"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Saturday, October 31, 2009

MY FUNNIEST BABY CONTEST

Hmm.. contest lagi ye..banyak betul contest sekarang nih...tak pe-tak pe..jom cuba..


Tajuk : MY FUNNIEST BABY CONTEST


BerMula : 20 Oktober hingga 13 November 2009 (12.00 tengahari)


Berumur : 1 bulan hingga 3 tahun


Kategori A : baby gurlKategori


B : baby boy



Hadiah :


-1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategoriSponser dari Babyumishop


- 1 helai baju baby bagi setiap kategori Sponser dari IT @ RLiiT'S Beutique & Beauty Centre


Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah


- 1 Diaper StackerSponsor dari Moms&babyshop



Syarat Penyertaan:
- Jadi Follower Umidanish dan sponsor2 serta add Umidanish dalam bloglist anda


- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini


- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda


- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish.


- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke Umidanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified)



Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)
Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (
http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)
Sponser 3 : Moms&babyshop (
http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)



- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.- Hanya satu sahaja pemenang bagi setiap kategori, jadi pastikan anda meletakkan satu gambar baby anda yang memiliki aksi lucu paling cutes.


- Semua penyertaan akan diadili oleh parajuri yang akan dilantik oleh umidanish sendiri.


Hadiah pilihan untuk peserta bertuah akan dicabut oleh baby danish sendiri.. Hadiah ini untuk selain pemenang kategori A dan B.
Selamat Bercontest..


*************************************************


Pic untuk contest kali ini ialah...


NUR AIN QISTINA BINTI MOHD NOOR HISHAM


2 TAHUN

Mama pun pergi jugak ziarah blog-blog yang jadi sponsor contest umidanish nih. Ini info-info yang blogger lain patut tau tentang blog-blog diorang nih :

BabyUmiShop - Menawarkan pembelian secara online untuk CD (cloth diaper ), diaper stacker,breastfeeding gadjet, tupperware malahan Bio Aura punya penapis air pun ada sekali. Tak percaya gi tengok sendiri kat sini

Moms And Baby Shop - Juga ada menawarkan CD jugak..untuk lebih pilihan la kan..ada jugak produk Jusmate 5 untuk ibu-ibu melangsingkan badan..hehehe...padanan yang bagus la. Bijak Moms And Baby Shop nih

IT @ RLiiT'S Boutique & Beauty Centre - Menawarkan pakaian wanita dan kanak-kanak dari butik dengan harga yang berpatutan malah mereka juga ada menawarkan produk penjagaan kesihatan. Procuk ECPI berserta segala penerangan ada disediakan untuk dibaca.. hmm.. sila singgah kesana ye

P/S: mintak maaf ye umidanish..blog saya ni dah di'disable right click' kan..kalau gambar contest diperlukan tinggalkan note dalam shoutbox atau komen ye..mintak ampun byk2...


Friday, October 30, 2009

Kraft Singles Hi-Calcium Cheese The Story..

Lately, mama terperasan yang Tina sudah mula menunjukkan minat untuk makan cheese especially bila kami keluar makan kat Mc Donalds. Mama kan mesti makan Double Cheese Burger..so Tina akan excited nak cuit-cuit cheese yang terkeluar-keluar tu. Amik masuk mulut dan kata 'hmm..sedapnya'

So, bila kami keluar beli groceries last week, kami sama-sama sepakat nak belikan dia Kraft Singles ni. Lagipun mama dah selalu tengok rancangan kraft singles kitchen kat tv3. Mama rasa kraft singles ni better than the other cheese. ..tak mahal sangat pun. Untuk 1 paket ni..tak habis RM10



si comel sedang menikmati cheese. Sibuk sangat dia nak makan mcm tu je. Mama takut dia loya jek..sebab sebelum ni dia memang refuse kalau kami suapkan dia cheese


After few minutes..banyak jugak dia makan



Breakfast Roti Telur & Cheese






As for breakfast hari ni, Tina sibuk nak bukak peti ais lagi. Bila mama dah bukak kan pintu peti ais, dia ambik plastik kraft singles dan roti so mama yang tak pernah wat breakfast cheese nih pun cuba je la buat roti telur tapi kat dalam dia mama letak la kraft singles tu sekeping. Masak kat kuali sampai telur tu cukup masak.. potong-potong masuk mangkuk dan bagi Tina makan. Just look at her reactions..dia suka sungguh. Berselera dia makan.

