"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Monday, February 12, 2018

Introducing... Our 3rd Princess

Bersawang tebal dah blog..
Sampai tak boleh bukak pun ada.. haha

Ok lah.. short and sweet
Just to introduce
Our 3rd princess
NUR AMNI QAREESHA BINTI MOHD NOOR HISHAM
Yang lahir pada
 6 Ogos 2017
Jam 2.36 ptg
HSAJB
Berat lahir 3kg
Lahir pada 36 week sharp


This is her..
On her 6 month old

See ya!

Baby Apa Khabar?

Mesin scan kat KKTU rosak dah berbulan. Makanya dokte on the last appointment suruh scan kat luar sebelum appointment 15 Feb 2016 kat KK semula. 

Scan lagi.. huhu..

Biasalah, scan kat Poliklinik Nur hidayah jek. Malas nak gi jauh. 

Sebelum scan memang biasanya dokte akan pegang perut, ukur tinggi rahim bagai kan. Scan sebelum ini 28w dokte takde cakap apa2 pun. Tak bagitau baby dah masuk laluan ke belum. So, mama jangka belum la tu hihi..

But yang kali ni, dokte wat muka suprise.. ala2 terkejut. Tanya berapa week dah? Mama kata lah tak cukup 32w lagi.. anggaran dalam 31w5d gitu..

Tanya lagi edd berapa? 10 April 2016..

Tapi dokte kata kepala baby dah masuk laluan. Dan dia pun pegang kat bawah ari2 sambil goyang2 sikit. Katanya dah fix..

Oh my, cepatnya. Mama ingatkan 2nd baby akan turun ke laluan few weeks lagi. Kira lambat sikit lah. Tapi tak rupanya.

Dokte kata mungkin macam tak masuk april akan bersalin.. huhuhuhu.. mama nebes ok.. abah ikut sama nebes..

Then kata dokte takpe, kita scan dulu..

Memang kali ni scan kepala baby senang sangat nak capture untuk ukur, tak macam sebelum ni sebab dia asyik bergerak-gerak tak henti. Nak measure sangat susah. 

Cuma ukuran abdomen, femur length tu susah sikit sebab baby bergerak kuat. Few times try, akhirnya baby tido.. so senang sikit dokte nak measure..

So, kalau ikut ukuran kepala & femur length.. baby dah 33w plus. Bukan sebab dia besar tapi sebab dia tinggi. Beratnya tak jauh sangat naik..masih below 2kg..

Dan dokte anggarkan baby akan lebih 2kg tapi takkan sampai 3kg. Mungkin sekitar 2.5kg , macam tu je. Takpelah.. asalkan baby sihat..

Lahir kecil..kita besarkan dia diluar :)


Saturday, February 10, 2018

Batuk Teruk Di Trimester ke-3

Batuk pada 3rd trimester memang sangat siksa ok. Bermula dengan adik Azra, kemudian kakak Ain dan yang akhir kena adalah mama.. hukhukhuk..

Puas menahan selsema dan batuk berkahak yang teruk tu, mama decide jumpa dokte kat KKIA. Perut ni dah sakit amat dah bila batuk.. rasa nak terkeluar baby..

Dokte check, batuk memang sangat teruk. Selsema pun teruk tapi boleh pilih satu ubat je. Dan dokte decide untuk beri ubat batuk, antibiotik dan ubat tekak.

Tak tahan sangat, mama makan juga ubat-ubatan tu untuk beberapa hari. Bila rasa reda mama tak makan dah. Tapi alhamdulillah sepanjang makan ubat baby bergerak seperti biasa..

Tanya kat FB.. ternyata kawan-kawan alam maya memang sangat membantu. Ada banyak petua diberikan. Petua-petua menggunakan madu memang tak boleh jalan langsung. Makin teruk lagi ada.. so mama tak mo madu huhuhu..

Dalam banyak-banyak yang beri petua, ada seorang kawan di whatsapp kata.. suaminya kalau batuk suka bakar garlic pastu kunyah-kunyah dan telan.

Nak baik punya pasal, mama cuba bakar garlic yang sangat kecil.. sebiji je.. kemudian kupas dan kunyah. Masa nak telan tu mak oiii.. pedih perit rasa tekak.. uweekkk..

Sejam dua berlalu.. eh.. batuk mula berkurangan. Malam itu lena tidur dengan batuk minima.. perghhh..

Itu satu..

