"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, March 3, 2011

Bestnya Bila Mak & Abah ada..

Sape kata tak best bila mak abah dia ada kat umah dia ..angkat tangan! Hehe..mana la ada ye tak? Mama paling seronok bila mak abah datang umah tinggal dengan kami 4-5 hari. Mama sangat seronok, Tina pun lagi la seronok sebab ramai orang nak melayan dia. takdelah asyok nengok muka mama madang! kan..

Actually abah mama dah benti keje. Eh salah..dah tak boleh keje dah sebab umur dah 63 tahun. Sejak cukup umur 55 tahun aritu abah mama sambung keje secara kontrak je. Tapi tahun ni dah tak boleh nyambung kontrak dah. Kata pejabat, abah mama dah lanjut usia. Warga emas ni kalau bekerja, susah nak menjaga kebajikannya..wallahuaklam

Jadi sebab tu la abah mama & mak mama akan selalu ada kat umah mama. Bila boring2 kat umah kampung, mama ajak datang umah. Dok la sampai boring pulak..kang dah boring..balik kg semula. Nak suruh duduk terus dgn kita..faham2 je la orang-orang tua ni..sayang nak tinggal terus rumah pusaka kan..takpelah, janji nak datang dah cukup baik.. :)

Mak abah mama jenis yg tak cerewet serba-serbi. Jadi seronok la kan. Lagipun mama ada la kawan kat rumah selain Tina bila abah gi sekolah. Mama ada la kawan nak tanam-tanam bunga..sayur..alih2 pasu..idea baru menyusun pasu bunga..macam-macam la. Seronok la buat keje laman sama-sama. Sib baik laman besar u!

Mama ni kan 2 beradik je. Adik mama yang lelaki dok perak. Keje sana. Kawen dengan orang sana jugak..

So, mungkin bulan april nanti hingga jun..mama kembali la takde kawan sebab abah mak nak gi dok umah adik pulak..sunyilah rumah kita kan Tina..

Actually bila dah biasa ada mak abah ni akan terasa sangat sunyinya..Tina lagi la..selalu je tersasul bila mak abah takde..pagi2 dia cari..jengok2 kat laman..nanti dia sendiri akan cakap.."oo..mak dah balik umah la"

Mama suka sangat mak abah ada kat umah..dapat dok sama macam zaman-zaman dulu..korang? Mak abah korang selalu datang umah korang tak?

4 comments:

mamalieyna said...

kite ada mak jer...jarang2 jugak sbb susah nak mai sorang2 kan...tp skrg lama tau mak mai dok sesama sbb suami kursus...arif sukalah kt rumah ada kawan selain mamanye jer..nnti bila toknya balik kg semula sure dia mencari..hu~

Citarasa Rinduan said...

wah....
ayu duk ngan MIl...so, ibubapa datang ke citarasa rinduan jer

jelesnya..

Sha@Mama Tina said...

MamaLieyna - sorry..membangkitkan nostalgia pulak..takpe la..at least ada juga mak. Ada org takde dua2nya..

sure la ayep nnt kehilangan kan..

Sha@Mama Tina said...

Ayu - oo ayu dok dgn MIL..takpelah ..dorang datang jugak tgk ayu kan..cuma tak tido je la ek..kalau kumpul2 sure best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...