Bila roti dah sejuk..mula la dia bukak lipatan roti dan ambik cheese sahaja! Hish..addicted to cheese dah dia nih.. at least ok la sebab calci-yum Tina tak lalu nak telan...susu-susu kotak pun dia tak mahu minum. And mama harap dia dapat kalsium dari kraft singles cheese nih la..

And mama harap sangat satu hari nanti mama dapat cuba resepi yang ada kat kraft singles kitchen tu. Macam sedap-sedap belaka. Since Tina dah nak makan cheese nih..mama ada la peluang nak cuba bakat..hehehe...

2 Star Letter Again In Drypers Parenting Circle & Cerita Gelang Kaki Emas Tina Yang Hilang..

Hehehe...hmmm...nak senyum jek nih. Why? Ha..coz of 2 things :

Mama dapat call dari SCA Drypers lagi petang tadi. Kali ini mama dapat 2 star letter. Ok la tu kan. Biasalah, wakil syarikat tu call sebab nak confirmkan saiz diaper. Awal-awal call dia dah gelak-gelak sambil bagitau.."Puan..kali ni puan dapat star letter lagi"....

Mama tau dah sebab mama dah terima parenting circle tu semalam. Huh! berbunga-bunga hatiku tengok nama terpampang dalam tu..seronok giler..

Dan yang kedua..My SIL bagitau yang dia dah jumpa gelang kaki emas Tina yang hilang beberapa bulan lalu. Mama mati-mati idup ingat gelang tu hilang kat C4 sutera..rupanya terjatuh kat celah sofa rumah my SIL jek.. rezeki halal kat orang kan..jumpa balik. Ye la..bagi org yang kureng mewah macam mama ni..gelang kaki tu mahal harganya. Lagipun gelang tu mama beli masa keje dulu. Harganya tak seberapa tapi..nilainya yang sangat mahal..


So, petang tadi My SIL bagitau dah jumpa dan dia pakaikan dulu kat kaki anak dia..takut lupa letak mana. Hmm..penat gak mama mencari luar dalam rumah ni. Sampai ke halaman mama jalan..tak jugak jumpa. Actually mama mimpi jumpa semula gelang tu dah 2 kali..2 malam la maknanya. Yang semalam mama terjaga kul 3 pagi sebab mimpi gelang tu. Siangnya mama bangun awal..cari lagi satu rumah sampai laman..tak jumpa jugak..rupanya..org lain yang nak jumpakan..Alhamdulillah je la yg dapat mama ucapkan..

So..tunggulah hadiahnya ya!

Wednesday, October 28, 2009

Zhaneez-Craft Giveaway

Wah..kali ni mama nak join satu giveaway lagi. Terjumpa kat blog fawa, dan giveaway kali ni dilancarkan oleh Zhaneez-Craft. Memang sangat la kreatif..


Dan kepada sesiapa yang nak join giveaway ni jugak, jom tengok segala pesanan penaja berserta syarat-syarat giveaway disini

Monday, October 26, 2009

Aktiviti Hujung Minggu - Gardening!

Last weekend.. mama akhirnya berpeluang ber'gardening'...huhuhu...seronok sangat. Mak & abah mama datang dari kota tinggi nak tengok Tina..so mama ada chance pergi laman. Banyak benda sebenarnya mama nak buat tapi tak sempat.


Ni menda paling kreatif mama wat minggu ni. Deko dalam singki terpakai.. sian lak singki ni terlungkup sana..terlungkup sini..amik je la wat deko car porch ku itu! Ok tak..ok tak.. then mama baru jek first time tanam bunga ros. Ni special request by abah..nak suh mama tanam ros banyak-banyak..abah suka. Slow-slow eh abah..mama akan cuba memenuhi request abah tu..suka tengok abah happy..



Dan ini ialah deretan pokok bunga 'sundal malam'.. ala bunga pontianak harum sundal malam tu. Tapi mama punya collection ni masih belum berbunga lagi. Coming soon agaknya.. mak mama kata, area yang dekat kelapa tu macam dah ready nak berbunga. Mama pun seronok giler la dengar. Lagi tambah semangat nak jaga bunga ni baik-baik

Dan bahagian belakang sundal malam tu adalah cactus collection. Ni memang mama punya passion. Suka sangat dengan cactus..banyak dah mama biakkan bagi orang..tak jual..bagi jek. And mama still looking forward cactus yang lain jenis pulak..



