"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Tuesday, March 15, 2011

Isu Botol Susu BPA ni Muncul Semula

Mama masih ingat masa Tina baby, isu botol susu BPA ni hangat sekejap. Dan atas kesedaran tu mama yang masa tu bekerja belikan botol susu MAM untuk Tina. So far Tina dah ada 4 biji botol susu MAM dalam koleksi..

Mama mula simpan botol susu MAM ni sejak Tina berumur 3 tahun kalau tak silap sebab Tina asyik koyakkan puting botol susu dia. Botol susu MAM ni teat dia berharga RM22 untuk 2 pcs. Dan sejak tu mama mula beralih kepada puting botol alternatif untuk botol susu MAM ni macam teat daripada Anakku.. pun boleh fit jugak cuma kurang sesuai gitu. Tapi disebabkan kos teat MAM tu mahal..mama terpaksa

Sejak kebelakangan ni mama selesa guna botol susu biasa..ala..yang murah tu la kan. ..haish..teruk la mama ni kan Tina..

So, nampaknya mama kena guna semula botol susu MAM tu. Spare part botol susu MAM ni memang boleh dibeli. Banyak kedai baby jual jenama ni. Cuma kadang2 mama lebih suka beli online..sebabnya part-part macam cap, getah bawah tu semua susah sikit nak dicari kat kedai tapi kat online takde masalah..

So as langkah pertama..malam ni mama rendam air panas semua botol susu MAM tina pastu tutup.. dah lama tak guna..kena steril bagi hygienic sikit..habuk ke..apa ke dah melekat2 kat sana..

Mama pun taknak la tunggu 2012 baru nak haramkan botol BPA ni..atau nak tunggu ada penyakit kerana botol2 susu BPA ni baru mama nak bertindak. So, mama nak start malam ini jugalah..



mama rebus air guna kukus, bila dah mendidih tutup api, masukkan semua peralatan & tutup guna penutup kukus jek..senang


Kawan-kawan yang lain pun harap2 sedar bahaya BPA ni untuk jangkamasa panjang ye..kita tak tau apa akan berlaku dimasa hadapan. Jadi bertindaklah sekarang.

Setau mama brand local macam pureen pun dah ada botol BPA free pada harga yang lebih ekonomi. Mama pun nak tengok2 la brand local jugak. Nanti kalau ada info yang boleh share..mama share sesama ye..

2 comments:

sYaFiQa said...

Salam...botol BPA free byk dah kat pasaran skrg. sy beli jenama anakku kalu x silap, x sampai pon RM10 satu. Beli kat Mydin jer. yang MAM tu mmg mahai ler....hihihihii

Sha@Mama Tina said...

Syafiqa - hai syafiqa..memang botol MAM ni agak mahal pun. saya dulu memang bg baby guna sampai sebelum umur 3 tahun. dah timbul balik isu ni..kene la ambil perhatian..kan..

Dah lama tak tengok rangkaian botol susu sebenarnya. Sebagai alternatif..apa salahnya kita guna anakku ke..pureen ke pride N joy je pun tak pe kan..asalkan bpa free.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...