"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, March 10, 2009

A Really Bad Day For My gal.....

Panic Incident Happened Last Week....




My poor baby girl... Last week abah balik kota nak jumpa mumy n tina la... so petang friday 2 abah sampai petang....penat sangat...zzzzz fallen assleep... around 7 pm mama kejut, tina ada sebelah abah...menangis... mama cakap tangan kiri tina kena Air Panas..Oh my god...!!

kesian nya tina ...menangis..abah tengok tangan dia dah melecur .Sedihnya abah tengok...

Kesian..Panik...Sedih..Geram...semua perasaan ada...taknak bayangkan lagi...it really hard for me to accept that...

Mama nak buat susu...tina menangis nak ikut to kitchen...so mama dukung & bawak dia.

While holding tina, mama tuang air panas dalam botol...Budak tengah nakal...Tina pun grab botol...mama tarik botol (main tarik2..) tertumpah...Mama ingat tak kena tina n at that moment tina tak nangis lagi.

Suddenly, Tina meraung....menangis...then baru mama perasan...long sleeve baju tina basah...kena Air panas.Coz of that long sleeve la...effect burn kat tangan tina really worst. ADVICE TO ALL PARENTS... BEWARE n BE CAREFULL!!! Don't event think to hold ur baby while doing things involving any danger!..PLEASE!! AVOID Such Circumstances!!

Nak buat camana ...dah kena...but pity to tina...at least we learn our lesson....and hopefully all of you out there too..






Saturday....still had a sad face after 24 hours...and its really shows...







What kind of damage can it done to our baby...Don't even think about it PLZ!

Sunday's picture. Its getting better



Sunday's Picture. Tina always put her hand up as she think that we might touch it.But lively seen better and Tina play as usual..


This is monday's picture. Better than yesterday




*********************************************************


Thats abah story. And this is mine. Above everything mama kesal sangat sebab terlalu careless..

Actually dari siang hari jumaat lagi Tina dah sibuk nak ajak jalan. Tapi hari hujan..tak boleh nak kemana. So mama letak Tina dalam kereta atuk je..biar dia main-main sambil tunggu abah sampai dari jb...

Masa abah sampai Tina suka sangat. Asyik nak dukung je dengan abah. Sebab abah penat..tak jadi nak bawak Tina kemana-mana. Lagipun hujan masih turun lebat. Sambil main-main dengan Tina abah terlelap..

Masa Tina nak susu..abah masih tidur. Nenek pulak tengah solat maghrib. Atuk ntah kat mana..mama tak ingat. Tina nangis-nangis nak ikut mama buat susu. Sebab tak de orang yang nak layan dia..mama pun bawak dia pergi dapur.

Lepas mama tuang air panas sikit dalam botol susu, mama letak kat atas tin susu. Ingat nak letak air masak. Tapi tangan Tina lagi cepat. Dia capai botol susu but mama cepat-cepat pegang sama botol susu tu. Takut tumpah.Kan air panas. Tapi Tina tarik botol and .... for couple of second dia tak nangis. Mama ingat tak kena dia. Rupanya kena kat lengan baju. Sekejap tu Tina dah menjerit nangis....

YA ALLAH ..kena rupanya! Mama panik..tak tau nak buat apa. Tina masih atas dukung lagi. ..

Then bila nenek datang..tengok Tina tangan dia dah merah kulit dia dah melecur..nenek cepat ambil telur utk sapu. Everything happend very fast...

Bila mama bukak baju Tina..tengok lengan kiri dia..aduh..banyak nya melecur. Tina nangis tak henti-henti ..masa ni lah abah baru terjaga sebab mama kejut dia.. dia lagi la panik..

Then teringat yang mama ada beli aloevera gel..cepat-cepat sapu kat tangan Tina.. But hampir sejam ke lebih dia menangis sampailah dia tertidur..

Bila Tina dah tidur..mama nangis puas-puas. Sebab careless la Tina jadi macam ni. Kalau mama tak dukung dia masa buat susu mesti tak kena..I really cant forgive myself.. I am careless!!!

Almost a night jugak la mama menangis bila tengok Tina tidur..betul-betul menyesal dengan apa yang berlaku..But thank GOD malam tu Tina tidur lena as long as mama tak letak gel kat lengan dia. Bila letak gel dia akan merengek..