Nampak tak ada banyak polibeg tu..mak mama bawakkan anak-anak pokok ros. Lom sempat tanam sebab tanah hitam dah habis. Dalam pasu biru tu pulak bunga melur. Suka bau dia yang wangi masuk dalam rumah. Mama beli anak dia baru RM3 jek sebab budak yang jaga nursery tu dah kenal sangat dengan mama & kakak ipar mama. Asyik muka kami je membelek bunga dan pasu kat situ. Kami dapat harga murah la kat situ dari tempat lain..

Gambar ini adalah koleksi bunga yang sedang dalam proses pemulihan. Sebab serangan semut..dalam pada tu sempat jugak menanam tunggul daun sup beberapa minggu lalu..dah berdaun dah pun. Nampak tak kat mana?...

Mama seronok sangat dapat 'berjumpa' dengan bunga-bunga dan pokok-pokok mama. Mama baru nak belajar menanam ni, selama ni tolong mak mama jaga pokok jek. Sesiapa yang ada minat sama..jom kongsi..

Friday, October 23, 2009

Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham Di Usia 2 Tahun

Mama belum sempat lagi cerita pasal Tina sempena birthday dia yang ke-2 tahun ni kan. Ok sekarang kita cerita pasal Tina ye...



~ 2 minggu sebelum genap 2 tahun Tina dah mula sukakan vcd barney & sesame street yang mama n abah beli kurun-kurun dulu. Kalau dulu dia tengok pun tak nak, tapi sekarang pantang nampak gambar barney..asyik nak tengok cd je la. Menyanyi-nyanyi ntah apa-apa.. lompat-lompat, hentak-hentak kaki ..macam-macam lah aktiviti dia.



~ Percakapannya dah semakin jelas. Dah semakin banyak perkataan yang boleh mama & abah faham. So, senang sket nak tau apa Tina bebelkan. Dan dia dah mula bercakap ayat yang ringkas seperti ; mama nak mamam, nak susu, nak minum air...



~ Dah pandai nak pakai compact powder mama, perfume dan lip balm kalau siap-siap nak keluar. Tau je dia perfume tu wangi. Dia akan cakap ; pakai wanging. Oh ye, dia tau fungsi roll on jugak. Suka tenyeh roll on kat ketiak dia tak kiralah botol roll-on tu bukak ke tutup..janji tenyeh..



~ Ha! this one sangat menyenangkan hati mama... Tina dah nak makan dan minum susu semula. Selera dia baru je nak elok.. tapi selsema belum baik-baik jugak..batuk dah sangat kurang. sekali sehari pun susah..



~Tina masih suka duduk makan dalam baby chair dia. Sebab dia boleh tengok tv sambil makan..



~ Dah pandai merajuk kalau kena marah. Selalunya mama la yang marah..hehehe... kalau marah jek, aotomatik tina akan terus peluk mama sambil nangis. Bila mama kata 'sorry' dia pun kata 'soyi' kat mama jugak. Tu yang kenkadang rasa bersalah marah kat dia..tapi kenkadang geram bila dia tak nak dengar cakap.



~ Dah boleh diajar mengemas buku dan permainan dia sendiri. Tak de la kemas pun..masukkan balik dalam drawer je..at least she know..apa tu kemas



~ Boleh mengira 1 hingga 5 dengan jelas. Kira dengan jari kekadang miss lagi. So far mama lom tunjuk dia nombor dan sebut.. mungkin dah boleh la ni..


~ Dah pandai mengajuk dialog upin ipin geng yang ini.. 'atuk ooo atuk', 'kita da sesyat', 'betui betui', 'jatuh jatuh ..(sambil lompat-lompat). Tina tau yg mana rajoo, sappy, atuk, dan yang paling favourite..opek..dia memang kenal sangat


~ Kekadang confuse kambing dengan kuda..


~ Dah cuba-cuba nak pakai seluar dan baju sendiri tapi selalu je terbalik. Baju pakai kat kaki, seluar sarung kat kepala. Apa-apa la nak... nanti mama ajar lagi ye

~ Bila nak bukak baju untuk mandi..Tina mesti kata... 'oyak' (koyak). Orang kata bukak..dia nak gak kata koyak..

~Pantang nampak character upin ipin dan opek dimana-mana. Nampak je dia. .

