"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Sunday, October 18, 2009

Tina Semakin Sembuh, Mama & Abah Pulak Tak Sihat...

Macam lama je mama tak update blog. Ye la..on my last post Tina tak sihat. Batuk dan selsema. Ingat cerita kat post lepas yang mama nak bawak Tina gi jumpa kawan abah mama tu? .. Ha.. kita sambung cerita disini..

Hari rabu lepas, abah tak jadi meeting so kami balik kota tinggi. Pergi dengan mak & abah mama sekali, jumpa orang yang nak ubatkan Tina tu. Sampai kat sana elok2 lepas asar. Atuk tu tengah duduk-duduk kat buaian berbual-bual dengan jiran-jiran dia. Tapi dia dah tahu abah mama nak datang.

Masa dia tengok muka Tina je dia kata 'budak ni macam tetegur, nanti kita tengok'. So dia pun ambik kunyit dengan pisau.. sekejap lagi dia datang dia calitkan kunyit dekat dahi lengan dan kaki Tina. Dia cakap kat mak mama, 'budak ni tetegur kuat. Sebab tu seluruh badan dia nampak pucat'. Agaknya la kan..kita ni manalah tau. Then dia datang lagi bawak air masak dalam gelas suh tina minum. Masa ni abah & abah mama pergi kedai cari gula batu...

Bila dah dapat gula batu, dia terus jampi sket then bagitau kami supaya cari buah petola yang sedang-sedang besar, belah sikit kuarkan isinya then filled it dengan sedikit gula batu yang dihancurkan. Kemudian petola tu nak di bakar dengan api dari arang sampai berair. Sejukkan dan diperah. Airnya untuk diminumkan pada Tina.

Tujuannya supaya segala lendir-lendir dan kahak yang tersangkut dapat dikeluarkan melalui najis. Dan Atuk ni berpesan supaya jangan biarkan Tina batuk lama-lama, terlalu lama kahak tersekat boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair yang sukar diubati.


Balik rumah je kami pun cepat-cepat buat dan bagi Tina minum. Malam tu jugak kami balik ke JB sebab esoknya abah last sekolah. Sampai kat rumah Tina muntah kahak dan lendir 2 kali. Dan kemudiannya dia tidur dengan lena.

So, esoknya Tina bangun dengan agak ceria. Dah nak main-main dan membebel-bebel. Isy..mama pulak yang sakit kepala, rasa loya dan nak buang air jek.. bila mama telefon mak mama, sama jugak.. mak dan abah mama dah demam selsema malam tadi jugak (sebaik kami balik, diorang mula rasa hidung tersumbat..nak selsema)

Dan untuk hari khamis tu je..mama rasa mama masuk toilet lebih 20 kali..muntah-muntah dan cirit-birit sekali jalan.. aduh..macam nak terbalik dunia.

Hari ni pun mama masih selsema..tak baik lagi. Abah pulak cirit-birit dan rasa loya sejak pagi tadi. Hmmm...berganti-ganti sakit..

Anyway batuk & selsema Tina pun lom baik betul, mama selsema dan abah sakit perut..hmmm...kena la tu..tiga-tiga beranak sakit..

Kepada kawan-kawan yang sudi komen kat post Tina sakit tu.. terima kasih atas keprihatinan anda.. doakan kami sekeluarga kembali sihat ye.. Insya'Allah...

13/10/2009

Video ni mama rakam masa Tina demam, selsema & batuk. Dia akan leka main handphone, tengok cd upin ipin tapi bila asyik batuk je dia akan marah sebab batuk susah nak berhenti. Dengar bunyi batuk dia ...memang agak dashat la..macam ni la dia..baring je..golek sana golek sini..tu yang tak sampai hati nak simpan tilam. Bila mengantuk dia akan tidur sendiri sebab penat sangat batuk..siannya anak mama...


14/10/2009

Video yang ini pulak mama rakam masa hari rabu lepas. Tina dah nampak sihat. Baru nak main-main. Petang ni la kami bawak dia balik kota tinggi berubat.. Tengok la..kalau terasa sihat je..telatah dia menghiburkan. Mana la mama tak sedih tengok dia melepek sakit..

3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Alahai..siannya tgk Tina batuk tu. msti tak selesa dada die kan. zara pon dh start batuk sket2 ni. demam baik, batuk plak dtg..

nway, hope masing2 cpt smbuh la yerk. kesian lh satu family ngan atuk nenek sume jadik tak sihat pulak..

Sha@Mama TinaAzra said...

Biasa la lily..tengah musim kata orang..lagipun..selsema ni senang berjangkit..

Jgn lepas zara sihat..mama dia pulak 'tumbang' sudah!

MeRy said...

Takecare Sha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...