"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha..."

MAMA TINA'S OTHER BLOGS

  • Ain & QASEH - Ain, sweetheart kami Alami masalah alahan hidung & tonsil yang serius sejak berumur setahun lebih. Ulang alik klinik tu perkara biasa bagi kami. Dia akan m...
    8 years ago
  • Demam RJ Mula Kembali!! - MARISSA yang cantik manis.. Jangan salah nama sudah. Baru nak kenal nama2 RJ ni sebab susah nak menyebut dalam group..huhu Ingatkan dah mati aritu.. Layan....
    9 years ago

Thursday, January 28, 2010

MARI BACA ------- Kejadian Yang Sangat Menakutkan==BERSYUKUR PADA ALLAH!! Rakan-rakan Sekelian..Berhati-hatilah Dirumah...!!!

Mama still shock sebenarnya.. biar mama ceritakan apa yang berlaku...

Awal pagi ini, 2.30 pagi mama & abah baru je baring nak melelapkan mata. Dan tiba-tiba mama & abah terjaga kerana terkejut oleh bunyi sliding door bergegar dengan kuat. Abah menerpa ke sliding door dan mama terus menyelak sedikit langsir sliding. Ya Allah..ada 3 orang lelaki diluar sliding door sedang berbisik-bisik!!! Siapa ni?? 2 orang sedang berdiri dan seorang sedang mencangkung baru sahaja selesai mengompel kunci pintu sliding.

Abah dengan spontan menahan sliding door yang sudah terbuka sedikit sambil mengetuk-ngetuk dan menjerit-jerit " woi-woi!! kepada 3 lelaki diluar. mereka rilek saja, dan masih cuba untuk menolak pinti sliding. 3 lelaki diluar tu tidak pula lari sebaliknya mengetuk-ngetuk grill pintu sliding dengan parang untuk mengacah. Mereka ingat abah takut...mungkin mereka pun terperanjat dan menyangka kami tak perasan.

Abah terus menahan dan menjerit-jerit memanggil ..polis..polis..sekuat-kuat hati...mana la jiran-jiran ku..tidur mati kot...!!! baruulah ketiga-tiga mereka berlari-lari anak meninggalkan rumah kami melalui pintu pagar kecil dibelakang. Rupanya ada 2 orang lagi menunggu diluar. 5 orang semuanya..tinggi paras dagu n hidung abah...kurus-kurus belaka...

Abah suruh mama tunggu pintu yang tak berkunci tu dan berlari ambil handphone & lampu suluh. Mama terus memerhatikan pintu. Abah menyuluh mereka...memang kawasan rumah terang, nampak la.. mereka belari memanjat bukit 30 darjah setinggi 20 meter..abah menyuluh mereka yang berjalan-jalan meniti tepi cerun bukit , ditepi semak (siap toleh-toleh tengok bila abah suluh) penat memanjat kot, taknak la lari. ( memang dah riki n servey area rumah n jalan nak lalu n lari la nih). Kurang ajar betul....Nasib baik ramai..sabo je la) Yang penting semua selamat. Kalau lah lambat terjaga 30 saat jer... 4 sure parang di tepi leher!

Mama rasa baru seminggu je kami telefon balai polis mintak tengokkan area rumah & jalan rumah ni sebab ada sebuah kereta hitam mencurigakan berhenti betul2 kat depan pagar (tapi jalan luar. Jalan rumah kami ni ada 2 lapis, 1 jalan depan rumah dan sebelah divider ada jalan raya lagi yang orang lalu lalang.) Kereta tu kat situ cukup lama. Ada la 3 jam rasanya dari pukul 9 malam. Memang kelakuan pemandunya sangat mencurigakan. Enjin kereta tak dimatikan, dia hisap rokok sambil memerhati kiri dan kanan. (terasa kat hati mama..sangat2 mencurigakan lah). Bila mama beritahu abah, abah pun tengok untuk pastikan dan abah call polis. Bila polis dah bagi amaran, kereta tu blah selaju-lajunya..