Mesti semua orang salahkan mama kan.. yes I know I am careless..

Abah.. I am so sorry..

Tina..mama mintak maaf sebab buat Tina sakit. Mama janji it wont happen again ya..

Wednesday, March 4, 2009

Ragam Qistina 3


Snowcap Ku ..


Tina memang tak suka kalau kepalanya ditutup. Topi ke..snowcap ke..even tutup dengan tangan pun dia bising. Tapi since dia dah 1 year plus ni dah ok sket la. Last time on our way to ikut atuk dan nenek beli barang mama pakaikan dia snowcap. Then mama larang dia bukak. Sebab tu mama tak tutup telinga dia. Kalau tak dah lama dah dia bukak snowcap tu..

Sebenarnya kami suka tengok Tina pakai snowcap..nampak cute muka dia..tapi punyalah susah snowcap tu nak lekat lama atas kepala..


hehehe..tapi kali ni..dari rumah sampai kat kedai beli barang..ada la 20 minit..hmm..ada kemajuan





First Introduction : Bijirin Sarapan Pagi


Actually mama agak buntu menu sarapan Tina setiap pagi so mama pun try beli bijirin-bijirin ni. Beli yang kecik je sebab lom tau lagi Tina nak makan ke tidak. Kiranya ni first introduction la ni. Setiap pagi mama beri pada Tina bijirin yang berlainan, letak sekali biskut ke roti bakar ke.

The nice thing about Tina is dia akan makan semua benda tapi in a very small amount. Tapi outcomenya..Tina sembelit sebab dia alah pada bijirin berasaskan coklat dan milo. So..mama yang makan bakinya. Dan mama kena tunggu Tina besar sket barulah boleh re-intro. Mungkin kena tunggu gigi dia penuh sket kot jadi dia boleh kunyah dengan baik semua jenis makanan..



Aksi Peeping


Hehehe..bukan senang tau nak snap gambar ni. Byk kali angle cantik tapi tak dapat je nak snap gambar..cepat je dia bangun. Ini ialah gambar Tina mengintai bawah pintu bilik atuk dan nenek. Kalau atuk ke nenek masuk bilik tak bagi dia ikut..dia mesti mengintai..tepuk-tepuk pintu. Actually nak ambik video tapi tak sempat je.

Lagi satu kalau pintu bilik tertutup, dia nak tgk ada org kat dalam ke tak..ni lah yang dia buat..hmm,,bijak-bijak betul budak-budak sekarang kan..

Monday, March 2, 2009

Tina Dan Buku

Lihatlah aksi Tina dengan majalahnya..


Inilah pemandangan terbaru kat rak buku rumah ini. Lately, Tina suka sangat keluarkan majalah mama dan nenek dari rak dan duduk buka sehelai demi sehelai. Mama tahu dia belum faham apa yang tertulis dalam majalah dan buku-buku yang ada kat situ tapi dia memang suka sangat ada kat sini.

Biasanya Tina akan cari gambar-gambar yang dia suka tengok contohnya gambar kanak-kanak, gambar baby, gambar jam dan beberapa gambar lain. Kemudian dia akan bercakap sendirian sambil tangannya menunjuk pada gambar dan menyelak helaian majalah serta buku.

Dah beberapa orang tegur kelakuan dia ni. Semua orang suka kerana dia pantang tengok buku. Kalau mama baca surat khabar, dia akan duduk depan mama atas surat khabar sambil tunjuk gambar.

Anyway..ini kan petanda baik. Maknanya mama dengan abah kena lebih alert dengan tahap ingin tahu Tina. Dia suka explore semua benda and first thing in the list adalah majalah dan buku.

Don't worry Tina..mama dengan abah akan support Tina. ...kan abah kan..

Saturday, February 28, 2009

Pregnancy And Delivery Story Tag

Thanks to Joanne for passing me this tag. Actually she tag me for quite some time but I really dont have time to do it. Now, I am going to finish it..

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED? Yes off course. I went over some tradisional medication for it..

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME? Yes.

