"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Thursday, September 17, 2009

Tina, Upin & Ipin


Upin & Ipin kini adalah minat terbaru Tina. Sejak sebulan dua ni Tina pantang nampak gambar upin & ipin kat mana-mana. Semalam masa pergi skudai parade tu, lalu kat kedai cd Tina tepuk-tepuk abah tunjuk kat tv kedai yang tengah mainkan cd upin & ipin geng. Kecoh betul dia. Adik yang keje kedai cd tu bagitau sekeping cd rm5... cetak rompak la ni.. kami beli sekeping cd upin & ipin tu. Tina bukan main suka sampai asyik nak pegang cd tu setiap masa.

Balik kat umah jek dah tak sabar-sabar nak tengok. Bila mama pasangkan cd tu..Tina tahan duduk atau baring depan tv hampir separuh movie. Apa yang mama perhatikan, cd upin & ipin ni ada banyak memaparkan haiwan dalam cerita. Ada ayam menari-nari, ada katak, lembu, pepatung dan macam-macam lagi..

Semalam je dah bukak hampir 4 kali cd tu..


Pandai pulak dia sebut tu... upin ipin .. alahai comei sangat bunyi dia..

About last month mama dah belikan Tina t-shirt upin & ipin 2 helai.. sehelai merah dan sehelai lagi kuning. Uiskh.. pantang nampak baju tu..nak pakai aje.. kat JB ni mahal so mama beli kat kota tinggi murah sikit. Sehelai t-shirt..separuh harga kat Jb ni. JB ni apa la yang tak mahal..semua pun mahal..

Syok gak layan Tina tengok upin & ipin... mama pun suka..

3 comments:

MommyAngel said...

Hehehehe ... so cute! I never seen this cartoon before, should be very nice. Angel loves Bola Kampung :P

Sha@Mama TinaAzra said...

Caroline.. yes they're so cute and be kids current cartoon trend..

I'm surprised that Tina can recognise this character anywhere..she will shout..upin..ipin...

Jean said...

nice cartoon!

ps you're invited to comment on my post too. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...