Kejadian ni sangat menakutkan mama kerana ia berlaku didepan mata!! Mama masih terbayang ketiga-tiga lelaki berkenaan..(cuma rupanya tak berapa ingat sebab masih mamai) . Ya Allah..alangkah takutnya hati..nak lelap pun takut!!

YA ALLAH..TERIMA KASIH KERANA-MU KAMI TERJAGA DAN PENCURI TU TAK SEMPAT MASUK KEDALAM RUMAH... MAMA & ABAH SANGAT-SANGAT BERSYUKUR...

Cuma satu benda paling membimbangkan.. oleh kerana mereka tak dapat masuk dalam rumah, kemungkinan untuk mereka datang lagi adalah sangat tinggi. Dan mama cuma terfikir.. kalau mereka datang waktu abah ada.. tak pe lah.. tapi kalau mereka datang siang..waktu abah sekolah.. APA AKAN JADI DENGAN MAMA & TINA... MAMA CUMA TERBAYANGKAN TRAGEDI PEMBUNUHAN YANG BARU LALU KAT TV..


Kepada rakan-rakan blogger sekelian, berhati-hatilah dan mohon perlindungan dari ALLAH.. Hanya dia yang maha berkuasa atas segala-galanya...

9 comments:

AmalinaOmar said...

Ya Allah, takutnya dengar cite along. be extra careful. hopefully diorg dh takut nk dtg lg. rumah ada alarm x?

MeRy said...

So scary...Lucky you guys are fine.

Unknown said...

Ya Allah ya Tuhanku, engkau peliharalah keselamatan dan kesihatan seluruh ahli keluargaku. Jauhkanlah mereka dari segala mara bahaya,kesakitan,kesusahan dan penyakit... kerana Engkau sahaja ya Allah yang mampu atas segalanya. Ameen. Alhamdulillah.

@>--ummi zahra--<@ said...

Ya Allah..tu lah yang ummi selalu pikirkan..harap dijauhkan lah..
Alhamdulillah sebab mama sekeluarga takde ape2..

Zaidah said...

alhamdulillah..shah n family tak ape2...so lain kli kena berhati2 lagi..klu kat tempat zai siang2 pun bleh diorang rompak...

Wansteddy Tales said...

ya allah... mujurlah allah gerakkan hati mama dan abah tina berjaga. saya dlu pn hmpir terkena kejadian yg sama. tp sorg je pelakunya. cubaan nk pecah masuk rumah. nasip baik pintu terselak. kalau xlock naya saya n anak. masa tu suami xde di rumah.

dah kena jerkah tahu pulak penceroboh tu mengaku nak jual barang. xpenah tgk salesman cuba pecah masuk rumah org. huhu...

Lady Qay said...

ya allah.tkutnyerrr...bnyakkan baca ayat kursi sbgi pendinding rmh...sliding door selak dgn kayu spya takle buka....hp sllu la kna ada di tepi...mdh2an takde la lgi lps ni yer

Diamilikku said...

OMG sha...takut sangat2 baca cerita nih....adoi la...hurm bahaya tu...lepas nih memang kena extra carefull...sliding door tu kena make sure kunci yang secure sket...semoga keluarga sha dilindungi selalu...

Sha@Mama TinaAzra said...

Amal - hopefully la diorang takkan dtg lagi. Tapi kami mesti berjaga2 selalu. Masa kejadian tak de alarm..

Mery - ya..very scary

Ummi Zahra - alhamdulillah ummi zahra..tuhan masih sayangkan kami..syukur

zaidah - ada jugak rasanya yg berlaku siang hari..pukul 9 pagi pulak tu. tak agak2..

wansteddy - menda2 mcm ni jadi semacam kesan dalam fikiran. Susah nak kikis. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah

lady qay - kami dah cuba buat apa yg termampu. selebihnya tawakkal sahaja pada Allah

Sue - wpun dipercayai diorang menggunakan ilmu pukau, tapi Allah tak izinkan nya terjadi... kami sangat bersyukur..that was so close!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...