"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Monday, December 21, 2009

Cerita Dari KL ~ Hari Ke 2, Snow World Genting Highland

Ok kita sambung cerita KL. Malam hari pertama kami para ibu dah gigih menyiapkan segala kelengkapan anak-anak, makanan, minuman, baju panas, kasut, stokin, kelengkapan susu dan tak lupa plastik untuk bekas muntah..hehehe..incase la kan. Tak anak-anak, ibu ke bapak-bapak pulak yang muntah..sape nak tolong?

Mama tak ketinggalan siapkan semua kelengkapan Tina. Baju spare, sweater, wet tissue, tuala kecil, kasut, stokin, diaper yang mencukupi dan jugak semua untuk mama & abah jugak. Maklumla..semua ni harus dipikul ye.. maksud mama nak kena isi dalam backpack sebab nak dibawa berjalan sepanjang perjalanan di Genting nanti.

Pagi-pagi lagi kami semua dah bangun sebab semua orang excited nak pergi Genting. Mama tolong siapkan semua masuk backpack termasuk 1 backpack khas untuk alatan membuat susu. Lepas tu barulah mama mandikan Tina dan pakai jeans lembut coklat dengan T-shirt Upin Ipin warna kuning pinang.

Bila abang ipar mama green light untuk bertolak kami pun dengan excitednya memulakan perjalanan. Abang ipar mama tunggu kat tepi highway je dan keadaan didalam unser agak lapang sebab 2 bujang dan kak linda dah berpindah ke kereta. Jadi kami tak la sempit.

Bila unser dah tak boleh bukak aircond lagi maknanya kami dah semakin tinggi naik menghala ke Genting. Angin yang masuk melalui tingkap terasa sejuk-sejuk nyaman pada mulanya perlahan-lahan bertambah sejuk. Mama pakaikan Tina sweater and that time rambut dia kusut masai kena tiup angin. Tapi dia pun sangat happy.. menyanyi-nyanyi..

Sebaik melintasi kandang kuda dan deretan hotel serta restoran yang banyak, kami sampai ke Genting Skyway. Inilah first time mama, abah & Tina sampai kat sini. First time nak naik cable car. Kata kakak ipar mama bujang-bujang request nak naik cable car dan memandangkan mama abah & tina lom pernah naik, mereka setuju naik cable car



abah & anak melaram..happynya!



Tengok tu..Tina lambai kat mama..



gambar ni bukan mama main cameranya. saja curi ambil..



giliran mama pulak bergambar



pemandangan dari dalam cable car. agak mengerikan bila tengok bawah. tengok Tina tu..dia takut sebenarnya...
dia asyik cakap..jatuh..jatuh...


Mama, kak Azie (SIL) dengan anaknya kimi. mama ni menghadap depan. abah dengan Tina kerusinya menghadap belakang..



amik gambar sendiri. ni tengah beratur lalu lorong-lorong nak ke cable car. ramai orang tau masa ni.. pack giler..




kesian Tina..dia memang takut. dia memang tak nak turun dari atas riba. muka dia tu...muka takut kan!




tertinggal pulak gambar ni. permulaan beratur ialah dari sini...



belakang kami ni bangunan Genting Theme Park yang glamer tuh... tinggi tau. kat puncak ni..



ini dipertengahan jalan dalam cable car



pemandangan yang cantik tapi mengerikan... mama pun seram..






we're here... naik cable car.. excited...seronok...


Tina sebenarnya takut naik cable car walaupun dia beriya-iya sangat pada mulanya. Bila cable car melepasi stesyen, Tina mula takut. Yela..mama pun terasa ada semacam satu perasaan sedikit gayat bila tergantung. Mungkin Tina pun merasainya tapi dia tak pandai nak cakap. Cuma bila mama tanya.."Tina kenapa? ... dia jawab... "takut". Mama tanya "takut apa? tak de apa-apa la. Mama dengan abah kan ada" .. dia jawab apa tau... "jatuh...jatuh..."

La..dia takut cable car tu jatuh agaknya. Yela..kita berada tinggi diatas. Dibawah kita adalah gaung yang dalam-dalam belaka. Kita cuma nampak pokok-pokok tu pun dari atas... pokok pun nampak kecik-kecik. Dari dalam cable car kami terasa angin semakin sejuk menggigit. Semakin mendekati bangunan tempat cable car mendarat, angin sejuk betul. Kami berada di puncak Genting!

