lagi la.. Makanan pulak ada grilled beef steak, grilled lamb steak, rib eye steak, ginger beef fried kuey teow, fish N chip dan berbagai lagi yang dah tak ingat nama makanan dia pun..ntah apa-apa..selera 12 orang la katakan. Dengan kanak-kanak makan ice cream la..coklat la..ntah pepe la..


Hehehe..dan ini adalah pertandingan gigit tulang gear box!! Gurau je.. anak-anak ni sebenarnya dah meragam-ragam dah sebab lama sangat tunggu makanan. So, sup gear box abah je yang sampai dulu jadi kasi la sorang satu..terus senyap. Tina dengan kimi dua-duanya sibuk gigit tulang.. aman sikit la restoran tu..

Yang ini aksi-aksi Tina dengan tulangnya.. apa agaknya yang dia fikir ek..?



Oh ya.. hampir terlupa pulak.. nak wish CONGRATULATIONS kat Pak Su sebab jadi CHAMPION HONDA TAC CHALLENGE ( betul ke tak eja dia ni..)yang baru lepas kat Honda Melaka weekend lalu. Sebagai juara pak su dapat hadiah home theatre + LCD tv 42 inci jenama Panasonic .. cayalah Pak su..
Tahun lepas dapat consolation prize je..no.5 dapat ipod nano tapi kali ni..pak su memang terrer!!

Kisah Batuk N Selsema Yang Tak Baik Lagi


Tina nak sangat mama pakaikan dia tuala good morning ni buat tudung.. comel kan!


Rasanya dah hampir seminggu Tina batuk dan selsema. Baru je sehari dua aritu selsema hilang..dah datang balik. Meleleh-leleh..kesian betul. Yang buat mama tak tahan tengok tu..bila tina nak midnight feeding.. beriya-iya menyusu tapi tak sampai 2 minit..dah muntah balik semuanya. kalau masuk balik dalam botol boleh dapat susu yang asal agaknya. .. macam-macam mama dah buat tapi batuk tak jugak kurang.. kesian la tengok anak-anak kecik ni batuk..

So..setiap kali teringat mama akan sapu vicks kat hidung, dada, belakang dan tapak kaki Tina supaya dia rasa lega. Even malam pun mama cuma tidur-tidur ayam jek.. nak buat camne kan..anak sakit..kena la berkorban sikit..

Friday, August 14, 2009

Vivo Pizza & TM Goodies


Goodies dari TM sebab TM tumpang car porch rumah untuk open kaunter pendaftaran streamyx & telefon rumah. So kami pun daftar sama. Tak sabar nak ada streamyx sendiri kat rumah.. boleh update blog tiap-tiap hari!




Vivo Pizza Sutera Mall, tempat celebrate birthday kimi.. uiskhh.. tak terlarat nak kejar Tina dalam tu. Penat..

Tina Batuk Dan Selsema Pulak..

Minggu ini Tina batuk dan selsema pulak. Bila batuk boleh sampai muntah-muntah. Sejak awal minggu ni, Tina tak lagi midnight feeding sebab setiap kali bagi susu, sekejap lagi dia akan batuk dan muntahkan semuanya. Kesian sangat. Sampai susu keluar dari hidu ng. Jadi untuk tak menganggu tidur Tina, mama cuma bagi dia air masak campur glokos aje. So far ok la.. dia tak muntah.

Selera makan dia menurun dengan mendadak. Lepas 2 hari batik mama bawak Tina jupa Dr. Chum, kata doktor Tina tak demam cuma batuk dan sedikit selsema je.

Musim-musim H1N1 ni risau la kalau demam. Takut jugak kan..maklumlah budak kecik. Mana tau apa-apa. Tapi kami elakkan bawak Tina kat tempat-tempat yang crowded. Sebagai langkah berjaga-jaga kan..

Cepat sihat ye sayang..mama risau la tengok Tina batuk-batuk..

Wednesday, August 5, 2009

Baju Kurung Tina Yg Pertama Dari Mama...



Sejak belajar aritu, mama dah lama tak pegang mesin jahit. Asyik sibuk dengan rumah & Tina je.. tapi lepas mak kasi lebihan kain baju kurung, mama tiba-tiba teringin nak cuba jahit sendiri baju Tina. Banyak yang mama dah lupa.. asyik salah je.. tapi atas dorongan abah..mama teruskan jugak. Abah banyak bagi komen-komen membina..inilah hasilnya..

Sempat pulak lagi mama belajar jahit manik yg paling basic untuk baju Tina ni. Nek Lang Tina yang ajarkan..takde la susah pun tapi untuk first timer susah jugak la nak agak jarak..


