"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

Thursday, December 17, 2009

Hilang?

Hehehe... mama mintak maaf pada kawan-kawan yang baca blog mama ni. Lama mama tinggalkan blog kan? Dah naik bersawang dah blogku ini. Ada kawan-kawan yang tercari-cari (ada ke?) hehehe..mama dan Tina...maaflah kami ikut family trip membawa anak-anak berjalan-jalan cuti sekolah ke KL dan Genting. Mama sebenarnya dipelawa oleh kakak ipar mama untuk ikut sebab agenda utama adalah berjalan-jalan membawa anak-anak bersama... lagipun nenek beriya-iya suruh mama dengan abah ikut supaya boleh bawak Tina sama berjalan-jalan dengan sepupu-sepupunya. Kebetulan mama dengan abah tak de apa-apa plan.. kami on je..

Mama akan cuba postkan semua aktiviti sepanjang di KL dan Genting. Ada banyak gambar-gambar Tina yang kami rakamkan. Macam-macam aksi... semuanya akan mama ceritakan nanti ye..tunggu!


1 comment:

Ryna Napiah said...

hehehe tak sabar nak tgu...apa la aksi tina yer..cepat2 upload yer mama tina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...