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS? Shock but so excited

4. WAS ABORTION AN OPTION FOR YOU? No no no

5. HOW OLD WERE YOU? I am 29 at that time.

6. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT? I missed my period and quickly go checking. I am not using test kit coz I always dissappointed...

7. WHO DID YOU TELL FIRST? My lovely hubby off course

8. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX? Of course.

9. DUE DATE? 29 October 2007

10. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS? I had very 'little' one. Everytime brushing my teeth I will vomit

11. WHAT DID YOU CRAVE? I crave for Mangga Apple..very bad one...

12. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST? I hate the fish from its smell to fried fish and to every dish made with it. Same goes to meat and chicken..

13. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD SEX? She's a girl

14. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING? No, we really want a girl

15. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY? Not more than 10kg

16. DID YOU HAVE A BABY SHOWER? No. Just a tiny kenduri to cut the baby hair (cukur jambul)

17. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW? No

18. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY? Thank God, not even once

19. WHERE DID YOU GIVE BIRTH? Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

20. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR? From 6 am to 1.10pm

21. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL? My hubby off course

22. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH? My hubby watched Qistina's head out

23. WAS IT NATURAL OR C-SECTION? Natural Birth

24. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN? Doctor gives pain relief but forgot the name already..

27. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH? 2.6kg

28. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ? 22 October 2007

30. WHAT DID YOU NAME HIM/HER? Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

31. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY? She's 16th months now.

Now I wish to pass the tag to Mrsdjones, Lily and Yvonne

Best Mom Award


This meaningful award is from Caroline! Thanks a lot if you do think I am the best mom also.. just like you. I am honour to post it in my blog.

The Rules :
1. Show the award logo in your post
2. Pick a picture you have with your kiddo(s)
3. Post should include your experience as a mom
4. Nominate other blogger mom's out there that you consider the best mom, like yourself.



Its hard for me to choose which moments is my best experience as a mom coz for me everyday is a new day for me as mom and I really appreciate it very much. Every moments is special!

And I want every mom that visiting my blog take this award. For me everyone that call 'mom' is the best ever!

Tuesday, February 24, 2009

Gambar-Gambar Rumah Baru Kami ..









Pokok Mempelam Harum Manis. Belum tambah daun dah belajar berbunga. Ntah la tu..lekat ke tidak. Harap-harap lekat la..dapat sebiji pun untuk buah permulaan ni jadi la..kan abah kan. Penat abah tanam.. Gambar Pokok Orange Sunkist abah tak sempat post lagi....tina suka makan Orange...so...abah tanam la sunkist.









Abah dan Tina sedang siram pokok jambu air madu. Tina tu lebihnya main air je..mengacau abah.





Abah berada di kitchen. Kelihatan pintu toilet di belakang sana dan 2 pintu ditepi tu ialah pintu bilik tidur 2 dan 3











Pemandangan sliding door dari dalam. Ruang ini ialah dining hall kalau ikut dalam pelan..









Car porch yang boleh memuatkan 2 buah kereta









Pemandangan halaman rumah kami dari car porch. Corner lot dengan "sedikit" kawasan tanah untuk bercucuk tanam la kot.Kat hujung sana tu abah dan Tina tengah siram pokok.


Kami dah tanam pokok la sikit-sikit.Tapi a lot more work nak kena buat. Kawasan tanah ni tak rata langsung. Tanahnya pulak tanah liat kuning yang keras kalau panas, melekit kalau hujan..



Actually there's some more picture yang tak dapat nak diupdatekan. Slow sangat internet connection.. anyway ini lebih baik dari tak ada langsung kan..

Sunday, February 22, 2009

Restoran Daging Segar

Hari ni kami bertiga skip kenduri kahwin sepupu abah kat pontian. Asalnya memang nak pergi pun. Hadiah pengantin pun kami dah beli tapi hari jumaat 20/2/09 pukul 6 petang abah dengan Pak Su Boboy dah pergi rewang kat rumah Pak Long. Balik kul 1 pagi tapi tak kasi mama tidur sebab abah nak bangun pukul 2.30 pagi untuk rewang masak pukul 4 pagi. So, masa abah dengan Pak Su Boboy pergi mama dah tak sedar dah..dah lena tidur.