Sebaik pintu cable car terbuka, kena keluar cepat-cepat sebab cable car ni tak berhenti pun. tetap bergerak dalam kadar perlahan. Turun je..Alhamdulillah..kami selamat sampai di puncak genting...

Dalam pada tengah terpinga-pinga cari signboard ke snowworld.. abang ipar mama cari jalan pintas, apalagi..tanya org la. Dan kami kena berjalan kaki dengan mendukung backpack masing-masing. Mama pilih nak dukung backpack n abah dukung Tina. Tina lagi berat dari backpack. Lagipun dia tak gheti diam.. mama takut tak kuat dukung dia. Hampir setengah jam ke lebih kami berjalan kaki turun naik escelator. Lalu lorong-lorong dengan macam-macam pemandangan..

Akhirnya kami sampai di Snow World. Teruslah para bapa pergi kat kaunter tiket. Rupanya kami kena menunggu jam 2.30 petang untuk masuk. Masa tu jam baru pukul 1 lebih je. Jadi mama suruhlah abah tanya samada Tina boleh masuk ke tidak.. kata cashier kaunter tiket tu.. ukur tinggi dulu. Kalau lebih 76cm dan keatas boleh masuk..inilah tempat ukur tinggi tu..




mama & abah memang tak lepas peluang ambik gambar kat pengukur nih. . pengukur ni betul-betul depan kaunter tiker snow world


Perghhh...lega betul mama Tina boleh masuk so as baby kimi. Nasib baik diorang berdua ni baka tinggi. So legalah semua orang. Jadi kami akan masuk bersama-sama semua sekali termasuk 2 baby...seronoknya!

Sambil menanti 2.30 petang tu.. kami tengok la orang-orang yang tengah dalam snow world tu dan berposing-posing kat luar dindingnya sambil makan-makan kerana anak-anak sekelian sudah lapar. Kami picnic sandwich, burger, karipap, sosej blackpaper dan air sarsi tesco..hahaha...jom layan gambar santai makan-makan...

melayan Tina nak makan sandwich..tengok tu ..mata ke lain...







dibalik cermin itulah snow world. orang sangat ramai beratur nak masuk ok...



Pukul 2 lebih je kami pun sedia masuk kat entrance. Sebab nak kena ambil winter coat, sarung tangan dan kasut. Bagi sesiapa yang dah pakai kasut, tak ambik pun tak pe. tapi dinasihatkan ambik la. Jgn pakai kasut anda sendiri sebab akan basah kena salji. Mama memang tak bawak kasut. So mama sorang je yang ambik kasut but yang disediakan..

Kat sini la satu insiden berlaku. Kanak-kanak kena pakai winter coat kaler kuning biru tapi sebaik je Tina nampak coat tu dia menjerit-jerit taknak pakai. Puas pulak memujuk..lastnya kami berdua pakat paksa je dia pakai. Sampai duduk-duduk bergolek-golek taknak pakai. Dah la coat tu yang paling kecikpun masih besar untuk Tina..tangan coat kena lipat. Tu pun masih terlalu panjang. Tiap kali kami masukkan tangan dia..dia tarik kedalam semula..aduhai..tension betul tau! Orang semua tengok. .

Tapi mama dgn abah faham..Tina takut. Ini kan first time dia.. so kepada ibu bapa lain..sila ambil perhatian ye..banyak-banyakkan bersabar. Siap pakaikan coat, kami dukung je dia masuk satu lagi entrance. Kat entrance yang ini ada locker untuk simpan semua barang-barang kita. Locker berbayar la tapi mama lupa berapa sebab asyik uruskan Tina menangis.

Kami masuk snow world paling lewat melayan kerenah Tina. Tapi sebaik je sampai dalam tu..dia berlari-lari main salji.. pelik kami. tadi beriya-iya menangis. Tina happy sangat tapi sayang tak dapat nak rakamkan apa-apa sebab dilarang bawa masuk camera. Dalam snow world tu dah ada cameraman tukang ambik gambar. Bayar je la kang kat luar. Mama consider mahal fees dia.. pakej 1 gambar 8r + 1 gambar 5r = RM30. Tapi dah tak ada pilihan. Kalau tak ambik gambar kang tak de pulak kenangan dalam tu. Mama & abah bincang-bincang jap sambil layan Tina. Kami sepakat nak ambik jugak kambar walaupun ehem..ehem.. paham-paham sajalah ye. Kalau tak cukup cash kang pinjam la dulu kat abang ke kakak ipar.