Yang ke-2, mama minum banyak air suam dan air masak macam yang kawan-kawan suruh. Memang betul.. ada perubahan disamping garlic tadi tu kan. Air suam ni sepanjang hari. Malam pun minum banyak..

Tekak teringin nak minum air nenas. Tapi malas nak buat. Makanya mama cari air nenas dalam tin jenama fruit tree..

Tapi beli 2 tin je sebab abah marah.. huhu..
Mama cakap nak buat ubat batuk je. 
So mama minum 1 tin tu untuk few days. Tak minum habis 1 tin sehari..
Terasa kahak lendir semakin lekang..senang nak buang bila batuk. Ada la beberapa hari batuk..batuk dan batuk tapi bila habiskan tin yang ke 2.. batuk dah tak ada.. alhamdulillah..

Yang ke 4, mama memang amalkan VCO Catalyst 2 softgel sehari..

Jadi, kalau ada antara korang yang batuk teruk.. mungkin boleh try apa yang mama cuba ni. Depends pada penerimaan badan masing-masing ye..

Jadinya mama bersyukur sangat batuk dah hilang..

Untuk anak-anak.. mama memang tak bagi la jus nenas, garlic bakar bagai nih. Takde kan nya tertelan dek diorang. Jadi mama cuma istiqomah bagi diorang makan 2 item ni..



Alhamdulillah, anak-anak pun respond baik pada 2 supplement ini.. baik dah batuk..
EVCO dari cosway ni memang bagus dan harganya mampu milik. Bagi makan pun senang. Guna syringe sahaja. Sampaikan baby Azra lebih pilih minum vco dari minum ubat batuk.. huhu..

Untuk sapuan pada dada, belakang dan kaki anak-anak.. mama guna EO

Ok lah.. tu je mama nak share kan..
As i said ye.. depends.. tak tahulah cara ni ok tak kat korang

See ya!

Tuesday, August 1, 2017

Morning Sickness Owh Morning Sickness

Entry ini ditulis pada 1 September 2015

Meniti hari-hari diminggu awal kehamilan dengan debar yang tak habis didada. Segala kemungkinan yang pernah berlaku terbayang-bayang di fikiran. Tak dinafikan mama sangat-sangat takut dengan keadaan ini. Kekecewaan yang pernah terjadi memaksa untuk lebih berhati-hati..
Alahan pula semakin menjadi-jadi. Ada masa memang sepanjang hari tekak rasa loya dan kepala pening. Sampaikan bila terbayang makanan pun rasa nak muntah..

Mula alah dengan bau-bauan seperti menumis, memasak, menggoreng dan bau nasi ..uwaaa...

Dupaston dan Acid Folic memang jadi teman setia. Nasib baik susu coklat boleh minum. Dokte pesan dupaston nak kene makan sehingga minggu ke 12 nanti. Kemudian kita tengok macam mana progress. 

Tiba-tiba pada 21 Ogos 2015..
CD47 DPO30
keluar spotting coklat cair..

Hari itu sebenarnya kami ke Giant Pulai. Dekat je dengan rumah untuk cari bekalan susu coklat yang dah habis. Bila dah sampai dan berjalan sekejap, pinggang serta belakang terasa sakit. Balik tu masih ok ..takde spotting. Kami ke rumah mil pulak.. abah tengok bola. Mama cuma baring je kat ruang tamu. 

Bila balik.. rasa macam ada discharge yang cair. Sekali tengok.. mau gugur jantung bila spotting tu bukan putih macam biasa tapi warnanya coklat cair. Terus bersih-bersihkan, makan dupaston lebih malam tu dan bagitau kat abah.. kene bedrest..

Subuh tu tengok coklat dah takde dan mama pergi klinik dokte Norihan untuk scan. Hati risau. Sebelum ini scan masih belum ada heartbeat. Makanya hari ni nak scan tengok ok ke tidak baby didalam selepas spotting malam tadi tu..


Dup dap dup dap..
Tapi bila dokte kata..
" tu.. nampak elok je.."

Tanya juga.. dah ada heartbeat ke dokte?
" yes.. dah ada dah. Sekejap ye.. kita cari angle yang paling terang.."

Alhamdulillah.. nampak blinking2 tu hati sangat senang. Dah ada heartbeat dah baby mama abah.

Tapi cerita morning sickness tak berakhir kat situ. Makin begitu dan makin begitu sampai ada masanya terasa sangat lambat waktu berlalu. Tak tahan..

Bila hati rasa macam tu.. pergilah berehat.. bertenang dan muhasabah diri. Allah nak bagi rezeki yang sangat besar.. pahala yang sangat tinggi darjatnya.. kenapa kita nak mengeluh?