Pagi sabtu 22/2/09, waktu mama bangun abah dengan Pak Su belum balik lagi. Mama pun siap-siap iron baju untuk pergi kenduri kahwin tu. Tapi pukul 1.15 petang barulah diorang berdua ni balik dengan muka kusut masai..dengan mata merah. Kata abah nak pergi jugak kenduri tu tapi lambat sikit tapi mama memang tak percaya..diorang berdua ni kalau dah dapat bantal..alamat kiamat la dunia.

So mama dengan Tina pun terpaksalah skip kenduri tu sebab drivernya dah karam tidur...sorry Jihan..

Dah petang barulah abah bangun. Itupun sebab asyik kena panjat-panjat dengan Tina. Kami siap-siap untuk keluar makan. Mulanya tak tau nak makan kat mana..ingatkan nak makan kat TUTA je tapi boleh pergi sampai ke area Maidin sana ha.. cari Restoran Daging Segar.. teringat nak makan stik..hehehe

Abah makan lamb chop and mama makan beef stik. Owner restoran tu memang ramah. Tunjukkan pada kami daging beef stik yang sesuai dan bagitau kat abah anggaran berat daging kambing yang abah pilih untuk lamb chopnya. Untuk Tina kami orderkan straight cut fries je. Maaflah..gambar hidangan mama lupa nak ambil sebab asyik melayan Tina

Kami puashati dengan semua yang kami pilih. Stik mama memang lembut, tebal pulak tu. Lamb chop abah pulak..banyak betul dagingnya. Pendek kata kami teramat puashati dengan layanan dan hidangan yang kami pesan tu. Kenyang tau makan stik kat situ. Nak cari stik yang sedap taklah susah sangat tapi nak cari stik yang mengenyangkan tu agak payah jugak la. Tapi kat restoran ni memang kenyang kalau makan stik dia..sungguh..tak tipu!

Isteri owner restoran keluar menyapa kami sewaktu hidangan baru sampai ke meja. Dia suka sangat dengan Tina. Katanya bila pandang Tina..terasa sejuk hati..Tina pulak bukan main ramah lagi berbual bahasa alien dia dengan isteri owner restoran tu. Mereka berdua sukakan Tina yang ramah..

Bilnya : 1 set lamb chop, 1 set beef stik, 1 gelas air carrot susu, 1 gelas ais kosong dan 1 mangkuk straight cut fries = RM50.00. Lupa nak bagitau..restoran tu beraircond.. cantik dan selesa. La..ni dah macam marketing promo pulak dah..tak pe la..yang bagus tu kena la di war-warkan. Biar yang lain dapat info jugak..

Balik je abah cepat-cepat minum air limau suam sebab nak balancekan dengan lamb chop tadi hehehe... kolesterol..

Dalam kereta pun Tina dah penat. Sandar je kat baby seat. Sampai je kat rumah terus salin lap, salin baju seluar, salin pampers, pakai bedak, pakai minyak Yu Yi, minum grapewater dan mama ajak Tina baring-baring. Tak sampai setengah jam pun dia dah tidur.. penat la tu..

Seronok sangat bawa Tina keluar walaupun sekejap. Sekarang ni Tina dah asyik bubbling je..ada yang kami faham, ada yang tak..biasa la..orang tengah kemaruk nak bercakap. Terbaru ni Tina dah pandai mintak susu tapi dia akan sebut 'tutu'. Kalau mama tanya nak bubur ke nak susu? Mesti Tina akan jawab.. nak 'bucu' maknanya nak susu. Kalau mama bagi bubur jugak dia akan cakap..'tutu la'...Pastu dah pandai sebut cicak tapi jadinya 'titak' . Kalau pagi-pagi bangun tidur mama suruh bukak stokin pun dia dah pandai. Tapi dia akan sebut 'pipa' maknanya selipar. Penat ajar sebut stokin tapi yang dia sebut tetap pipa jugak.

Hari ini Tina genap 16 bulan.. 1 tahun 4 bulan

Sicomel kami ni semakin bijak, semakin aktif. Memang sejuk hati tengok muka dia..senyuman dia..dan dia dah tau cari abah dia. Kalau weekend abah tak balik rumah kota..Tina akan buat perangai..serba tak kena dan asyik nak nangis je. Dia dah pandai rindu kat abah. Tu yang buat abah tak senang duduk kat TUTA..balik jugak kota..sian abah..sian Tina..sian mama jugak..

