"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Saturday, May 8, 2010

Pagi ini..

Mama bangun awal sangat hari ni dan sempatlah menjengah ke laman depan & belakang. Memerhatikan pokok-pokok menghijau, hirup udara pagi yang nyaman.. dengar kicauan burung-burung.. hmm..

Keluar dari pintu dapur bawak pisau dan potong lah daun-daun pisang yang kering, potong pucuk2 daun kacang botol yang melempai ke tanah dan kemudian tengok pokok kacang.. sori ek gambo lupa nak amik..tangan dah kotor la. Pokok kacang panjang dah mula belajar berbuah. Ada 4 biji anak kacang sedang menjulur keluar..hehehe... sukanya. Dah puas makan kacang bendi..sekarang nak makan kacang panjang pulak..

Menggembur tanah pokok-pokok kacang bendi, lada kecik dan jagung.. terus tengok pokok pucuk manis ada orang panggil cekur manis, pokok -pokok serai dan pokok betik sekelian. Semuanya nampak sihat..bagus.

Menjengah ke hujung laman.. deretan pokok orkid jengking sedang rancak berbunga-bunga cinta..huhuhu... bahagianya tengok bunga yang macam-macam warna. Pergi cium bunga musang hehehe tak tau la nama dia dan terhenti di satu baldi hitam. Alamak..pokok kesidang mama mati la.. aduhai...menci tau..

Ke sebelah kanan laman.. pokok-pokok pasuan dekat kolam sedang sihat menghijau. Keladi-keladi sekelian..baru nak cantik. Kat tiang kolam pulak, pokok memanjat yang macam kat Jusco Bukit Indah sudahpun memanjat tinggi.. kar berjurainya sudah kelihatan.. hehehe...sukanya

Masuk ikut pintu dapur keluar ikut pintu depan pulak. Kunci ye pintu dapur.. mama tengok pokok-pokok pasuan dan orkid kat porch. Pun banyak yang sedang berbunga-bunga. Bunga ros, bunga tongkeng.. semuanya berbau wangi. Pokok bunga sundal malam je yang baru alih masuk pasu. Aritu ada telur ulat la kat akar dia..geram betul..

Okeh.. sudah dapat vitamin D.. jom masuk dalam rumah!

2 comments:

Diamilikku said...

memang jeles baca entry nih....huhuuhu..nak jugak umah ada laman besar2 mcm tu....membesar dengan bekalan oksigen yang sangat mencukupi...jeles tau

mrsdjones said...

Lahai Sha. Besnya! bila la turn saya nak berumah dgn halaman luas mcm ni. Now ni duduk rumah atas angin. Huk takleh nak try bercucuk tanam ni. Farmville je la jawabnya! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...