"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Wednesday, January 6, 2010

"Your Best Vacation Moment Contest"

Your Best Vacation Moment ialah contest yang dianjurkan oleh Lily Azliyana aka Mama Zara. Dan inilah dia cerita percutian Tina, Mama & Abah...

**************************************

Dalam kisah percutian Tina, Mama & Abah di KL dan Genting Highland cuti sekolah disember 2009 yang lalu, kami ada mencuri sedikit masa dari schedule percutian yang maha padat itu untuk membawa Tina dan anak-anak sedara sekelian ke Hutan Lipur Sungai Tua. Dan untuk pengetahuan sesiapa yang belum pernah sampai ke sana.. hutan lipur ini mempunyai sebuah aliran air terjun yang masih semulajadi dan sangat cantik. Ditengah kehijauan dan kesejukkan hutan. Masih boleh dilihat haiwan seperti kawanan monyet, burung-burung dan unggas-unggas riang. Chewah... betul...



Tengoklah..betapa suka dan hepinya Tina main air. Tina kan belum pernah kami bawa mandi kat air terjun..so dia sangat excited. Walaupun air pada tengah hari tu sangat sejuk, bibir atas dan bawah dia dah biru, gigi dah berlaga-laga dan tangan serta kaki dah macam air batu dia tetap tak mo naik tebing. Nak jugak tetap berendam dalam air.. See.. air terjun tu sangat jernih dan segar! Nyaman sekali..!!

Ini pulak gambar kami sekeluarga yang dah basah kuyup. Mama duduk atas batu, Tina & Abah berendam. Area dalam gambar ni cetek je. Sesuai la untuk anak-anak sebaya Tina mandi sebab tu kami pilih area sini. Area yang tengah sikit airnya beraliran deras. Hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja. Tolakan air sangat kuat... tapi area itu dengan yang ini dipisahkan oleh tebing batu-batu yang tersusun cantik.. senulajadi la katakan...

Dan pic yang last ini boleh nampak kan..scenery kat belakang tu. Sangat cantik dan segar. Mama suka gambar ni sebab kami sekeluarga nampak sangat rilek, happy dan bahagia bersatu dengan alam semulajadi...

Ok lah..itulah serba sedikit kisah percutian kami di Hutan Lipur Sungai Tua. Cuti-cuti Malaysia la katakan... Memang Malaysia ni kaya dengan tempat percutian yang menarik..kadang-kadang kita je yang tak tau kan..hehehe.


picture extra..konon-konon signature la..hahaha...
Tina~ Mama~ Abah
**********************************


Dan kepada sesiapa yang nak join contest nih, silakan click kat contest banner ye..

5 comments:

Dilla Ady said...

gud luck ye tuk contest nih..suke la tgk gambar nih..sume senyummmm...

Lily@MamaZaraZareef said...

Thanx Sha for being the first joining my contest..hehe..mmg dh terpikir nk bagi hadiah utk early bird pon..=D

nway, ok dah entry ni..sume dh lengkap..n nice place sbb tk tau pon sha n family smpat gi mandi air terjun aritu..cume nk tnye, hutan lipur sungai tua tu kat area mane ek..kot2 ade yg berminat nk pergi senangla nk terjah kan..=p

Anonymous said...

sha,
siti pon selalu duk pergi situ time sekolah menengah dulu. family siti dulu mmg rajin jalan2 mandi air terjun ni hehe. kampung pon dekat tg malim je so on the way tu boleh singgah mandi. bess kan situ. lama dah tak pergi. tgk gambar sha ni mmg mengimbas kenangan lama la. hehe.. tina tak takut air ek, boleh geng dgn zara ;) hehe..

Sha@Mama TinaAzra said...

Dilla - Kene try bawak acha gi tgk alam semulajadi nih dilla. Mesti dia suka...

Mama Zara - Thanks for menerjah entriku Lily ek. Alamak..sha tak tau nak cakap la Hutan Lipur Sungai Tua ni kat mana..sebab tu sha tak bagitau. Yang sha tau dia dekat2 dengan tasik yang Honda buat iklan vios tahun dulu tuh..area batu cave ke atas kot..hehehe...serius tak tau..

Siti - Ooo ye ke...memang cantik kan tempat nih. Dah kene baya rm1 utk dewasa tapi apalah sangat kan..dibandingkan dengan keindahannya. Oh ye..tolong sha bagitau..kat mana hutan lipur sungai tua nih..sha tak tau nak bagitau kat orang la..tolong ek..hehehe
Tina memang tak takut...suka dengan air..kita gengkan diorang la..hehehe

Diamilikku said...

dah agak dah mesti sha masuk punya....penjoin tetap contest lah katakan...heheheheheh....teringin gak nak masuk tapi tak penah ada vacation lagi camner tuh???? adoi haiiii sedihnya rasa...anak dah dua honeymoon pun tak penah rasa...vacation anak beranak lagilah...asyik bz keje sajo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...