Layan je la..huhu..




Mujur.. ada suami yang sangat memahami.. sangat membantu. In fact waktu2 fragile ni abah memang sangat banyak berkorban. Kerja rumah banyak dia yang buat. Yang melibatkan tenaga lebih.. mama tak boleh buat. Sampai jinjing sampah dapo pergi buang kat tong pun boleh sebab kan spotting. Sabar tak sabarlah dia menghadap kan.. Tq sayang..

Bayangkan rumah tak bersapu sampai seminggu.. kain baju berlambak tak berlipat.. ambil yang perlu sahaja. Dokte pesan jangan renyah. kalau boleh bedrest. So, hari2 abah akan pesan.. yang mana tak boleh jangan buat. Biarkan je.. Tutuplah mata sekejap dengan kesepahan ini semua..Sabar..

Nak masak kene jadi ninja kat dapo. Tu pun buat yang simple2 sahaja. Sweetheart balik sekolah kan.. kesian pulak. Mualnya time memasak tu tuhan je la tahu.. kadang dek sebab memasak tu pening mual berlarutan sampai ke malam..Sabar..

Pernah.. sempat masak nasi sahaja. nasi melegak je.. dia punya pening mual tak leh handle dah. Rasa nak runtuh dunia dek bau nasi. Akhirnya baring nak elak muntah.. Bila sweetheart balik..

sweetheart: Mama ada masak apa2 ke hari ni?
Mama : Masak nasi je sayang. Mama pening sangat hari ni..
sweetheart : Tak pe mama.. goreng telo letak kicap pun boleh..
Mama: sorry ok.. mama tak larat nak masak lauk..
sweetheart : its ok ma..

Uwaaa.. sangat nak nangis.. mereka berdua begitu memahami..

Berdebar menanti untuk scan 10w pada 15 september 2015 nanti..
Semoga Allah melindungi mama dan baby dalam kandungan..

Tak sanggup menunggu 15 september, kami pergi klinik dokte Norihan awal dari tarikh tu. Pergi pun malam sebab nak abah dan sweetheart tengok sama. Siang masing2 sekolah.. tak ada masa nak teman mama tengok baby..


 Alhamdulillah.. dia membesar dengan baik seiring usia kandungan..
Syukur

35 Weeks 2 Days

Pejam celik..pejam celik..
3rd precious baby sudah pun memasuki fasa-fasa akhir kehamilan. Serangan BH sudah semakin kerap dirasa dan lower body part sudah terasa sangat-sangat sakit disana sini..

Minta maaflah sebab memang tak berkesempatan menjengah blog, tak berkesempatan menulis dan berkongsi kegembiraan kandungan ke -3 ini..

Sibuk dengan baby Azra yang semakin hari semakin lasak dan aktif. Ditambah kandungan yang semakin sarat.. tak terlarat rasanya nak bukak blog

Malam ini terasa hendak menulis sebab sedang menyiapkan beg-beg hospital yang terakhir. Check semuanya yang telah dimasukkan sebelum ini. Kadang-kadang ada sahaja yang terlupa. Contohnya, masa buat beg hospital awal-awal aritu.. rupanya tuala mandi tak dimasukkan pun..

Siapkan 1 beg sahaja untuk segala kelengkapan mama dan baby..
Satu beg lain sebagai "handbag".. beg doraemon yang akan mengisi barang2 semasa macam purse, buku pink semua tu lah..

Sedang-sedang menaip.. terasa gerakan baby begitu kuat menolak ke bawah.. ngilu dan sakit..huhuhu..
Tengah malam ke pagi begini baby sangat aktif menolak dirinya..

Nanti bila semuanya dah selesai.. kita berkongsi cerita lagi disini ye..

Dikesempatan yang ada ini, mama nak minta doa semua kawan-kawan sekelian supaya urusan kelahiran kali ini dipermudahkan, kesakitan diringankan dan semuanya berlalu dengan selamat. Sihat mama dan baby..




Saturday, September 24, 2016

2nd Puree - Puree Pisang.. nyum..nyum..

Tamat sudah 4 Days Rule untuk puree apple. Hari pertama je makan sikit. Agaknya terkejut kot rasa pelik..masam-masam manis kan. 2 ke 3 suap je dia nak..pastu tak nak dah..

Hari ke 2, 3 dan 4 alhamdulillah.. dia makan berselera. 