~Ada banyak koleksi selipar nyet-nyet, kasut dan sandal. Ala..mama & abah dia yg lebih-lebih selalunya..hehehe

~ Masih takut dengan cicak, lipas dan rama-rama. Pendek kata segala menatang terbang-terbang dia takut la..

~Pandai tengok dan cari aeroplane kat langit..tapi dia mesti sebut ' opem' .. malam pun dia leh nampak gak..


Itulah dia serba sedikit tentang puteri kami yang cumei nih.. Kepada yang wish..terima kasih bagi pihak Tina. Kepada yg mengirim hadiah..terima kasih. Mama akan buatkan satu n3 nanti ye..tengah dalam proses...
We Love You Tina!

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Dalam kegembiraan dan kesyukuran menyambut hari lahir Tina yang ke-2 tahun ni, mama nak join contest lagi.. dan contest kali ni ialah anjuran SMILEYKIDZ



Hadiah yang ditawarkan adalah:
Pemenang Utama x 1 org:
Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik
~
******************
Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


So apa tunggu lagi???
Sertai online contest ini sekarang. :)



Online contest ini di buka dari tarikh:
15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.



Cara2 penyertaan?

*Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
*Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
*Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
*Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
*Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
*Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
*AMARAN: no link back will be disqualified
*Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.



Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:


Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:



*Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
*Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
*Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
*Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
*Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
*Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
*Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
*SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
*SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
*Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira



****************************************


Inilah gambar Tina untuk contest kali ni..

Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham

2 Tahun


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

~~~~~~~ Contest End ~~~~~~~

Siap akhirnya..dengan error code punya problem la tadi..isy macam-macam halangan. Anyway thanks to SMILEYKIDZ kerana menganjurkan contest dengan hadiah yang sangat menarik ini. FYI Blog mama ni dah disable right click. Jika gambar contest ini diperlukan untuk dicopy, email mama disini

Thursday, October 22, 2009

Birthday Celebration For The 3 Of Us

Celebration birthday Tina tahun ini private untuk kami bertiga sahaja. Sengaja .. minta maaf ye yang lain..
Tempat : Old Town White Coffee, Jusco Taman Universiti
Aktiviti : Makan-makan bersama Tina

Photo Frames. Snow Flake Heart



Photo Frames. Gift Boxes

Photo Frames. Gift Boxes

Photo Frames. Red Boxes

Photo Frames. Red Boxes

Photo Frames. Gift Boxes

Photo Frames. Gift Boxes

Photo Frames. Gift Boxes




Happy 2nd Birthday My Princess..



<>

Click to play this Smilebox scrapbook: My Little Angel

Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Make a Smilebox scrapbook

Tina sayang.. Have a wonderful birthday. Mama & abah doakan Tina sentiasa dilindungi ALLAH, sentiasa sihat, cergas, gembira dan bahagia disamping mama & abah. Mama & Abah sayang sangat kat Tina tau sayang! We will love you alwayz & forever ...

Wednesday, October 21, 2009

Countdown to Tina's 2nd Birthday

kek apa yang sesuai untuk Tina ek?
kalau hanya nak bonding for the 3 uf us..mana nak gi ek?
hmm...still got time to think and decide...
think.. think... think....

Tuesday, October 20, 2009

Kegusaran Dihati Mama..

Actually mama menulis hari ini untuk meluahkan kegusaran dihatiku ini la.. kenapa? Ni masalah tahap dewa gak la nih. Sejak demam minggu lalu..hingga lah ke hari ni..(memandangkan Tina lom lagi baik betul) ... dia sangat-sangat lah kurang menyusu.. Isy.. risau tau..

Biasanya Tina minum susu 6oz hingga 6 ke 7 botol sehari semalam tapi sejak minggu lepas..dia cuma nak minum 4oz kurang 4 kali sehari..dan the worst thing is ..kadang-kadang..4oz tu pun tak boleh habis! ... Haiyo... macam mana ni...apa dah jadi kat anak aku ni...

Dah la selera makan dia kalau doktor chum cakap..'tak bagus sangat' ..kadang-kadang susah nak bagi dia makan..dan terbaru..tak nak minum susu pulak...mama dah penat fikir.. apa agaknya yang dia nak makan..nak minum dengan banyak. Tapi memang tak ada pun.. semuanya moderate jek..

Badan pun dah makin susut..takkan lah dah nak berhenti menyusu kot? Oh..NO NO NO ... Tina masih memerlukan susu la sayang.. Please...apa nak buat ni...

Tadi mama dah call mak mama..mintak pendapat. Mak mama kata cuba campurkan susu dengan sedikit milo supaya rasa dan warnanya berubah.. masalahnya..boleh ke wat macam tu.. sihat ke wat macam tu... aih...kusut la kepala...

Mungkin jugak Tina masih kehilangan selera makan dan menyusu kerana demam sebab mama dan mak mama yang demam pun terasa macam tu..tak ada nafsu nak makan apa-apa. Kalau paksa-paksa jugak makan nasi..boleh muntah dibuatnya. So, thats why mama rasa Tina macam tu sebab dia kan lom sembuh lagi ek..

Atau mungkin jugak Tina jemu dengan susu yang sekarang diminum..dia agaknya nak minum susu berperisa ke pe? Aduh...

Kepada rakan-rakan blogger mama yang ada pengalaman..kongsi dengan mama jom..risau la. Bagi la apa-apa pendapat ke.. apa benda pun tak pe la.. at least I have something to read to fill my blank mind.. memang risau giler nih..tolong...sape boleh tolong saya....!!!

My Giveaway & My Dressing Barn Contest Giveaway


############################################

Contest lagi!! Kali ni mama nak join jugak la My Giveaway & My Dressing Barn Contest Giveaway yang dianjurkan oleh My Giveaway and My Dressing Barn dengan tarikh tutup pada 31 Oktober 2009 ini..

Hadiah adalah tajaan dari My Dressing Barn
berupa Victoria's Secret Cosmetic Pouch bernilai RM59.90
Menarik Sangat kan!

Menjelajah ke blog My Dressing Barn begitu mengujakan sekali..sungguh! Item-item disana sangatlah menarik. Kalau tak percaya pergilah tengok sendiri...

Antara yang sangat menarik adalah :


Brand : GUESS

Desc :
Beautiful GUESS Heart NecklaceComes with the GUESS "?" Logo in diamante
PRICE : RM99.90
PWP Price : RM89.90
STATUS : AVAILABLE


Brand : Victoria's Secret

Type : The Classic Bag

PRICE : RM169.90 - SOLD

TOTALLY SOLD OUT in VS STORES in USA - VERY HARD TO FIND!!

Also saw other selling at RM200++ for the same bag!!





