"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Friday, October 9, 2009

Setahun Sekali Bertemu... Apa Aktivitinya?

Khamis minggu lepas adik mama yang kat perak sekeluarga balik ke Johor selepas setahun tak balik. Adik mama ni anggota PDRM..selalu jek cuti dibekukan..tak dapat balik. Maklumlah..pangkat tak tinggi. Asyik kena buli jek dengan orang atasan.

Dia balik dengan isteri dan anak dia zulaikha. Si zulaikha ni umurnya setahun lebih tua dari Tina. Tapi dah nama sepupu kan..sekejap jek diorang pelik-pelik..lepas tu hmm..berlari-larian bersama-sama. Kali nih adik mama balik bawak kawan dia sekeluarga. Kawan dia nih kami dah kenal sejak dia mula bertugas kat perak lagi. Kawan baik dia lah ni..kitaorang panggil kawan dia nih panjang je..wife dia ida, anak dia lelaki 2 orang - abang long & tek mok (nama betul dia pe ntah..panggil tek mok senang)

Bila sesekali balik, mula la adik mama ni..macam-macam dia nak makan..menda-menda yang dia tak boleh dapat kat perak sana. Seronok la makan sama-sama..keluar jalan-jalan sama-sama..kerenah anak-anak sekelian..harap maklum je la. Kalau dah ada 4 orang budak..hmmm... sabar je la banyak-banyak..

Barbeque..ini aktiviti wajib sebab adik mama, si paksu ni cukup suka main api. Kalau balik Johor, tak sah kalau tak bakar ikan. Tu diorang sambil main mercun dan bunga api. Pam pom pam pom..macam orang perang

Masing-masing bukannya main bunga api yang kecik-kecik pulak tu..yang gedabak-gedabak..satu kampung bergegar bunyik dia.. tu tengah bakar mercun raya cina yang panjangnya lebih sedepa..aduhai sampah dia..punyalah banyak. Macam dah nak pekak telinga...

Tina, zulaikha, abang long & adiknya tek mok


Tina dan zulaikha kongsi naik bot sebab tina takut naik sorang..

Aksi pemandu bot yang ganazz..


Sempat gak diorang tido kat rumah mama 2 malam.Kami sempat keluar melayan Tina dan zulaikha main kat Jusco Bukit Indah, pas tu makan kat Bentara (tun aminah) tempat mama selalu makan lai chi kang dulu masa mengandungkan Tina. Lai chi kang diorang nih sedap la dari tempat lain.. Tina masa dalam perut dulu memilih sket..kat sini jek lai chi kang yang pass kat tekak dia agaknya..hehehe...ke mama yang demand.. :)

Ok ok...cukup untuk aktiviti sehingga malam ini. Dah tak de mood nak citer pasal raya dah..boring la..hmmm..nanti update lagi la ye..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...