Kain baju kurung ni lagi la lawak..siap dah salah jahit lagi tu..bukak balik... tapi untuk Tina punya pasal mama siapkan jugak. Abah kata ok cuma lain kali kalau ukur getah kain untuk Tina biar lebih sikit..sian nanti kalau sempit kat pinggang dia.. tapi abah kata yang ini ok la..cantik..




Cantik tak...

My Huggies Playtent .....


Sepatutnya parcel ni sampai hari sabtu tapi sebab kami tak ada dirumah, courier service hantar hari selasa... Tina excited sangat nak tau apa dalam plastik hijau ni. Sibuk jugak dia membelek-belek...


Bila mama dah pasangkan semua bahagian playtent ni..Tina terus je merangkak masuk.. suka sangat dia..


Tengoklah aksi-aksi Tina ni... memang cantik playtent ni. Worth it la mama simpan polybag huggies dari tahun lepas lagi. Tahun lepas tak dapat nak redeem tapi tekad untuk redeem jugak tahun ni... inilah hasilnya!

Terima Kasih Huggies & Kimberly Clark..

Tuesday, July 28, 2009

Huggies Polybag Redemption punya cerita


Last friday mama & abah bawak Tina pegi Giant Tampoi sebab mama nak tukarkan polybag huggies Tina yang mama simpan dah lama dalam drawer tu. Tapi masa sampai kat Giant je, promoter huggies tu takde. So Tina dengan mama & abah jalan-jalan dulu.


Mama puasa tau hari jumaat tu..puasa ganti (hehehe..) tapi Tina tak puasa la..So, abah belanja mama buka puasa kat food court. Mama kan suka makan hot plate yee mee. Tina tumpang je la.. sedap gak mee yang mama makan tu.


Tiba-tiba Tina nampak mama call someone kat hp dia. Kejap tu mama cakap dengan abah, mama nak gi masuk kat giant sekejap jumpa promoter huggies tukarkan Tina nya poilybag. Lama kami tunggu mama, bila mama datang balik, mama kata promoter tu kata hadiah dah abis tapi dia suruh mama isi form & handover polybag kat dia. Kata promoter tu lagi, nanti huggies akan call mama. Tanya bila nak call, dia tak tahu. Tanya apa-apa pun semua tak tahu. Mama geram jugak sebenarnya kat promoter tu..Tina tahu la..tengok je muka mama masa tu..hehehe..


Sebab tak puashati, monday morning mama call Kimberly Clark tanya pasal redemption tu..Tina dengarkan je.. tak nak kacau, nanti mama marah. Petang tu, sha dari Kimberly Clark call mama..katanya esok (tuesday) mereka akan courierkan playtent Tina! Mama suka sangat.. kata sha Kimberly Clark tu lagi.. mereka akan call lagi utk pastikan mama & Tina terima playtent tu dengan selamat.. Thanks huggies.. Tina tunggu playtent tu ya!

Satu lagi..mama & abah borong huggies dry comfort 3 pkt untuk Tina..hehehe..mama kata murah..so boleh simpan stok banyak sket..hehehe..penuh bilik dengan huggies tina je!

Thursday, July 23, 2009

Video lagi..



Video ni adalah first time mama bagi tina makan sayur bayam yang tak dipotong rampai. Dulu masa baby selalu la kasi tapi tina mana la tau. Kali ni mama masak sup bayam tapi masak sampai lembik sikit supaya Tina tak tercekik. Tina nampaknya suka sangat makan bayam..

Hai.. belajar-belajar la Tina makan sayur lain pulak... anak mama dah besar dah kan sayang!

Sembuh je sakit HFM tu, nenek kota datang tengok Tina sebab mama tak boleh bawak Tina balik jumpa nenek. Abah ada banyak kerja.. nenek datang bawakkan baju t-shirt gambar kartun wonder pet, pooh & doraemon untuk Tina. Tina suka. Dah banyak hari Tina asyik sebut nenek je. Asal nampak orang tua sikit..mak..mak..

Time kasih mak & atuk...

Monday, July 20, 2009

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut ... Dapat Dari Mana?


Gambar si comel kami yang dah sihat.. happy sangat temgok dia senyum dan bermain mcm biasa

14 Julai

Malam itu kami jalan-jalan ke Jusco Taman U.. saja je jalan bawak Tina. Tina suka sangat sebab da boleh berlari-lari tanpa rasa panas. Kan beraircond.. sebelum balik mama beli aiskrim kat McDonalds. Tina makan lebih dari separuh cawan tau. Mama dapat sikit je.. semuanya ok jek hinggalah tengah malam tu.....

