"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Wednesday, December 28, 2011

Persediaan Ke Kindie.. Mental & Fizikal

Huhuh.. tajuk dia :D

Tapi memang betul korang, mama dah 2 hari train Tina bangun pagi kul 7 sebagai persediaan ke kindie minggu depan. Tina ni tak biasa sangat bangun pagi, so takut dia akan nangis plak dikejut..kenelah train dia macam ni.

Dah 2 malam kami semua tido awal. Kul 11 dah tido. Dengan mama & abah sekali kene lelap. Kalau tak camner nak latih anak? Kan? So mama offline cepat ye dari biasa. Kalau sebelum ni kul 1 pagi pun masih online.. skrg dah tak leh la.

So dah 2 hari ni mama berjaya pujuk & kejut Tina bangun pagi. Tak nangis pun. Ajak mandi air suam.. so mama sekarang tengah atur rutin pagi dia la kiranya..

Bangun pagi, golek2 dulu dlm 10 minit.. pastu ajak mandi. Dah siap pakai baju.. sikat rambut dulu.. pastu susu sebotol dua.. dan biarkan dia berjaga sehingga sekurang2nya pukul 12 tengahari. Ye lah..kindie sampai pukul 12 kan..

Mental part plak..
Hari2 dok cakap.. nanti kakak dah nak sekolah Nuri. Mama hantar kakak.. (abah takde kan..dah sekolah) nanti kakak tinggal tau kat sekolah dengan teacher..dengan kawan2.. mama balik dulu..masak nasi..masak lauk. Nanti bell ring pukul 12 mama datang jemput kakak balik. Dok ulang2 yang sama setiap hari. Dengan harapan menda tu akan melekat kat minda dia..

Kene jugak cakap..
good girl kene pegi sekolah..macam abah. Abah pun sekolah. nanti belajar dengan teacher..dengan kawan2. Bila kakak pandai baca buku nanti..kita boleh baca buku upin..buku backyardigans..buku dora.. (huhu..tu buku2 pilihan dia la tu..)

Nanti mama tanya, Mama tak sekolah macam kakak ke? Tina cakap.. mama tak boleh sekolah..kakak dengan abah je sekolah.. ha.. kan.. dah melekat sket2 dah tu.. :)

Actually, anak yang nak sekolah..kita pulak yang nervous kan. Bukan apa..tak pernah renggang langsung. Jadi risau jugak la. Macam2 yang bermain kat fikiran but hopefully everything akan ok selepas beberapa hari hendaknya..

ok lah.. tu je untuk kali ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...