Desc :A lovely wallet with lots of compartment... now don't we ladies have that many cards !! Hehehe.

Origin : Bought in USA :)

Price : Rm59.90

OFFER RM49.90


Berminat? Nak order? Senang je.. email mydressingbarn@gmail.com

sebab.. ini janji mereka kepada pelanggan..

*** Here at My Dressing Barn .. WE PRIDE OURSELVES for selling only ORIGINAL & AUTHENTIC BRANDED items ***

############################################

Monday, October 19, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Hehehe..tak padan dengan demam..nak jugak join contest lagi. Harap-harap ada rezeki lah kali ni...


Contest ini sebenarnya dianjurkan oleh orked aka mama Nur Aqilah Insyirah sempena ulangtahun pertama puterinya pada 23 Oktober ini.

Syarat Penyertaan
• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda - ok
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun - ok
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - ok
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker - ok
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk) - ok
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - ok
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - ok

Contest bermula dari 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009


3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.


Hadiah menarik dan istimewa akan diterima oleh pemenang



*****************************************************

Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham
2 Tahun - on 22 Oktober 2009

Gambar Tina berada dalam walker ni diambil pada 27 April 2008 iaitu pada usia Tina 6 bulan. Kami telah pun membelikan Tina walker ini seawal usianya 4 bulan lagi. Dan walker ini pun tidaklah semahal mana, cuma berharga kurang RM100. Kami telah cuba meletakkan Tina pertama kalinya didalam walker ini pada usianya 4 bulan lebih kerana menurut pengamatan kami Tina lebih suka berdiri dan didirikan.

Pada masa tu, kami meletakkan bantal kecil dihadapan dan belakangnya untuk menyokong tubuh badannya yang masih belum mampu duduk dengan sempurna.Walaupun melalui pembacaan mama, baby boleh diletakkan didalam walker hanya setelah baby boleh duduk dengan sempurna tetapi mama & abah percaya yang Tina memang mahu didudukkan didalam walker. Ianya terbukti apabila Tina boleh menolak walker mengundur sedepa kebelakang dalam masa beberapa hari sahaja. Dan dia kelihatan sangat gembira dapat bergerak berbanding berbaring dan bergolek.

Kami cuma letakkan Tina didalam walker apabila dia sudah bosan terbaring, merangkak dan bergolek. Kurang 10 minit pada satu-satu sessi. Cukuplah untuk melatih ototnya..

Perasan tak bahagian hadapan walker tiada permainan? Ha..sebenarnya ada tapi kami dah tanggalkan kerana permainannya adalah berupa sebuah stereng kapal angkasa yang diperbuat dari plastik berserta butang untuk menekan bunyi-bunyian. Kami tanggalkan pada awal pembelian lagi kerana bimbang Tina akan terhantuk padanya memandangkan dia belum tegap. Tetapi kami pasangkannya semula selepas gambar ini diambil. Pada waktu ini Tina sudah pandai memicit hon pada stereng, memutar stereng ke kiri dan kanan dan pada masa yang sama menekan butang untuk bunyian. Kami memilih untuk mengurangkan risiko. Plastik pun, jika terhantuk pada dahi atau mulutnya yang sangat lembut tu..tentu berdarah nanti..

Mengikut pengalaman dan pembacaan mama, walker adalah pilihan terbaik bagi :

@Melatih otot kaki baby, kerana baby boleh memijak dengan tapak kaki, menendang kehadapan dan kebelakang untuk menggerakkan walker. Melatih otot tangan dan bahu untuk menyeimbangkan kedudukan didalam walker

@Walker dapat mengurangkan kebosanan baby kerana berbaring dan bergolek sahaja. Dengan walker baby dapat duduk dan melihat keadaan disekelilingnya

@Membantu mengurangkan aktiviti mengutip apa sahaja benda diatas lantai. tetapi AWAS ada baby yang boleh mengutip menggunakan kakinya sahaja meskipun dia berada diatas walker! Jangan Tak Percaya!

@ Permainan yang ada diatas permukaan walker dapat merangsang deria dan saraf baby. Permainan yang berwarna terang dan berbunyi ini akan menarik perhatian baby meneroka sesuatu yang baru setiap hari. Baby akan belajar secara tidak langsung diatas walkernya

Keburukan walker yang dapat mama lihat sepanjang penggunaannya :

> Terdapat walker yang sangat ringan dan senang terbalik bila-bila masa sahaja. Ini sangat merbahaya kerana ianya boleh mengakibatkan kecederaan yang serius.