Tina tido sebaik kami balik rumah. Tengah malam dia terjaga menangis-nangis.. mama terperanjat sangat kepala Tina panas sungguh. Mama dengan abah berjaga sambil letak tuala lembap atas kepala Tina, lap kaki dan tangan dia.. takut sangat temperature tiba-tiba tiba tinggi ..nanti boleh membahayakan otak dia pulak..

pukul 5 pagi Tina terjaga dan menangis-nangis. Nak bagi dia diam mama bukakkan cd fun song factory. Tina suka .. ketawa-ketawa sampalah dia tertido semula. Pagi tu abah amik cuti sebab pening kepala.. yela..tak tido sampai pagi.

Bila kami siap-siap nak gi klinik, Tina ok pulak.. badan dah tak panas. Pelik la pulak.. So kami tak jadi gi klinik..balik umah nenek tun aminah Tina makan nasi goreng banyak. Walaupun setiap kal suap dia menangis tapi masih nak makan. Apa yang mama perasan, Tina kurang menyusu kurang makan dan kurang minum air. Bila nak bagi air dia akan tolak dan nangis..

Malam tu Tina meragam lagi... tapi tak sepanas malam semalam. Menangis dan air liur dia meleleh-leleh keluar... kami pelik. Tina ni sakit mulut ke apa? Mulut dia ada ulser ke? Tapi kami decide nak gi klinik esok siang je la..


15 Julai

Air liur Tina meleleh-leleh tahap kritikal.. dashat sangat.. ada bintik-bintik kat tangan dan kaki.. mama pun sms abah, ajak abah gi klinik hari ni jugak. Lagipun harini dia meragam tahap gaban. Mama tak dapat nak buat apa kerja pun.. Tina nangis je arini.. risau mama. Menyusu pun cuma sekali siang.. sekali malam.. tu pun puas pujuk..







Ubat-ubat Tina ...










Tina lepak lepas makan Ubat ... Tak susah pun bagi Tina makan ubat, senang je kan Tina kan...









17 Julai

Hari ni Tina dah ok sikit. Dah nak makan.. dah nak minum.. cuma susu je yang kurang lagi. Mungkin susu buat mulut dia sakit balik kot. Tapi kalau mama bagi air yang sejuk dari peti ais Tina suka. Lagipun doktor suruh bagi Tina makan dan minum apa je yang dia nak, asalkan dia nak makan dan minum.



Petang tu abah & mama ajak Tina gi Jusco Bukit indah. Kami bawak Tina makan kat A&W sambil-sambil makan ice cream. Tina suka sangat. Yela kan..dah berapa hari Tina tak jalan-jalan. Gi umah nenek pun tak..takut jangkit kat kimi pulak nanti..susah..



Tapi hari ni 21 Julai... Tina dah sembuh sepenuhnya.. dia dah happy macam selalu. Mama lega sangat..

Thursday, July 9, 2009

More And More Video..

Ini video Tina yang mama baru ambik pagi tadi. Tina sedang ikut aksi dalam fun song factory dia. Sebab sibuk mama terlepas nak rakamkan early part of it. First part is moving your head.. hish..terlepas..

Sekarang ni mama suka sangat perhatikan dia enjoy fun song factory dia sebab dia dah pandai tiru aksi-aksi dalam tu. Tapi mintak maaf la ye..bersepah-sepah rumah dibuatnya dengan buku-buku, kertas-kertas ..si comelku yang sorang ni memang macam professor..asyik dengan buku je.. hehehe... anak cikgu lah katakan...

Video yang ini pulak mama rakam masa tengah belajar dengan Tina. Last night dia dapat sebut beberapa animal dengan betul walaupun sebutan dia tak la berapa nak betul. Janji ada bunyi..jadi la nak...

Rabbit jadi babbit, elephant jadi echapam, lion ok la.., bear pun ok, monkey pun ok, lembu jadi embok.., ikan ok .. kelakar sangat tapi thats shoe our effort teaching her worth.. And 2 lagi animal yang Tina sebut hari ini adalah siput n tikus. Susah payah dia cari mama kat dapur semata-mata nak tunjuk kat mama yang dia jumpa gambar tikus.. hai anakku... rajin sangat..

One more thing, sekarang Tina dah pandai bezakan animal dan vegetable.. kalau tengok gambar vege.. dia akan kata 'mamam' .. means that nak makan. Vege dia belum berapa pandai nak sebut lagi. Kalau dia sebut pun masih dalam bahasa dia jek la..mama pun tak faham sangat but..mama excited sangat what will she do tomorrow.. she'll impress me everyday. Such a cute girl .. we love you tau sayang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...