Hari pertama popo.. hari ke 2 tak popo. Dia popo hari ke 3 tengahari agak liat nampaknya. Tak keras tapi macam kurang air. Hari ni tak popo lagi.. esok kot..

Jadinya start pulak 4 DR untuk pisang. So hopefully pisang sangat ok kat baby Azra. 


Pisang masak, just lenyek-lenyek je. Make sure lenyek tu penyek la semua. Jangan ada ketul. Mama ni takde baby food processor, jadi apa yang boleh lenyek dengan sudu mama lenyek je.

Sebelum sudu masuk 4 bekas tu pastikan yang pisang semua hancur ye. takmo ada chunky. Nanti tercekik. Dah siap masuk peti ais. Mama tak bekukan ye.. sebab untuk 4 hari je. Lagipun kurang suka bekukan makanan kalau tak betul2 perlu

Minum pagi tadi dah bagi puree pisang. Alhamdulillah habis 2oz. Azra suka..
3 days more ye dik..





Tuesday, September 20, 2016

Nur Azra Qiraana is 6 Month Old Today!

Hari ini.. 20 September 2016, bermakna precious baby kami dah berusia 6 bulan. Fasa baru.. fasa solid food bermula..

Pagi-pagi tadi appointment kat KK untuk 6 bulan. Alhamdulillah, walaupun berat cuma naik 200g, dari 6.8kg jadi 7.05kg je tapi graf tinggi dan berat still cun. Masih ditengah-tengah. Misi kata graf cantik..

Cucuk DTAP 3, nangis jap tak kuo air mata. Lom pun kuo pintu bilik imunisasi.. dah gelak-gelak..


Muka ngantuk kene kejut pukul 7 pagi, kene mandi..Hujan pulak tu pagi tadi. Masa ke kk tadi masih renyai..

6 bulan, masa untuk start solid food. Masa untuk start puree.. Makanya mama malam-malam tadi dah settle puree apple untuk 4 hari. 4 days rule kan..

Manual homemade. Macam biasa, apple agak keras, so kene steam dulu pastu blend. Masuk bekas berlainan. 1 bekas untuk setiap hari.. pastu simpan dalam peti ais.. 

Balik kk tadi bagi dia rasa puree pertama dia.. huhuhu puree apple masam sikit kot eh.. muka semacam je. Tapi nampak macam nak telan tak ada masalah. Just agaknya rasa apple tu dia tak suka. Tak pe.. baru 1st day..

Will update lain-lain puree soon ok!

Happy 6 month old Nur Azra Qiraana!!

;)

Nur Azra Qiraana is 6 Months Old Today!

Hari ini.. 20 September 2016, bermakna precious baby kami dah berusia 6 bulan. Fasa baru.. fasa solid food bermula..

Pagi-pagi tadi appointment kat KK untuk 6 bulan. Alhamdulillah, walaupun berat cuma naik 200g, dari 6.8kg jadi 7.05kg je tapi graf tinggi dan berat still cun. Masih ditengah-tengah. Misi kata graf cantik..

Cucuk DTAP 3, nangis jap tak kuo air mata. Lom pun kuo pintu bilik imunisasi.. dah gelak-gelak..


Muka ngantuk kene kejut pukul 7 pagi, kene mandi..Hujan pulak tu pagi tadi. Masa ke kk tadi masih renyai..

6 bulan, masa untuk start solid food. Masa untuk start puree.. Makanya mama malam-malam tadi dah settle puree apple untuk 4 hari. 4 days rule kan..

Manual homemade. Macam biasa, apple agak keras, so kene steam dulu pastu blend. Masuk bekas berlainan. 1 bekas untuk setiap hari.. pastu simpan dalam peti ais.. 

Balik kk tadi bagi dia rasa puree pertama dia.. huhuhu puree apple masam sikit kot eh.. muka semacam je. Tapi nampak macam nak telan tak ada masalah. Just agaknya rasa apple tu dia tak suka. Tak pe.. baru 1st day..

Will update lain-lain puree soon ok!

Happy 6 months old Nur Azra Qiraana!!

Sunday, September 11, 2016

Kakak Dan Adik




Semoga terus berkasih sayang hingga akhir hayat..
kakak kene jaga adik..
adik pun kene jaga kakak..

Saturday, September 10, 2016

Bila Azra tak buang..

~ Kisah sewaktu baby Azra 3 bulan~

Masuk hari ni dah 4 hari baby Azra tak membuang. Gundah gulana hati memikirkan. Tapi bila dia buang angin.. mak oii baunya menyengat. Tak henti-henti buang angin sepanjang tempoh tak membuang tu. 

