"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Monday, April 19, 2010

Gambar-Gambar Tina Di Puteri Specialist.. Check-up







Aksi-aksi Tina di depan ruang menunggu klinik Dr. Catherine Tham.. ramai orang masa tu. Kena Tunggu lama jugak. Tu yang si minah ni tak senang duduk. Jalan sana jalan sini..

Lepas tu, kitaorang gi..


Tampoi Branch ye.. sebab nak belanja Tina makan KFC. Mama & abah nak makan mee hot plate.. yum yum..

Tengok aksi si minah ni waktu makan..




uiskh..sedapnya milo ais & KFC... nak makan drumstick aje..tapi bukannya habis pun. Sambil2 abah suap kuey teow hot plate..banyak jugak dia makan.. comot2 semuanya..hehehe..


Anyway, bila doktor check melalui hidung Tina, dia dah selsema lebih kurang 2 atau 3 minggu yang lalu. Cuma masalahnya selsema dia tak keluar meleleh tapi meleleh ke dalam berkumpul dibelakang rongga hidung. Bila tidur, meleleh ke tekak. tekak jadi gatal. Tina batuk dan muntah. Lebih kurang macam tu la kronologi dia.

Jadi doktor bagi ubat alahan untuk simpanan. Ubat alahan tu ada 2 jenis; minggu pertama 2 kali sehari dan minggu kedua malam sahaja, ubat batuk dan ubat kahak. Kata doktor catherine lagi, ubat alahan Tina tu mama & abah boleh beli kat farmasi so dia bagi lengkap dengan kotaknya supaya senang nak cari. Yelah.. consultation fee dia je pun dah mahal kan untuk datang selalu semata-mata nak ambik ubat.

Tapi doktor pesan, kalau sekiranya minum ubat2 yang dia sarankan tu secara intensif.. tapi tak jugak berkesan maknanya kena datang semula ke puteri. Check-up balik dan dia ada ubat lain secara semburan. Cuma Tina belum sampai ketahap nak guna ubat tu lagi. Ubat alahan secara minum masih berkesan. Thank You doktor!


3 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

ayu pun tak bawak aleesya gi check up lagi ni...harap2 semuanya sihat lah....

suka ratah ayam yer...agak2nya budak2 memang suka ratah tulang ayam tak..aleesya pun sama...

Zaidah said...

zai baru hantar firas check up petang tadik kat KK kerajaan...timbang firas tak naik..naik 100gm aje...huhuhu...geram tengok qis makan....milo ais tu sedapnyer minum waktu panas mcm niekan...

Qistina's Mama n Abah said...

Ibu Damia - agaknya lah Ayu..memang dia akan mintak tulang ayam kalau makan ayam tak kiralah ayam kari ke..ayam goreng ke KFC ke..janji ayam..

Zai - dia memang sedang berselera makan sekarang ni. So sha akan ikutkan je apa dia nak makan kecuali..kena sekat sikit makanan yg boleh sebabkan alahan dia tu.. aisy..klau tengok dia makan..kita yang kenyang hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...