>Dengan walker, baby boleh bergerak hampir kemana sahaja dan kadangkala dapat mencapai apa yang tidak sepatutnya. Contohnya; alas meja makan, perhiasan diatas console table. Ini juga berbahaya jika diatas meja ada apa-apa sajian panas @ pedas @ menggunakan pinggan mangkuk kaca..

>Baby boleh memanjat melalui walker. Tak Percaya? Tina pernah memanjat keluar dari walker dan berpaut pada kusyen untuk menolak badannya keluar dari walker sekaligus memanjat kusyen kayu patern lama dan bertepuk tangan apabila berjaya duduk diatas kusyennya! Apa akan terjadi sekiranya dia jatuh tertiarap atau dagunya terhantuk pada kayu kusyen? ..Bahaya kan...

Jadi, nasihat kami kepada para ibu bapa sekelian, sekiranya ingin membeli walker buat baby anda tolonglah fikirkan dan kaji baik buruk sesuatu walker yang anda pilih. Harga dan jenama bukan ukuran keselamatan. Dan pada ketika anda meletakkan baby didalam walker, janganlah leka. sesaat anda terleka anda boleh menyesal seumur hidup.

**************************************************
Okey..siap dah entri mama..

Sunday, October 18, 2009

Tina Semakin Sembuh, Mama & Abah Pulak Tak Sihat...

Macam lama je mama tak update blog. Ye la..on my last post Tina tak sihat. Batuk dan selsema. Ingat cerita kat post lepas yang mama nak bawak Tina gi jumpa kawan abah mama tu? .. Ha.. kita sambung cerita disini..

Hari rabu lepas, abah tak jadi meeting so kami balik kota tinggi. Pergi dengan mak & abah mama sekali, jumpa orang yang nak ubatkan Tina tu. Sampai kat sana elok2 lepas asar. Atuk tu tengah duduk-duduk kat buaian berbual-bual dengan jiran-jiran dia. Tapi dia dah tahu abah mama nak datang.

Masa dia tengok muka Tina je dia kata 'budak ni macam tetegur, nanti kita tengok'. So dia pun ambik kunyit dengan pisau.. sekejap lagi dia datang dia calitkan kunyit dekat dahi lengan dan kaki Tina. Dia cakap kat mak mama, 'budak ni tetegur kuat. Sebab tu seluruh badan dia nampak pucat'. Agaknya la kan..kita ni manalah tau. Then dia datang lagi bawak air masak dalam gelas suh tina minum. Masa ni abah & abah mama pergi kedai cari gula batu...

Bila dah dapat gula batu, dia terus jampi sket then bagitau kami supaya cari buah petola yang sedang-sedang besar, belah sikit kuarkan isinya then filled it dengan sedikit gula batu yang dihancurkan. Kemudian petola tu nak di bakar dengan api dari arang sampai berair. Sejukkan dan diperah. Airnya untuk diminumkan pada Tina.

Tujuannya supaya segala lendir-lendir dan kahak yang tersangkut dapat dikeluarkan melalui najis. Dan Atuk ni berpesan supaya jangan biarkan Tina batuk lama-lama, terlalu lama kahak tersekat boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair yang sukar diubati.


Balik rumah je kami pun cepat-cepat buat dan bagi Tina minum. Malam tu jugak kami balik ke JB sebab esoknya abah last sekolah. Sampai kat rumah Tina muntah kahak dan lendir 2 kali. Dan kemudiannya dia tidur dengan lena.

So, esoknya Tina bangun dengan agak ceria. Dah nak main-main dan membebel-bebel. Isy..mama pulak yang sakit kepala, rasa loya dan nak buang air jek.. bila mama telefon mak mama, sama jugak.. mak dan abah mama dah demam selsema malam tadi jugak (sebaik kami balik, diorang mula rasa hidung tersumbat..nak selsema)

Dan untuk hari khamis tu je..mama rasa mama masuk toilet lebih 20 kali..muntah-muntah dan cirit-birit sekali jalan.. aduh..macam nak terbalik dunia.

Hari ni pun mama masih selsema..tak baik lagi. Abah pulak cirit-birit dan rasa loya sejak pagi tadi. Hmmm...berganti-ganti sakit..

Anyway batuk & selsema Tina pun lom baik betul, mama selsema dan abah sakit perut..hmmm...kena la tu..tiga-tiga beranak sakit..

Kepada kawan-kawan yang sudi komen kat post Tina sakit tu.. terima kasih atas keprihatinan anda.. doakan kami sekeluarga kembali sihat ye.. Insya'Allah...

13/10/2009

Video ni mama rakam masa Tina demam, selsema & batuk. Dia akan leka main handphone, tengok cd upin ipin tapi bila asyik batuk je dia akan marah sebab batuk susah nak berhenti. Dengar bunyi batuk dia ...memang agak dashat la..macam ni la dia..baring je..golek sana golek sini..tu yang tak sampai hati nak simpan tilam. Bila mengantuk dia akan tidur sendiri sebab penat sangat batuk..siannya anak mama...


14/10/2009

Video yang ini pulak mama rakam masa hari rabu lepas. Tina dah nampak sihat. Baru nak main-main. Petang ni la kami bawak dia balik kota tinggi berubat.. Tengok la..kalau terasa sihat je..telatah dia menghiburkan. Mana la mama tak sedih tengok dia melepek sakit..

Wednesday, October 14, 2009

Batuk Tina Semakin Teruk - Tell me what should I do. I cant stand see her like that..

