"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Sunday, May 2, 2010

Jom Makan Di SEAFOOD JUNCTION

Mama, abah, Tina dan seluruh family abah + abah & mak mama (yang kebetulan ada kat sini weekend ni) pergi makan kat Seafood Junction. Actually abang ipar mama.. abg amy & kak yus yang telefon petang tadi ajak gi makan. Since kami memang takde plan apa-apa so..on ajelah..orang nak belanja makan kan..

Kedai ni macam tak susah nak cari tapi oleh kerana dihadapannya tengah ada construction menaiktaraf jalanraya kat perling ni.. faham-faham ajelah kesibukan jalannya..hehe

Okeh..Seafood Junction ni terletak kat Taman Perling tau. Ala..orang johor mesti tau Taman Perling. Tapi mintak maaflah sebab Taman Perling ni boleh tahan luasnya..jadi ..jalan-jalan cari makan la ye..Dan bagi yang tau jalan.. dari Bukit Indah pun boleh jumpa restoran ni. Dorang panggil jalan dalam.. ntahlah..dalam ke luar..kalau area perling ni mama fail sket la..


Hehe..lihatlah dunia..model2 ku sedang berposing. Yang pakai topi tu abag amy (abang ipar mama), yang pakai baju biru tu.. la..cik abang sayang mama la..abah, yang 2 orang comel gebu tu opie ( anak sedara abah) dan si comel ku..Tina.. Ini banner restoran ye ..besar tu..kalau tak nampak ..saja la..



Hahaha..gelak lagi sebab gambar makanan yang diorder tak dapat diambik gambarnya. Semua orang dah lapar termasuklah mama so takde siapa nak ingatkan mama ambik gambar makanan. Ala..tapi tak yah gambar la..nanti orang kecur air liur la pulak..

Makanan yang diorder tu apa yang mama ingat aiseh sangat cantik presentationnya dan dah pastinya sedap. Memenuhi selera kami semua. Siakap stim vietnam dia agak pelik pada lidah mama tapi sedap. Ikan tak berbau hanyir..asap dari pinggan ikan pun tak berbau hanyir. Pandai dorang ni masak.. macam pakai herba2 gitu.Ada order ketam kaler merah tu..apa nama? Ketam batu ke ketam bangkang ke.. aiseh sedap la..siap sediakan pengepit untuk pecahkan kulit ketam tu..kan keras..hehehe.. berusaha bersungguh2 la mereka2 yang nak makan. Mama tak yah pasal..abah tolong pecahkan..mama makan jek.

Ada lagi daging ayam (kecik-kecik macam nugget) ala-ala masak kicap. Pun sedap. Ada mushroom macam rupa masak oyster sauce..ntah ye ke tak la.. dihidang kat tengah pinggan. Tepi-tepinya disusun penuh dengan brocolli celur..pergh..sedap & sihat. Mama makan banyak sgt brocolli..sedap seh..

Ada order jugak udang goreng tabur dengan nestum. Kalau biasa kita jumpa udang goreng ni berminyak sampaikan nestum dia bergumpal2 tapi yang ini tidak. Korang still boleh rasa kerangupan nestumnya..tak berminyak langsung..yes..thumbs up!

Minuman kami order pakai jug aje. Ada 4 jug semuanya. Air sirap sirap dia sedap la,air ice lemon tea, air carrot susu & air soya bean. Mama kan peminat ice lemon tea dan berani kata ice lemon tea dorang kick sangat..sedap..

Sebelum desert kakak ipar mama order roti muntou betul ke nama dia ni.. makan dengan kuah ketam tadi tu. Sedap jugak roti tu. Kakak ipar mama kata roti tu biasanya cina yang makan. Tapi sampai pun roti tu masih begitu panas dan rangup kulit luarnya..hehe..mama makan sikit jek la..buat rasa-rasa je..sedap..light manis..dan sangat lembut..korang patut cuba.

Dan last sekali..desert.. ntah nama apa..air tu dalam ada isi kelapa laut, laici dan dihidang dengan air batu ketul2 kat dalam..hmm..nyaman. Kalau minum siang hari mesti lagi syiok!

Jom layan gambar lagi..


pemandangan dalam restoran..tak sesak..tak serabut




ini diorang punya operation hour ye..kalau nak datang refer sini dulu..





kahkahkah..sape2 yang nak keje pun boleh datang interview. Restoran ni masih kekurangan pekerja..yang sedia ada dah tak dapat nak menampung dan melayan pengunjung restoran..sian diorang..





Yang bertopi merah adalah pemilik restoran ye.. kecik je orangnya. Yang baju kuning tu abang dia..abang muna kalau tak silap nama dia.yang 4 orang lagi tu takyah diperkenalkan lah..hahaha...




seperti biasa..Tina kalau nampak laptop memang tak senang duduk. Mengacau saja kejenya.. tengoklah..dia pulak yang duduk kat kerusi cashier..maaf ye kak.. dia ni memang macam ni..:)

Yang nak mama highlightkan ialah..restoran ni bersih. Dan kebersihannya buat mata selesa memandang walaupun deko tak de la canggih giler pun. Biasa je tapi kemas & teratur. Mama cadangkan ..kalau datang ke JB..cubalah makan di Seafood Junction. Anda pasti puas hati..

Bayar bil..masing2 balik naik kereta sendiri2.. arrgh..kenyang... sampai rumah rilek2 jap..pastu ..zzzzzz....

5 comments:

mrsdjones said...

waaauuu.. walaupun takda gambar, kecur jugak air liur baca description sha. esp tang ketam dgn udang nestum tu :p yummy!

Diamilikku said...

tu lah pasal...baca jer terus menitik2 air liur..teringin dah nih..nampak gayanya nak kena gi JB lah nih....hurmm...sha nak belanja sue tak kalau sue gi JB

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

tau tau restoran tu...depan telco & post...pernah gi satu...tapi salah operation hour...terus tak jadi makan situ..insyaallah...nanti akan pi makan kat situ...

Faizullah Hamzah said...

Ada lagi ke kedai nie??saya cari x jumpa pun..

Sha@Mama Tina said...

rasa saya dah takde sebab last time jalan kat sana dah tak nampak restoran ni lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...