"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    1 year ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    2 years ago

Thursday, January 17, 2013

MooGoo



Tukar syampu lagi sebab kulit kepala Tina ada macam flaky2.. pastu bau syampu tahan sehari je.. sebab kepala dia berpeluh sangat banyak. Boleh basah bantal kalau tido malam..

Kisah rambut & kulit kepala Tina ni dah lama.. sejak baby lagi. Dah banyak kali mama kata tukar syampu..macam-macam brand.. hanya sebamed yang mampu membantu. Tapi part bau.. alamak.. sebamed pun tak leh tolong..huhu

Puas gugel sana sini.. baca macam-macam perbincangan pasal syampu & rambut kanak-kanak.. mama bincang dengan abah nak cuba syampu MooGoo nih. Kenapa nak bincang? Hukhuk.. syampu MooGoo ni kusmangat harganya okeh..

Tapi kalau tak cuba kita tak tau outcome dia camner. Betulkah testi-testi memberangsangkan yang mama baca??

So, di skudai ni produk MooGoo hanya boleh didapati di Wellness Farmasi, Taman Sutera Utama. Nasib baik ada diskaun..harga sebenar RM59.00 tapi sebab diskaun dapat harga RM50.55 pheww...

Dah 2 kali basih rambut Tina.. so far ok. Texture syampu best.. dan baunya pun sangat-sangat lembut. Sesuai la untuk bau kepala kanak-kanak.. Basuh 2 hari sekali.. so far so good. Rambut pun lembut & kurang kusut. Rambut keriting gulung-gulung kan.. faham-faham je lah keadaannya

Ni website MooGoo Skincare
http://www.moogoo.my/

MooGoo Milk Shampoo
http://www.moogoo.my/hair-care/milk-shampoo.html

Kalau gugel pun ..ada banyak testimoni tentang produk MooGoo ni..

So far so good lah.. tu je boleh declare skrg :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...