"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Raya 2009

Tahun 2009 giliran beraya kat rumah mama. So, since last sekolah hari khamis, kami gerak balik kampung mama lepas sembahyang jumaat. Memang target nak berbuka kat rumah mak mama la. Tapi abah pulak dah janji dengan kawan dia nak deliver pc kat rumah orang tu.. so nak tak nak kena lalu bandar jugak sebab rumah orang tu kat area kg. melayu jb. Selalunya balik ikut kulai jek..senang.

Siap pasang pc orang tu jek dah pukul 5 petang. Jalan dah start jammed. Kan orang balik keje.. nak pusing balik lalu kulai terasa makan masa, mama ajak abah terus ikut tiram jek. Amik kau.. baik2 before 1 hr boleh sampai.. ni dah sampai waktu berbuka kami baru sampai kat Taman Saujana Kota Tinggi.. jauh lagi nak sampai umah mama. Tina masa tu tengah lena tido kat pangku mama. Kami berbuka air mineral jek la.. sabo je..

Dekat kul 8 batu kami sampai umah mama.. Tina mak amik..terus jek kami makan dulu..lapar beb..

Malam tu tak buat pape pun sebab mak biasanya masak awal pagi raya. So malam tu bakar kek aje.. 6 biji ke 8 biji.. penuh satu rumah bau kek..hehehe.. Jiran sebelah kanan dah tak de..balik muar. Jiran sebelah kiri riuh dengan anak-anak dia yang baru sampai.. pam pum pam pum main mercun. Sudahnya Tina tak nak turun dari dukung. Dia memang takut dengan segala jenis mercun, bunga api dan menda-menda yang berapi lah senang cite. Dengan lighter pun takut.

Mama sebenarnya kan 2 beradik jek. Adik mama bertugas kat Bagan Serai, Perak .. tak dapat balik raya tahun ni. Cuti kena tarik. 2 ke 3 ari sebelum raya dah telefon kat mak n abah .. dia dah sedih dah..tak boleh nak bagitau dia tak dapat balik raya. Mama pun sedih gak tapi control je..tu puns ebab mama tak dengar suara dia..kalu dengar sure nangis gak. Mama tengok mak n abah dah nangis...wah.. ni kena wat keje lain ni.. kang terlibat pulak.. Mama tinggalkan abah mama n mak layan perasaan. Ye la.. setahun sekali jek dapat jumpa dia...dah la ada adik sorang jek..jauh lak tu..

Abah, husbandku yang tersayang tu.. sakit tekak..demam..panas.. dan tak boleh makan. Bila nak telan makanan tekak sakit. Alahai..tapi masih dapat puasa pada hari yang terakhir. Berbuka hari last tu..abah dah teruk jugak. Badan dia panas giler..agaknya lebih 40 darjah celcius.. tapi tak nak gi klinik. Takut kena kuarantin..

Malam tu pun abah dah tak sihat.. sian sangat tengok tapi mama pun tak tau nak wat pe. Tolong picit kepala n sapu minyak jek..



Hari Raya Pertama 2009


Tahun ni abah tak dapat pegi sembahyang raya. Kronik jugak dia panas sampai tak boleh berdiri. Masih ada ati nak gi tu.. mama tak kasi..kang pengsan kang sape pulak nak mengangkat..bukannya ringan..

Makan pun abah tak boleh.. sian dia..suka sangat makan..yela..raya kan..tapi semua menda berempah dan pedas tak boleh masuk tekak..kata abah pedas makanan buat kepala macam nak pecah sebab tekak terlalu sakit. So abah makan nasi impit dengan kuah lodeh je. Kami-kami ni makan la dengan seronoknya..yela..orang tak sakit kan. Tina pun sama..makan jugak dengan kenyangnya. Sampai dia dah kata.. nyenyang ma..

Dalam pukul 11 pagi macam tu..mama tanya abah boleh tak kita beraya? Larat tak? Abah kata boleh tapi tak nak drive sebab kepala masih pening. Kami siap-siap dan abah mama yang bawak kereta. Kami gi rumah kakak dan abang abah mama kat kg. Sepak hulu, pergi rumah mak long (kakak mak) kat kg. Temenin lama dan last sekali pergi rumah seorang pakcik.. kat situ-situ jugak la.. Yang lain tu adik-adik je..mak n abah tunggu diorang datang rumah.

Rasanya tu je agenda raya rumah mama.. teringat arwah nenek, arwah atuk, arwah acik marina dan arwah pak teh. Ramai dah tak de raya ni. Teringat segala kenangan dengan mereka.. mama masih simpan baju kurung batik tulis tangan warna hijau pucuk pisang yang arwah acik marina pesan suruh kasi kat mama sebelum dia meninggal. Baju tu memang cantik. Mama pernah tegur masa arwah pakai dulu. Tak sangka dia nak wasiat baju tu kat mama. Bukan murah baju tu..

Bila teringat semua orang yang dah tak de..rasa sedih.. Raya ni dah banyak kekurangannya. Mama dah tak rasa nak raya.. cuma seronok untuk Tina yang baru nak seronok sambut raya. In fact mama n abah tak beli baju baru pun. Abah pakai baju konvo diploma dia warna hitam, mama pakai baju 2 tahun lepas yang tak sempat pakai sebab mengandungkan Tina, cuma Tina je yang berbaju kurung baru ..mama buat.



Abah, tengahari raya pertama. Nampak macam ok tapi muka 'tempe' jek


Tina dengan mak mama.. Ni la baju kurung Tina yang mama buat..


Susah nak amik gambar dia pakai baju kurung ni..



Gambar mama mana? Hahaha... next post ye..sekali dengan gambar kami sekeluarga. Gambar raya 2009 family mama, tunggu adik mama balik dulu dengan family dia. Baru seronok amik gambar.. continue to the next post..tunggu!

4 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

wah..mcm byk jek sha jahitkan bj utk tina..untung pndai jahit sndiri ni kan..=)

sian abah tina sakit wktu raya. rugi tk dpt makan puas2..hehe

mamapp said...

budak2 mmg susah nk amik gambo diorang.. xleh duk diam..same cam syafi

Sha@Mama TinaAzra said...

Lily - tak de lah..untuk raya ni sehelai je baju kurung. Dia bukannya nak pakai sangat..

Hehehe..betul betul betul..abah memang rugi sebab sakit tekak..

Adda - Memang la..payah nak dapat pose yang cantik..

MeRy said...

Sad to hear tat your husband is not feeling well during Hari Raya.
Hope he is Ok now.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...