Kami pun panggil sorang cameraman cina. Dia terus je bawak kami ke spot-spot cantik untuk gambar, suruh posing sket pastu dia tgk hasilnya kat digital camera dia. Bila ok dia akan tunjuk ibujari. Then pindah tempat lain lak. Kami ambil 4 gambar dalam tu. Satu gambar family ramai-ramai. Oh ye.. pesanan lagi. Kalau cameraman lom kata gambar ok..nak kena ambik lagi..ambik je lagi ye. Kalau tak cantik hasilnya diorang akan delete terus.. tak de simpan-simpan..

Ini gambar ramai-ramai yang abang ipar mama scan. Yang lain tu gambar kami bertiga tapi ambik balik guna camera hp x terang la.. lupa nak suh abang iparku scankan skali..

inilah peserta family trip to snow world genting kali ini.
dari kiri : daddy aid, mummy linda, abah, daddy sharif
depan: opie, awisy, mama, tina, danial, mummy azie & kimi





Jeles tak tengok gambar-gambar kami? hehehe....



40 minit didalam snow world sungguh menyeronokkan. Maaflah sebab mama lupa chargenya sebab bukan mama yang bayar. Tapi kata abang ipar mama, ada yang guna pakej dan ada yang individu. Kalau tak silap pakejnya adalah untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak. Harganya... hehehe...lupa

Oh ye, ini gambar-gambar waktu lepas keluar dari snow world. Tapi masa ni belum bukak winter coat lagi..



penguin comel mama yang sangat happy main salji!



Selesai snow world. Anak-anak sangat gembira. Ada pengunjung lain yang suka tengok Tina & kimi masa dalam snow world. Kata mereka Tina & kimi macam 2 penguin comel yang terkedek-kedek berjalan dalam salji.. memang pun. Cute sangat!

Kemudian kami pun berjalan untuk ke indoor theme park. Tapi tak main apa-apa sebab anak-anak masih terlalu kecil. Mainan yang diorang nak main agak bahaya jugak la untuk their age. So kami cuma ronda-ronda sambil ambil gambar..



beriya-iya sangat tu..pandai ke main?






Kemudian kami turun ke sisi outdoor theme park berehat-rehat dan bersantai sambil makan-makan lagi. Yela..masing-masing dah lapar sangat. Sandwich & burger bekal pun masih ada. Kami semua minum dan makan sambil anak-anak berlari-lari bermain. Menginjak ke jam 4 petang, keadaan sekeliling mula dipenuhi kabus. Terasa seperti di oversea pulak. Kesejukan mula terasa semula. Semakin petang..semakin tebal kabus. Sejuk..nyaman... tak dapat nak di ceritakan perasaannya. Menjelang 5 petang sahaja, bangunan bersebelahan yang kurang 50meter pun kelihatan samar-samar dipandangan. Ah... indahnya ciptaan tuhan.. Layan lagi gambar-gambar pemandangan ni ye..dan gambar 3 bujang yang masih solo..hikhikhik...



orang yang main menda ni terjerit-jerit... macam seronok pulak. Tapi maaf ye..mama takut...hahaha...


Melihatkan hari yang semakin sejuk dan kabus yang semakin tebal, terasa macam nak hujan pulak. Kami siap-siap dan naik semula ke indoor theme park. Menunggu 3 bujang tengok bumper car punya tempat game, kami menyelesaikan baby-baby sekelian yang nak susu dan tukar diaper. Tapi 3 bujang tak lama di bumper car. Mereka turun dengan muka masam mencuka kerana orang terlalu ramai beratur. Kesian...

Dan kemudian kami terus berjalan untuk ke cable car. Semasa berjalan barulah masing-masing perasan yang kami berjalan jauh dari cable car hingga ke snow world. Agaknya masa pegi tu tak perasan sebab excited sangat. Tapi masa nak balik semua dah penat, kaki dah sakit, bahu mama pun terasa sakit memikul backpack.. melintas kawasan game..aduhai bingitnya telinga. Boleh pekak nih. Ooo pasal tu la kat sisi bawah outdoor theme park tadi ada jual penutup telinga yang cantik-cantik. Tadinya mama terfikir-fikir jugak apalah gunanya menda ni disini. Ramai anak-anak kecil dipakaikan menda ni untuk mengurangkan bunyi bising. Sangat bising...

cable car baru turun dari puncak genting...



