"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Friday, October 23, 2009

Nur Ain Qistina Binti Mohd Noor Hisham Di Usia 2 Tahun

Mama belum sempat lagi cerita pasal Tina sempena birthday dia yang ke-2 tahun ni kan. Ok sekarang kita cerita pasal Tina ye...



~ 2 minggu sebelum genap 2 tahun Tina dah mula sukakan vcd barney & sesame street yang mama n abah beli kurun-kurun dulu. Kalau dulu dia tengok pun tak nak, tapi sekarang pantang nampak gambar barney..asyik nak tengok cd je la. Menyanyi-nyanyi ntah apa-apa.. lompat-lompat, hentak-hentak kaki ..macam-macam lah aktiviti dia.



~ Percakapannya dah semakin jelas. Dah semakin banyak perkataan yang boleh mama & abah faham. So, senang sket nak tau apa Tina bebelkan. Dan dia dah mula bercakap ayat yang ringkas seperti ; mama nak mamam, nak susu, nak minum air...



~ Dah pandai nak pakai compact powder mama, perfume dan lip balm kalau siap-siap nak keluar. Tau je dia perfume tu wangi. Dia akan cakap ; pakai wanging. Oh ye, dia tau fungsi roll on jugak. Suka tenyeh roll on kat ketiak dia tak kiralah botol roll-on tu bukak ke tutup..janji tenyeh..



~ Ha! this one sangat menyenangkan hati mama... Tina dah nak makan dan minum susu semula. Selera dia baru je nak elok.. tapi selsema belum baik-baik jugak..batuk dah sangat kurang. sekali sehari pun susah..



~Tina masih suka duduk makan dalam baby chair dia. Sebab dia boleh tengok tv sambil makan..



~ Dah pandai merajuk kalau kena marah. Selalunya mama la yang marah..hehehe... kalau marah jek, aotomatik tina akan terus peluk mama sambil nangis. Bila mama kata 'sorry' dia pun kata 'soyi' kat mama jugak. Tu yang kenkadang rasa bersalah marah kat dia..tapi kenkadang geram bila dia tak nak dengar cakap.



~ Dah boleh diajar mengemas buku dan permainan dia sendiri. Tak de la kemas pun..masukkan balik dalam drawer je..at least she know..apa tu kemas



~ Boleh mengira 1 hingga 5 dengan jelas. Kira dengan jari kekadang miss lagi. So far mama lom tunjuk dia nombor dan sebut.. mungkin dah boleh la ni..


~ Dah pandai mengajuk dialog upin ipin geng yang ini.. 'atuk ooo atuk', 'kita da sesyat', 'betui betui', 'jatuh jatuh ..(sambil lompat-lompat). Tina tau yg mana rajoo, sappy, atuk, dan yang paling favourite..opek..dia memang kenal sangat


~ Kekadang confuse kambing dengan kuda..


~ Dah cuba-cuba nak pakai seluar dan baju sendiri tapi selalu je terbalik. Baju pakai kat kaki, seluar sarung kat kepala. Apa-apa la nak... nanti mama ajar lagi ye

~ Bila nak bukak baju untuk mandi..Tina mesti kata... 'oyak' (koyak). Orang kata bukak..dia nak gak kata koyak..

~Pantang nampak character upin ipin dan opek dimana-mana. Nampak je dia. .

~Ada banyak koleksi selipar nyet-nyet, kasut dan sandal. Ala..mama & abah dia yg lebih-lebih selalunya..hehehe

~ Masih takut dengan cicak, lipas dan rama-rama. Pendek kata segala menatang terbang-terbang dia takut la..

~Pandai tengok dan cari aeroplane kat langit..tapi dia mesti sebut ' opem' .. malam pun dia leh nampak gak..


Itulah dia serba sedikit tentang puteri kami yang cumei nih.. Kepada yang wish..terima kasih bagi pihak Tina. Kepada yg mengirim hadiah..terima kasih. Mama akan buatkan satu n3 nanti ye..tengah dalam proses...
We Love You Tina!

3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Eh..eh..sejak bile dh jadi 3 layout ni..baru perasan..dh makin cantik dah blog Tina ni nampaknye..=p

Peminat setia upin n ipin tina ni kan. aunty pon tk kenal watak2 dlm tu..hehehehe..

Serene said...

She knows so many things!! Happy be lated Birthday girl!

Anonymous said...

Happy belated birthday, Tina! Semoga Tina sihat selalu, tak batuk2 dah ye.

Sha, rasanya Siti ada dpt request add friends kat facebook tp ter reject pulak. :p Sorry yer, Sha add balik nnt Siti add kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...