"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, May 26, 2010

Setakat Jam 12.23AM Ni Je, Dah 3 Kali Muntah..

Begitulah ceritanya bila Tina diserang selsema lagi. Selsemanya baru start malam tadi.. menjangkit dari sepupu2 dia dan malam ini dia dah 3 kali muntah. Segala yang dimakan sejak maghrib tadi berlambak keluar.

Actually selsema biasa tapi disebabkan Tina ni ada alahan hidung so.. selsema jadi satu masalah yang besar dan meletihkan kami.

Semalam belum kasi ubat lagi.. baru maghrib tadi kasi. Ni dia tidur mama tinggikan sikit bantal dia supaya hidung dia selesa. Nampak sangat tak selesa tadi bila Tina asyik bernafas melalui mulut. Kesian betul. Mama memang tak sanggup tengok dia sakit. Thats why lebih rela kurung dia dirumah ketika keadaan tak sihat berleluasa diluar. Alangkan selsema biasa pun dah rimas..apatah lagi bagi yang mempunyai alahan hidung macam Tina.. adeh...siksa dada mama menengoknya..

Tadi sempat singgah klinik amik ubat selsema waktu teman abah gi bayar kete..

Harap2 dengan bekalan ubat yang ada.. Tina akan cepat sembuh ye sayang. Aduhai.. sesak la dada mama tengok Tina sakit..

2 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

alahaiii..siannya Tina..harap cepat sembuh ye Tina..

MeRy said...

Hope Tina will recover soon...How is she feeling today?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...