Kami naik cable car lagi untuk turun. Kecut jugak perut bila kali ini ada pengumuman yang cable car akan berhenti seketika untuk menyesuaikan kelajuan dengan cuaca dan angin. Pulaknya masa tu berhenti betul-betul kat jurang dalam..alahai...berbuai-buai cable car ditiup angin. Masa tu mulalah anak-anak fikir bukan-bukan. Kalau kita terperangkap la, kalau cable car kita rosak la.. boleh ke kita terjun kat sini? ..eh..macam-macam imaginasi bujang-bujang. Takut rupanya. Mama & abah control je walaupun hati takut jugak..hehehe...kan abah kan...

Kami sampai di Genting Skyway dah pukul 6 lebih. Terus sahaja masuk-masuk barang dan bergerak turun. Waktu turun ni laju je tau...seram gak la.. dah la petang .. sejuk.. Akhirnya kami sampai kebawah. Bolehla bukak sweater.. dah panas.

Tapi kami tak terus balik. Janji dengan mak long (kakak ipar yang sulung) untuk ambil dia di De Palma Hotel yang dekat dengan Ampang Puteri tu. Mak long ni ada seminar kat Ampang Puteri.Kami sebenarnya nak makan malam kat La Chateu De Puah. Restoran ala rumah ni ada makanan dari uzbekistan. Tapi mama tak makan la. Orang lain makan. Mama makan biasa-biasa je. Takut perut tak boleh terima sebab dah seharian tak makan nasi. Bersantai-santai la makan kat situ sambil monitor Tina yang main kat water feature restoran. Rupanya dalam tu ada kura-kura. Patutla dia datang kat mama cakap "wawi". Rupanya ada kura-kura dia nampak. Hehehe..kalau mawi dengar mesti marah nih.. kat rumah MIL mama, ada kura-kura kecil yang dipanggil mawi kerana dijumpai ketika mawi baru menang AF. Hehehe...

Masa nak bayar, Tina salam kakak cashier dan dia dipanggil oleh seorang makcik. Mama suruh dia salam. Dan dia salam semua orang kat meja tu termasuk seorang nenek tanpa rasa takut. Rupanya orang tu isteri owner restoran. Dia berkenan sangat dengan Tina.. Nak keluar restoran mama terpandang sejenis pokok air yang sangat banyak. Mama suruh abang ipar mama mintakkan sikit. Dia kata tak payah..ambik je la..mama pun selamba land je ambik sikit. Then baru abang ipar mama cakap yang orang kat meja depan pokok air tu la owner dia! Alamak..malu I...

Kami sampai kat rumah hampir 11 malam. Pun begitu mama tetap mandikan Tina air hangat, basuh rambut, pakai minyak yuyi, pakai stokin dan Tina tido dengan lena sekali. Mama pun mandi dan zzzz.... penat giler..

Dulu mama selalu fikir genting adalah tempat judi dan kasino je tapi bila mama dah sampai sini, mama nak suggest kat parents lain bawak anak-anak jalan-jalan dan main kat sini even once in a lifetime. Memang seronok. Mama dengan abah plan nak bawak Tina ke sini lagi bila dia dah besar sikit kalau tuhan bagi rezeki lebih. Dan mama nak bawak mak & abah mama sekali. Tak dapat rasa salji betul..salji buatan pun jadilah. Dan kalau boleh mama nak adik mama sekeluarga ikut sekali. Mama asyik teringat mereka sebab kami pernah berjanji nak ke genting & cameron bersama... tapi rezeki Tina datang dulu, kami sampai dulu.

Bila dah pegang & tengok salji buatan..teringin pulak nak tengok real snow! Hai..bilalah ada rezeki nak gi oversea...tengok real snow.. insya'Allah kalau tuhan izinkan. Percutian ini pun tidak dirancang. Tapi kami selamat sampai ke puncak genting & selamat pulang... Alhamdulillah...

Kemana kami hari ke-3 dan seterusnya? Tunggu ya!

4 comments:

abah said...

hehehe bestnya. next year kita g lagik nak mama....

Lily@MamaZaraZareef said...

wahh..mmg jeles sgt tgk gmbar2 dlm snow house tu. cepatla Zara besar sket lagi leh bawak die masuk plak..=p

Sarah's Daddy and Mommy said...

Woww...nice! I like Genting so so much!

Anonymous said...

Rajin sungguh Sha cerita in details. Terasa seronok juga hehe. Kalau ada ukur tinggi, nampaknya berbaloi tunggu si kecik saya tu besar dulu. Kalau nak pergi now, taleh masuk la snow world tu. rugi hehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...