Tekan-tekan perlahan perutnya semasa tuam lepas mandi.. rasa lembut je.. ok.. tak keras. Tapi sapu juga minyak dakam atau krim tropika supaya tak masuk angin..

Dia tetap buang angin seperti biasa..

Disebabkan masa kakak Ain dulu tak alami macam ni, makanya cuak. Kebetulan dekat dengan rumah ada bidan. Janjilah dengan bidan untuk urut baby. Masa yang dijanjikan abah belum balik sekolah, gigih mama pegi ditemani kakak. Padahal rumah makcik tu sepelaung je pun..hihi..

Bila makcik bidan ni urut, katanya perut baby tak keras. Sepanjang mengurut dia kentut-kentut berulang kali. Makcik tu kata tak usah risaulah, baby yang bf memang kadang-kadang dia jarang membuang. Lega satu part.. al maklum..tangan tak berseni macam kita ni yang merasa, ntah ye tak perut tu lembut hihihi..

Petang balik mengurut, baby Azra tido je. Mungkin badan letih kene urut kan. Cuma satunya baby Azra ni, time nak kentut dia memang bersungguh-sungguh sampai merah-merah muka. nak kentut je pun. Tu memang sejak dari lahir lagi macam tu..

Hati ibu kan.. tak tenang selagi tak buang. Bidan sudah.. maka meh kita gi dokte plak. Poliklinik Hidayah, doktenya memang dah biasa dah sejak belum pregnant lagi. Abah ada apa ntah..yassin perdana sempena hari guru. Jadi mama pegi dulu. Klinik ni selalu penuh woo.. tak larat tunggu nanti..

Daftar klinik dapat no.5
Dok dalam kereta bf baby Azra sampai orang ke 3 masuk bilik dokte. Baru mama ditemani kakak Ain dengan baby Azra masuk klinik..

Setengah jam jugak, sampai giliran..

Dokte check lama jugak.. ketuk2 dengan jari perut baby. Katanya perut tak keras. Elok lembut. Pada pendapat dokte, mungkin kurang air. Jadi najis tak macam selalu. Lately ni memang baby Azra tak banyak sangat bangun malam. Kadang sampai 2 ke 3 jam dia tidur baru dia merengek nak susu. Kadang-kadang menyusu sebelah saja dia dah tak mo.. dah tido semula..

Terfikir.. mungkin juga..
Lagi pun sepanjang minggu ni urine mama pun macam kuning dari biasa. Tanda kurang air..

Senaman kayuh basikal bila ada masa je buat kat baby. Harap membantu usus dia..

Pagi hari ke 5, check diapers tak jugak membuang. Risaunya. Sampai masa mandi, buat air suam sikit dari biasa dan rendam baby masa mandi tu lama sikit. Baby Azra memang suka mandi. Jadi dia diam je direndam air suam..

Naik mandi, masa nak tuam.. sekali dia membuang. Mak oii macam kita paip krim kek.. tak berenti sampai setengah tuala baby tu habis mama lipat sana sini tak nak kene kat bahagian lain. Stop jap.. ingat habis dah.. pi amik diapers. Elok pasang diapers je.. dia meneran lagi separuh dari yang mula-mula tadi.. perghhh..

Memang sangat-sangat banyak. Bila check, memang najis dia agak likat. Tak cair macam selalu. Betul lah kata dokte, kurang air.. so mama kene minum air lagi banyak supaya kandungan air dalam susu lebih. Cuaca panas, macam kita juga.. baby pun kurang air tapi dia hanya minum susu ibu kan.. mama dia lah kene minum air banyak.. supaya susu banyak kandungan air jugak.. gitulah fahaman mama..

Selesai tuam, sapu krim herba kat perut, belakang, betis dan kaki.. siap diapers, pakai baju dan wangi-wangi.. baby Azra dah lelap. Mungkin perutnya dah selesa. Bahan buangan dah dikeluarkan.

Tak dan menyusu, dia tido terus. Selepas 2 jam baru dia bangun merengek haus..

So, pengajaran buat mama dan abah..
Lain kali tak kalut dah..
Setakat baby yang menyusu badan, belum makan pape.. tak usah risau sangat..

Bila masa nak kene rujuk dokte sebenarnya?
  • Bayi sering menangis
  • Perut bayi bengkak dan keras
  • Bayi tidak mahu menyusu
  • Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...