Tak pe.. very soon hopefully kami dapat tinggal bersama. Tak de la Tina kehilangan abah dia selalu sebab mama ada abah pun ada. Diam tak diam dah setahun lebih jugak kami tinggal berjauhan. Rasa macam dah tak sanggup dah.. tu yang berharap dapat cepat pindah tu..doakan kami ye..


Thursday, February 19, 2009

Finally ... Kami Dah Dapat Kunci Rumah ...


Actually last week developer dah call abah, tapi abah tak dapat nak jawab phone sebab tengah mesyuarat. Then, few days later abah call mama bagitau yang developer kata kunci rumah dah boleh ambil kat ofis. So hari rabu petang 18/02/2009 abah, mama & tina pun pergi ambil kunci rumah.

And for the first time kami memijak kaki di lantai rumah baru kami. Walaupun rumah tu comel jek la..tak de la besar sangat tapi ia cukup bermakna untuk kami bertiga. So, abah telah menunaikan janjinya ... how sweet kan. Tak dapat nak mama bayangkan bagaimana happy dan senangnya hati. Kami dah ada rumah sendiri!.

Anyway, ada banyak urusan yang perlu diselesaikan. Abah nak kena pegi Pejabat SAJ, nak tukar nama cukai harta la.. nak siapkan form kecacatan rumah la.. isy..ada banyak la lagi. Tak pe..slow-slow abah eh..kita uruskan nanti.

Dek kerana excited sangat dapat kunci, sampai lupa nak ambil gambar ... hehehe... tak pe la..gambar akan di postkan kemudian berserta gambar kuncinya sekali hehehe...

Hmmm..perasaan yang tak dapat nak digambarkan la..happy sangat... Yang, Thanks for make our dreams come true..

Hajat di hati kalau semua hal telah diselesaikan, kami target untuk pindah masuk kerumah baru ni sebelum pertengahan tahun ini. Kalau la kan... kami berdoa agar segalanya berjalan lancar..

Tuesday, February 10, 2009

Sahabat Award



Thanks to Caroline who passed this award to me...after few times bump in to a slow internet connection, this award really cheer me up..thanks again ya!

So now I would like to pass this award to :
Joanne, MrsDjones, Vivi, back to Caroline, Yugene, Mery, Kristie, Kc, Jenniffer and Molly .

So quick paste it to your blog!

Saturday, February 7, 2009

Ragam Si Comel Ku ... (bahagian 2)


Gambar ni mama ambil pagi, sebab setiap pagi Tina akan sarapan sambil tonton CD Fun Song Factory nya dari mula sampai habis. Dia takkan berganjak ke mana-mana ..kat depan tv tu je la duduknya. So by that time mama bolehlah buat keje sikit-sikit..



Hehehe..mama suka sangat kembankan Tina dengan tuala cantik-cantik macam ni setiap kali lepas mandi. Masa mama nak ambil gambar ni..Tina lari-lari..malu la tu..



Ini pulak aksi memanjat Tina yang terbaru.. dia senyap-senyap main kat ruang tamu..sekali tengok je dah sampai atas kerusi dekat telefon. Dah siap mengomel-ngomel ntah apa-apa kat telefon. Cepat-cepat suruh nenek jaga-jaga kat dia..mama ambil hp terus panggil dia and snap gambar..ha! dapat..


p/s : hai..boleh sakit jantung tengok dia memanjat macam ni tau..hish ..lasak betul..aktif sangat..penat

Tuesday, February 3, 2009

Happy 31st Birthday Sayang ...





Sayang.. Have a wonderful 31st birthday. Semoga sentiasa sihat, bahagia dan gembira bersama ayang dan buah hati kita Tina. Semoga lebih tabah, sabar dan bijak mengharungi tahun-tahun mencabar kita.
Thanks for everything you've done for us. Ayang and Tina love you very much! Don't worry age is only number ... hehehe...Live life to the fullest..!!!

Putrajaya Plus Plus....








p/s Cian mama....kat kota lembab eh internet...abah uploadkan la...hehehhe

More at IKEA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...