Start balik dari rumah mak, Tina mula batuk. Awalnya ok lagi tapi menjelang tengah malam batuk menjadi semakin teruk. Mama cuba bagi Tina ubat batuk dia yang biasa tu tapi nampaknya tak memberi kesan.

Isnin pagi, celik je mata Tina mula batuk tak berhenti-henti sampai lembik tak bertenaga untuk bangun. Tak dapat nak mama gambarkan betapa teruknya batuk Tina. Bayangkanlah Tina batuk hingga tertidur keletihan. Bila mama check kad klinik..alamak.. hari isnin sampai pukul 1 petang je. Dah tak sempat nak pergi sebab abah balik pukul 3 petang.

Isnin malam, setiap kali batuk Tina akan muntahkan kahak & lendir yang agak banyak. Ya Allah mama tak dapat nak bagitau macam mana perasaan mama ni tengok Tina menderita nak muntahkan kahak yang tak nak keluar. Menggigil-gigil peluk mama kuat-kuat sebab susah nak batuk. Nak menitik air mata melihat anak kesayangan sangat menderita. kalau boleh biarlah mama yang tanggung sakit..bukan Tina. Anak mama terlalu kecil untuk kesakitan macam ni. Apalah yang boleh mama buat... mama dah buntu idea untuk membantu.. Ya Allah.. ringankan kesakitan ini...

Selasa, pagi mama siap-siap bawak Tina jumpa doktor chum. Kakak ipar mama tolong hantarkan. Doktor kata tekak tina bengkak sebab tu dia batuk tak nak berhenti. Doktor bagi ubat demam, selsema, batuk & antibiotik. Doktor jugak pesan supaya jauhkan makanan & minuman yang berfungsi menyejukkan badan seperti 100 plus, soya & barli, semua yang berasaskan kacang & kelapa serta buah-buahan bersifat sejuk seperti anggur. Mungkin mama tak patut bagi Tina anggur. Memang last week mama ada kasi Tina anggur kat rumah mak tapi sikit je pun. Tak sampai 5 biji. Mama tak tahu..maafkan mama sayang..

Selasa malam.. sekarang ni pukul 1:47 pagi tapi mama still tak dapat lelapkan mata sebab Tina tak tidur lena. Asyik terjaga kerana batuk. Hati yang sebak ni mama tahankan. Sekarang ni Tina tidur kat depan tv means dari depan pc ni mama dapat tengok dia dengan jelas. Tadi dia merengek dan bergolek-golek. Mama bukak kan ayat kursi dari handphone, dia dah tidur semula.

Tadi abah mama call tanya pasal Tina. Dia ajak mama balik kampung sebab dia nak ajak mama pergi rumah kawan dia sebab kata abah mama, perasaan dia tak enak.. sepertinya Tina bukan sekadar batuk biasa. Wallahuaklam.. kata abah mama, ubat dah makan 5 hari tapi tak berkesan sangat.. kita cuba cara lain pulak.. mama ikut aje asalkan Tina sembuh cepat. Harap-harap itu cuma perasaan abah mama jek..

Ibu mana sanggup tengok anak dia dalam kesakitan.. mama isi air zam zam dalam botol susu tina sambil berdoa.. Ya Allah..jadikanlah ini ubat untuk anakku. Kasihanilah dia. Mama bagi Tina minum.


Kalau mama tak update apa-apa tentang Tina esok maknanya mama balik kampung ubatkan Tina. Dear blogging mummy.. please pray for my girl so that she can smile, dancing and mumbling again. I really miss that this few days. Only if I can take all sickness.. I will do it for her....

Contest Wansteddy : Love Teddy Bear

Hehehe..masa jalan-jalan kat blog Ummi Zahra, mama terpandang satu contest. Hmm..tengah rajin ni baik la join untuk mencuba nasib..




Syarat-syarat wansteddy contest....


1. Jadi follower wansteddy. - ok

2. Taruk link blog wansteddy kat bloglist anda. - ok

3. Tepek banner contest wansteddy kat sidebar blog anda. - ok

4. Sediakan satu n3 yang bertajuk contest wansteddy: love teddy bear. - ok

5. Adakah anda meminati teddy bear? Berikan jawapan ya atau tidak. - tentulah ya

6. Tepek gambar mana2 gambar anda atau ahli keluarga anda yang paling anda sukai. Tak kisah la gambar masa kecik mahupun gambar terkini. Pastikan gambarnya jelas. Anda dialu-alukan meletakkan gambar bersama teddy bear (tiada paksaan). - ok

7. Ceritakan kenapa anda sukakan gambar tersebut. - ok


Inilah gambar Tina yang ingin mama pertandingkan



Ini ialah gambar Nur Ain Qistina, puteri kesayangan mama & abah. Mama suka sangat gambar ni sebab dalam gambar ni Tina nampak sangat ceria dan gembira dikelilingi oleh timbunan koleksi teddy bear mama. Dah lama mama kumpul teddy bear dan kini semuanya diwariskan pada Tina la pulak..hehehe..

Dan dalam gambar ni jugak Tina beraksi spontan dengan gaya selamba yang amat comel. Lagipun gambar ni ceria kan.. ada banyak bright colour yang memeriahkan suasana..

Dalam banyak-banyak teddy bear tu, Tina suka sangat dengan seekor itik yang boleh mengeluarkan bunyi lagu 'old mc donald' versi itik bila ditepuk dikepalanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...